Bila Anak Sering Mengucapkan "NO"...

Farah Waheda Wahid
10

"No no no no no"... sedari awal mula bercakap, perkataan "NO" itu adalah salah satu perkataan yang sering dia ucapkan. Jika tidak percaya...ha ha ha, tanyalah kepada rakan-rakan blogger yang agak kerap berjumpa dengan Ash di acara-acara yang melibatkan blogger. Mereka yang terbiasa sudah sering mendengar perkataan itu diucapkan oleh Iman Firash. Perkataan kegemaran dia.

Sewaktu mula-mula dulu memang agak kerap juga pengucapan "NO" itu... Tetapi ianya sudah mula menurun kekerapan sejak akhir-akhir ini. Dalam hati tu, ada juga terfikir, kenapa suka sangat Ash dengan perkataan "NO"... Adakah kerana ianya adalah perkataan yang paling mudah diucapkan ataupun kerana Mommy selalu sahaja menyebut perkataan "NO" pada dia? Itupun boleh jadi faktor juga tu...Ha ha ha... Kannn??? Tak mustahil kannn??? 

Sebagai ibu bapa, kita sebenarnya perlu untuk memahami peringkat negatif seseorang anak kecil. Perkataan "NO" itu kan adalah satu perkataan yang bunyinya membawa maksud tidak, tidak mahu, tidak ingin...satu perkataan untuk menolak atau dalam erti kata lain, maklum balas negatif...He he he...Ada kalanya, dia hanya suka untuk mengatakan tidak kepada apa-apa dan segala-galanya yang anda katakan. 

Kebiasaannya, sepertimana yang Farah baca pada satu artikel baru-baru ini, paparan perkataan "NO" ini adalah di peringkat umur 1 tahun 5 bulan sehingga 3 tahun. Ianya sebenarnya adalah sebahagian daripada proses perkembangan dan tumbesaran anak kecil kerana pada waktu dan ketika ini, mereka telah melihat diri mereka sebagai individu yang berasingan daripada anda. Dah pandai bergerak sendiri kannn??? Macam tulah jadinya...He he he... 

Sumber dari Google
4 Tips Mengatasi "Negativism" Perkataan "NO" Itu

Elakkan Mengatakan Tidak Sebaiknya
Bermula dari diri kita sendiri sebagai ibu bapa, elakkan berkata tidak dan cuba "keep sense of humour" bila berkomunikasi dengan anak-anak. Seringkali kita mengatakan tidak kepada anak-anak kecil kerana bila kita mengatakan tidak kita mahu mereka taat kepada perintah kita dengan tujuan kita ingin melindungi mereka. Di situlah bagaimana anak kecil belajar mengenai maksud kawalan. Tidak adalah tanda kawalan.

Anak kecil boleh mengatakan tidak hanya untuk memberitahu anda yang dia tidak inginkan sesuatu ataupun dia tidak akan melakukan sesuatu walaupun dia benar-benar mungkin maksudkan YA. 

Anda boleh cuba untuk mengatakan tidak secara kreatif tanpa menggunakan perkataan tidak. Daripada "Tidak boleh makan biskut sebelum makan" kepada, "Nanti selepas makan, kita makan biskut ya?"...Haaa gitchewss... 

Menekankan Positiviti Dan Menawarkan Pilihan
Tawarkan anak kecil anda pilihan untuk mengurangkan peluang bagi dia berkata tidak dan membenarkan beliau membuat keputusan dengan sendiri. Di dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan, anda juga boleh memberikan pilihan dengan mengatakan... Jika pilih A nanti kesan dan akibatnya begini, jika pilih B nanti kesan dan akibatnya begitu. Haaa...lebih kurang macam tulah...Di samping-samping tu melatih pemikiran mereka juga untuk berfikir secara rasional. 

Jadilah Seorang Ibu Atau Bapa Yang Fleksibel Bila Berurusan Dengan Anak-Anak
Jadi ibu bapa ni, kena jadi fleksibel, sebagaimana seorang ketua kena menjadi fleksibel di pejabat di dalam memimpin anak buah tanpa mengabaikan ketegasan. Tidak semestinya kita perlu senantiasa menggunakan perkataan tidak, tetapi gunalah perkataan tidak itu dengan cara yang kreatif supaya tidak menjadi ikutan anak-anak. Bila sudah terbiasa, mereka akan faham lenggok bahasa kita, bila kita mengatakan tidak dengan cara kita yang tersendiri. :-).

Jangan Suruh Anak Memilih Apabila Sebenarnya Mereka Benar-Benar Tiada Pilihan
Contohnyalah kannn, waktu tidur tetapi anak masih ingin bermain. Ash-lah ni selalu macam ni, nih...Ihikss... Tapi taklah paksa tidur punnn, cuma beritahu dia... "Ash...jom "sleep"...esok "Mommy" nak "work"... Nanti esok siang main lagi yer dengan Nek Ma?"... 

Macam tulah perkongsian yang dapat Farah kongsikan serba sedikit... Tetapi, jika anak anda sering mengucapkan "NO", kemudiannya sering merasa sedih dan nampak murung... Sila ambil langkah yang seterusnya untuk mendapatkan konsultansi dari PAED...Kemungkinan besar ada sesuatu impak kepada psikologinya dan jangan ambil remeh kerana kita tidak mahu anak kita berada di dalam keadaan sedih dan tertekan buat selamanya... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam singgah. nice tip,tq farah

    ReplyDelete
  2. Kena lihat situasi bila 'NO" itu diucapkan
    Mesti Ash pun dah tahu waktu bila dia nak kata NO pada mummynya kan..

    ReplyDelete
  3. Kalau anak anak kecil yang bari belajar bercakap sebut sesuatu perkataan itu mungkin tidak berapa risau sebab mereka belum faham apa yang diucapkan..tetapi bila anak dah mula faham..tetap ulang perkataan yang sama,,masa itu parents mesti ambil berat..ambil tahu..mesti..

    ReplyDelete
  4. ehh anak jue hat kecik tu selalu ckp no.. suruh g umah ibu pengasuh sampai jer depan pintu dia cakap no.. qeram dont want.. ewahh..

    ReplyDelete
  5. tp rasanya perkataan tu kot yg biasa kita duk sebut sll kat anak2 hehe..tambah2 kalo anak nak buat sesuatu yg kita x berkenan..tp stkt ni Arfan paham maksud no tu..

    ReplyDelete
  6. irine pon suka cakap no siap gaya tunjuk jari telunjuk lagi tuuu.. means diusia setahun5 bulan tu hingga 3 tahun normal la kan dia belajar cakap no? comel je bebudak ni

    ReplyDelete
  7. Aima kalau dgn Sarah kalau xbg dia buat selalu cakap 'tak cantik la buat camtu sarah' seboleh mungkin nk elak perkataan jangan dan no atau tak nak tak boleh tu. Tapi kadang tu No jgk yg keluar.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum ...

    Sekejap aje masa berlalu pejam celik pejam celik...tengok2 Ash dah besar dah...dah pandai bercakap dah ye..Alhamdulillah..semoga Ash menjadi anak yg soleh dan berkeperibadian mulia selain membanggakan kedua ibu dan bapa...

    Salam Blogwalking dear...dah lama akak tak berkesempatan menjengah disebabkan kebizian dengan anak2 seharian...terpaksa melupakan sebentar dunia blogging walaupun hati meronta2 nak berblogging...Insyaallah suatu hari nanti...

    All the best to you dear Farah and keep on blogging ye..

    Keep in touch dan salam blogwalking!

    ReplyDelete
  9. Anak sy reti sebut abah je... Hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !