'Bonus' Jika Anak Rapat Dengan Nenek???

Farah Waheda Wahid
5
Sumber Dari Google
Sedari lahir, sedari merah, Nek Ma lah yang menjaga Ash, Nek Ma lah yang bersusah payah untuk Ash, Nek Ma lah orang yang paling risau sekiranya berlaku apa-apa kepada Ash. Ash pula, sangat-sangat rapat dengan Nek Ma. Nek Ma marah dia macam mana pun, tetap Nek Ma juga yang dicarinya.

Memang Ash sangat sangat rapat dengan Nek Ma. Memang Ash sangat-sangat manja dengan Nek Ma. Ibarat orang kata, kalau tiada Nek Ma, semacam tidak lengkap pula kehidupan Ash. Kadang-kadang tu terfikir juga, kalaulah tiba masanya Nek Ma tak ada lagi nanti, macam mana agaknya penerimaan Ash. Sob sob sob... Mommy dia dah tentu-tentulah sedih kannn? Bila lihat keadaan Ash, mau bertambah sedih nanti. Ha ha ha, kadang-kadang tu, sebab tak nak layan kesedihan tak nak fikir.

Suka atau tidak, mahu atau tidak, perkara itu pasti akan kunjung tiba satu hari nanti. Memang Farah kena fikirlah kannn? Bagaimana nak kawal emosi Ash nanti. Huishhh, banyak betul oiiii Farah ni kena fikir dan lihat ke hadapan. Andai kata usia Nek Ma dipanjangkan oleh Allah SWT. Syukur Ya Allah... Mungkin akan dapat lihat suasana dan situasi yang sebegini...

Sumber dari Google
Bukan semua orang mampu mencipta hubungan rapat dengan ahli keluarga selepas berkahwin. Ada juga situasi di mana ibu bapa sendiri cuba menjarakkan hubungan antara cucu dan nenek terus terjalin. Cemburu barang kali ataupun tidak mahu anak menjadi "spoilt" agaknya? Sebab ada juga kata-kata yang pernah Farah dengar jika seseorang cucu itu terlalu rapat dengan atuk dan nenek akan menjadi "spoilt"...Benarkah? 

Bagi Farah, jika benar dan berkesan cara didikannya, mungkin masalah itu tidak berlaku dan tidak wujud. Sebenarnya, jangan memandang yang negatif sahaja, ada rahsia positif yang anak-anak bakal dapat hasil daripada rapat dengan neneknya... :-)... Ini pun Farah perolehi setelah membaca artikel di SINI

Soal Dera
Kita pukul anak mungkin dengan niat untuk mengajar tetapi mampukah kita terima hakikat "orang asing" pukul anak kita untuk mendidik? Banyak yang kata ok, tetapi saat berdepan memang "naik minyak" juga ya? Mungkin ada yang sanggup berhenti kerja demi fokus anak-anak. Namun, jika nenek dan atuk yang sanggup menjaga anak kita untuk mengisi masa lapang, itu kira bonus tu. Jangan pula paksa yer? Kalau dia memang seronok menjaga dan rela menjaga, teruskan sahaja.

Nasihat Penuh Kasih Sayang
Sesekali anak akan buat silap, dengan orang lain belum tentu ditegur dengan cara yang betul. Tetapi kasih nenek, tegurnya tetap "makan dalam" walau dalam nada yang lembut. Ini sebabnya, cucu cepat turut perintah kalau nenek mula bersuara. Ahaksss..Farah sendiri di rumah tu, kalau Ash buat tak kisah jer bila Mommy suruh apa-apa, terus cakap... "Nek Maaaaa...tengok Ash ni...dia kannn..."...Lepas tu laju jer mengikut arahan...Tu baru 1 tahun 8 bulan tu... 

Motivasi
Selalu berdepan dengan tekanan hidup atau mungkin emosi terganggu dek kerana kerja yang tidak pernah habis? Cuba sesekali balik kampung jumpa mak ayah. Anak-anak lagi sukalah kan sebab dapat hidup udara yang segar dan jamu menu klasik. Cukup memukau, ok! Percayalah nenek akan ada cara paling berkesan untuk tingkatkan semangat baru. Dengar cerita dulu-dulu dari mulut nenek pun boleh buat hati kita senang. Ya tak? Cuba dekatkan jiwa anak dengan neneknya.

Hadiah Istimewa
Setiap hari anda berdepan dengan kesibukan urusan kerja. Tiada ruang untuk fikir soal keseronokan luang masa bersama mak. Tetapi di dalam situasi ini, cucu mampu petik keadaan jadi lebih gembira. Tiba-tiba si kecil anda yang mampu ingatkan soal hadiah buat neneknya. Sesekali dapat, nenek akan rasa lebih dihargai. 

Pemikiran Bijak
Sejauh mana anda dalam dunia jaga anak? Luas lagi pengalaman seorang nenek jaga cucu. Jadi janganlah sesekali cari salah nenek kalau pun cara anda berbeza. Anak yang lebih rapat dengan neneknya, mampu berfikir luar biasa daripada anak lain. Sebab hari-hari nenak dan atuknya ajar sesutu yang baru dengan penuh kasih sayang.

Kasih Tidak Sempurna
Di mata anda, mungkin orang tua anda cukup sempurna dan benar. Namun cerita-cerita yang disampaikan nenek tentang masa kecil orang tua anda akan membuat cucu kenal sisi lain mereka. Nenek akan ajar sikap memaafkan dan menyayangi makhluk lain. #ehhh, banyak juga aura nenek yer?

Tidak Boleh Marah Lebih
Anda marah, neneknya "back up". Kira ok juga, tidaklah anda bertinda luar biasa sampai sanggup pukul si anak di luar kawalan. Boleh jadi kes dera kalau emosi terlalu tidak stabil.

Koleksi Dipindahkan
Barang-barang koleksinya dulu, mungkin sekelip mata akan menjadi hak milik cucu. Bukan ajar curi peluang, tetapi kalau nenek pindahkan sesuatu hak milik, itu dikira rezeki cucu. 

Sajian Enak
Tentu sahaja makanan yang dijamu untuk cucu lebih berkhasiat dan sedap. Silap-silap, anak lebih suka sajian nenek dari air tangan anda. Tapi jangan cemburuuu... kasih tetap sama. Cuma manjanya mungkin lebih kepada nenek. Bagilah peluang nenek berkasih sayang dengan cucu, bukan selalu. 

Ukhuwah Terjalin
Setiap kali ada salah faham dengan mak sendiri, kadang si kecil yang mampu jernihkan hubungan. Mana mungkin anda sanggup bermusuh dengan keluarga sendiri. Cucu yang rapat dengan nenek itu, dikira satu anugerah untuk rapatkan silaturahim kekeluargaan.

Jiwa Lebih Rapat
Wajahnya akan berubah menjadi lebih ceria saat melihat cucu di depan pintu rumahnya atau mendengar suara menerusi telefon. Hubungan anda pastinya lebih rapat dan faham jiwa ibu. Lagi terkejut apabila jauh, segala aktiviti si kecil neneknya mampu baca secara tersusun.

Jaga Rahsia
Sesekali nenek lebih kenal dan rapat dengan dunia anak. Mungkin sudah biasa kerana anda bekerja, jadi segala rahsia dan cerita anak akan dikongsi dengan nenek dulu. Jangan kecil hati yer ibu... He he he...Ok ok, Mommy tak kecil hati pun Ash...Ha ha ha.... 

Lebih Pelukan dan Ciuman
Nenak akan selalu punya waktu, kasih sayang dan pelukan untuk si kecil. Dan pastinya saat cucu menangis, nenek lebih cepat memujuk dan melayan kerenah cucu walaupun penat. Anda baru balik kerja, mana mahu hadap kerenah anak-anak yang meragam bukan? Ha ha ha, dia kalau nangis ikut angin nak hala ke siapa, kadang-kadang belum sempat duduk pun dia dah suruh kita dukung... 

Cukup berbeza kasih sayang seorang nenek pada cucu dengan kasih sayang seorang ibu pada si anak bukan? Tetapi jangan salah sangka, dunia nenek sebenarnya lebih merindui saat jaga anak. Jadi kenapa nak pelik, jika nenek "back up" cucu walau hakikat anak anda buat silap. Untuk lebih dekat, luangkan masa bersama mak anda bersama dengan membawa si kecil bermain dengan nenek dan atuknya. Barulah keluarga bahagia yer tak? Ekekeekeke...

Dalam kes Ash berbeza, tiap-tiap hari nampak muka nenek, muka atuk... Mommy, hari bekerja nampak malam... Hujung minggu kalau tak ada apa-apa acara, "full day"...Kalau tidak Sabtu setengah hari, Ahad penuh... Itu yang terlebih manja dengan Atuk dan Nek Ma tuh... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehehe..kan..nenek selalu back up cucu cucu dia..

    ReplyDelete
  2. Bagus cucu rapat dengan atok dan nenek..dengan syarat ibu ayah jangan lepas tangan dan ambil mudah..takut anak beralih kasih kerana merasakan ibu ayah tidak sayang dia..sebab semua akan terakam dimemori anak2..

    ReplyDelete
  3. lagi rapattt bila cucu tu cucu sulung diaaa.
    nmpak kasih syg dorg kt situu.

    ReplyDelete
  4. nenek memang sayangkan cucu walaupun sedegil mana dia..

    ReplyDelete
  5. Anak sy tak rapat sgt sbb pjj kan.. Jarak memisahkan... Tapi kalau call memang nak cakap dgn tok..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !