![]() |
Sumber dari Google |
Owhh, rupa-rupanya AF2015 ataupun nama panjangnya Akademi Fantasi 2015 dah kembali ke kaca televisyen yer? Ha ha ha, hakak ketinggalan keretapi sikit dikk... Tak perasan yang AF dah mula "season" baru. Perasan anak "I is" jer yang sibuk menyepah-nyepah serumah tu.
Semalamlah, tiba-tiba terperasan yang ada orang dalam rumah rekod. Hurmm...siapalah tu yer? Ha ha ha...Tak Nek Ma Ash mesti Atuk Ash...Dah alang-alang ada yang rekod tu, marilah kita cuci mata tengok sikit... Apa yang menarik disajikan...
Penaja platinum kali ini bukan lagi Qu Puteh ataupun Terlajak Laris ok? Tetapi Nouvelles Visages...
![]() |
Sumber dari Google |
Tenaga pengajar pula terdiri daripada Edry Abdul Halim selaku Pengetua, kemudiannya ada Linda Jasmin, Que Haidar, Fauziah Nawi dan ramai lagi, seperti biasa. Tapi garang jugak Edry ni ek? Baguslah dia serius di dalam mendidik anak didiknya... #ehhh kalau tak silap dalam sejarah AF dah 2 kali adik beradik KRU ni jadi pengetua kan? Dulu kalau tak silap Norman pernah jadi pengetua kann? kann? kann?
Pelajar-pelajar pula adalah seramai 12 orang yang terpilih. Pada konsert penentuan yang Farah tonton tu ada 16 orang, tetapi 4 tersingkir dan tinggallah 12 orang. Tapi Farah taklah senaraikan semua peserta atau pelajar dalam entri ni yer? Kalau nak kenal dan nak tau, boleh rujuk ke laman web INI.
Yang sekali pandang, sekali tonton dan sekali dengar rasa macam "I is" suka setakat ni adalah...
![]() |
Sumber dari SINI |
Namanya Sufi. Seorang penyanyi Indie (sepenuh masa) di Singapura. Mempunyai "single" yang bertajuk "Tiada Pengganti" yang telah memenangi kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014). Selain menyanyi, Sufi juga aktif mencipta lagu iklan ("jingle") untuk iklan TV dan radio. Mula menjadi penyanyi selepas muncul naib johan - SG Mania (2014). Menggemari genre pop rock, R7B dan balada. Berbakat mencipta lagu sendiri. Inspirasi - Taufik Batisah, M.Nasir, Hattan dan Ramli Sarip - lebih menggemari lagu-lagu evergreen.
Hakak dah agak dah adik ni mesti minat Taufik Batisah, "ex-boyfriend I is" tuh..Bha ha ha... Sebab tengok gaya dia pun dah ada macam Taufik juga sesikit, taklah banyak tapi sikit lah sikit. "And yeah, he's the type that I like" untuk tonton dalam AF...ekekekeke...
Juri Juara AF2015 adalah Stacy dan juga Joe Flizzow... Dulu memang minat sesangat masa AF mula-mula keluar di kaca televisyen, sekarang ni setakat tengok jerlah...Minat minat juga, tapi tak adalah macam dulu sangat...Heee...
rasanya dah betul tu tekaan akak..
ReplyDeletemmg mamat ni nampk sket menyerlah dr yg lain,
muka pun boleh jual.
x lyn dah
ReplyDeletesuka gak suara si Sufi ni tp bila tgk diari, sy tgk dia ni suka gelak2 masa belajar vokal. Tak sure knp. hmmm
ReplyDeleteWah NV sponsor AF kali ini...terbaik!! Zaman MaWi. ..dulu dok gila tgk AF. Sekarang ni...xsempat nk tgk tv.
ReplyDeletevokal semua pelajar season ni best2 la..boleh tahan... :D
ReplyDeletedah lama tak tengok AF... Awal-awal AF dulu best je layan
ReplyDeleteTak tengok pun lagi AF kali ni
ReplyDelete