 |
Sumber dari Google |
Hah??? Meniru tu bagus??? Kalau anak pandai meniru itu satu perkara yang bagus??? Oopss bukanlah bermakna kita menggalakkan anak-anak kita supaya meniru tugasan sekolah ataupun di dalam peperiksaan yer? Sila baca sampai habis dulu artikel ini yang Farah pinjam dari sumber di
SINI.
Jika di sekolah dahulu, meniru adalah satu kesalahan besar. Tetapi sebenarnya meniru adalah asas proses pembelajaran. Meniru pergerakan, tindakan dan bunyi adalah kemahiran asas untuk setiap anak. Contohnya, pergerakan seperti tepuk tangan atau melambai adalah pergerakan mudah untuk ditiru sejak bayi lagi.
Kenapa Meniru Itu Penting???
- Menyalin tulisan guru di papan hitam ke dalam buku latihan itu meniru.
- Mengikut pergerakan cikgu pendidikan jasmani itu meniru.
- Mengeluarkan bunyi yang sama (bercakap) seperti ibu bapa itu meniru.
- Mengikut pergerakan imam dalam solat itu meniru.
Selain itu, meniru juga tidak semestinya pergerakan sahaja. Kita juga perlu didik anak supaya pandai meniru bunyi. Anda juga boleh mulakan dengan perkataan mudah seperti "Bye Bye" atau "Hai" di samping gerakan melambai. Ia membantu merangsang anak yang memiliki masalah lambat bercakap.
Oleh itu boleh dikatakan, meniru itu sebahagian intipati pembelajaran dan kejayaan. Untuk seseorang anak boleh meniru, yang penting mereka mesti memiliki tumpuan dan fokus penglihatan. Maka didiklah anak supaya boleh meniru anda dari awal usia lagi. Bukannya mendidik anak untuk meniru tugasan sekolah ataupun di dalam peperiksaan yer???
Bagaimana Caranya???
- Perbanyakkan berkomunikasi dengan anak.
- Perbanyakkan hubungan mata ("eye contact")
- Luangkan masa bermain bersama mereka. (secara fizikal bukan maya)
- Mulakan dengan aktiviti mudah mengikut kemampuan anak.
Haaa...mudahkan? Sebenarnya mulakan dengan aktiviti mudah sahaja dahulu. Bermain dan membaling bola bersama, melompat, tepuk tangan dan macam-macam lagi. "Key point" nya adalah MESTI MENYERONOKKAN. Bila seronok anak nak buat lagi dan lagi. Dari situlah mereka mempelajari sesuatu, membaiki kesilapan cubaan lepas dan berinteraksi dengan kita.
wow
ReplyDeletePendek kata nak meniru..biar bertempat..biar kena dengan situasinya..
ReplyDeleteanak2 kecil mmg akan meniru perbuatan org sekelilingnya terutama mak ayah..sbb tu kene stay dlm good environment
ReplyDeleteYup, learning must be fun. Baru lah anak suka
ReplyDeleteaida setuju.
ReplyDeletekalau meniru masa exam skola, mahu kena ketuk nanti ha ha ha :)