Alhamdulillah, secara perlahan-lahan sehingga ke tengah malam dan pagi, suhu turun juga. Syukran Ya Allah, segala usaha memberikan maklum balas yang positif. Lega rasa hati ini...
Sehingga ke jam 3.00 pagi tadi, suhu telahpun menurun kepada 37 bacaannya. Sejam sekali letak termometer pada telinga si kecil tu, dan dah macam lagak jururawat semasa di KPJ pula ko... Siap ada buku catatan suhu khas yang bila mana Ash tak sihat jer semenjak insiden "fits" a.k.a. sawan tarik yang berpunca dari demam, memang jadi seorang ibu yang terlalu teliti dan melindungi sangat.
Siap ada buku khas. Siap ada "table" untuk mencatatkan bacaan, setiap letak tarikh dan pukul berapa lagi catat suhu. Ini kalau Ash dah besar sok-sok dan dah faham, bagus juga kalau tunjuk pada dia nih... Ha ha ha... Biar dia tau macam mana Mommy susah payah menjaga dia dan macam mana Mommy lakukan.
Bukan nak mengungkit dengan anak oiii atas apa yang dilakukan pada mereka untuk mereka. Akan tetapi, "life skills" kot? Bila kita terangkan pada mereka, moga-moga satu hari nanti begitulah juga mereka akan lakukan pada anak-anak mereka nanti. :-).
Seperti biasa, Ash tidur dan Mommy berjaga bila Ash tak sihat. Kena ambil bacaan suhu badan anak kannn??? Setiap 2 jam sekali... Sambil-sambil tu, "touch" sana, "touch" sini, godek sana, godek sini. Bila Ash kurang sihat "Emergency Response Plan" diaktifkan. Kalau mulanya kod merah, haruslah pastikan turun ke kod kuning seterusnya hijau dan seterusnya ERP ditutup.
Bila anak pernah sekali terkena "fits", memang tak akan pernah culas memantau perkembangan dan lakukan apa yang patut dilakukan...Beginilah caranya dan perkaranya yang mana salah satu perkara sebagai ibu ataupun bapa perlu hadapi dan lalui.
Moga cepat sembuh yer sayang? Sebelum Mommy "start work" minggu ini. In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin...
besar pengorbanan ibu
ReplyDeleteAmin..bila ash sihat..aktif..mummy pergi kerja pun senang hati..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh.risau jugak budak2 demam.sekarang musim demam kan.kite pon demam.huwaa
ReplyDeletehebat mommy, ada emergency response plan...i likeeee... :))
ReplyDeletehttp://puteriyusof.com
Ibu mana tak risau bila anak tak sihat. Alhamdulillah Ash dah ok :D
ReplyDeletesemoga ash cepat sembuh...demam nak dapat adik kot ni?
ReplyDeleteSemoga Super Ash cepat sembuh ye.
ReplyDeleteanak x sihat, kita yg x tido.
ReplyDeleteexactly, tiap kali anak sakit, ibu jadi misi :)