Berkongsi apa saja rahsia yang ada di hati dengan anak-anak gayanya nih. Dikatakan, ibu bapa yang berjaya menjadi rapat dengan anak sendiri pasti paling bahagia. Menurut artikel di SINI, ada beberapa panduan atau tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa yang mahu menjadi teman baik kepada anak-anak sendiri.
Masuk Ke Dunia Anak-Anak
Ibu bapa boleh masuk ke dunia anak-anak dan membawa anak-anak memasuki dunia ibu bapa pula. Oleh itu, ibu bapa perlu telus dan mempunyai minda yang terbuka untuk menerima alam anak-anaknya.
Apabila situasi ini berjaya, anak-anak dengan sendiri boleh menganggap dan menerima ibu bapa mereka sebagai kawan. Bukannya satu ancaman. Hal ini kerana abak-anak memerlukan diri mereka difahami dan diterima sebagai kawan sebelum menerima ibu bapa mereka sebagai kawan.
Elakkan Kata-Kata Menghukum
Sebab itulah ibu bapa tidak boleh mengeluarkan kata-kata menghukum dan kata-kata yang menyalahkan anak-anak. Keadaan sebegini sebenarnya akan menjauhkan mereka daripada ibu bapa.
Ibu bapa hendaklah membina dan mendoring anak-anak dengan kata-kata positif dan membina. Justeru, ibu bapa perlu mempercayai mereka serta memberi keyakinan yang anda bersama mereka dalam setiap keputusan mereka yang dirasakan relevanlah kan untuk dipersetujui.
Jalinan Yang Baik
Ibu bapa perlu membina "parental rapport" dan membuat anak-anak rasa penting dan dihargai. Ini akan membuatkan anak-anak merasa kebergantungan kepada ibu bapa sebagai kawan dan bukannya sebagai ibu bapa tanpa hilang rasa hormat yer.
Jika abak-abak membuat kesilapan, ibu bapa tidak perlu terus menghukum mereka dengan kata-kata sumpahan. Sebaliknya berilah mereka tunjuk ajar. Dengan itu, anak akan merasa diri mereka lebih dihargai.
Berbuallah Dengan Anak-Anak
Ibu bapa perlu belajar untuk sering berbual dan membawa mereka masuk ke dalam perbincangan keluarga. Jika perlu bertanyakanlah pendapat mereka. Misalnya... "Jika anda di tempat saya, apakah yang anda lakukan dan kenapa?". Setelah memasukkan abak-anak dalam perbincangan anda, berusahalah untuk beriadah atau mempunyai "time out" bersama anak-anak.
Ibu Bapa Jangan Lakukan Ini
Ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa elakkan dalam menjadikan anak-anak teman baik mereka. Antaranya adalah membiarkan anak-anak anda sendirian menyelesaikan masalah mereka. Ibu bapa juga perlu elakkan dari tidak mengambil berat tentang mereka.
Menyangkal pandangan mereka jangan sekali dilakukan, begitu juga dengan menyalahkan atau mencari kesalahan mereka. Ketika bertanya, elakkan pendekatan menyoal siasat. Jangan mengutuk atau mengata pasangan anda atau orang lain kepada anak-anak.
Hati-Hati Berkongsi Rahsia Dengan Anak-Anak
Bukan semua perkara boleh dikongsi dengan anak-anak. Perkara seperti perhubungan dingin, perbalahan, persengketaan, syak wasangka atau perkara yang berat sebelah kepada ibu atau bapa tidak boleh dikongsi dengan anak-anak. Anak-anak perlu melihat ibu bapa itu adalah satu dan bukan dua.
Dari segi positif, ianya membawa kepada penglibatan perkongsian maklumat dan bukan mengambil sesuatu tanggungjawab anak-anak memikul. Ibu bapa perlu menerangkan apakah jenis perkongsian ini. Asakah ianya hanya untuk berkongsi, untuk memberitahu sesuatu isi hati anda atau memerlukan anak-anak memahami isi hati anda?
Dari segi negatif, ianya mungkin dilihat seperti anda menambahkan masalah anda kepada anak-anak dan inginkan mereka mencari jalan untuk menyelesaikan masalah anda. Anak-anak mungkin melihatnya sebagai tugasan tambahan mereka.
Yang memainkan peranan, ibu bapa, rasanya ibu bapa yang kena imbangkan di dalam hal berkongsi rasa ni yer tak? Anak boleh dijadikan kawan tetapi bukanlah dimuakan sehingga satu hari nanti menjadi lawan. Itu yang kita tidak mahu kan?
Samalah farah..yoorin dr irine dalam.perut lg memg suka luah perasaan..haha.. entah..rasa anak ni lg paham.kot.. lagi kalau kite nangis.. dia dok peluk tepuk2 belkg kite..haha..lawak je.. automatik terus ok..
ReplyDeletesebab tu kena tunjuk kasih sayang tu walaupun depan anak2 sebab dari situ diaorang belajar..
ReplyDeleteAnak anak wadah terbaik kurniaan Ilahi..ada kala dia kawan..yang ibu bapa boleh kongsi apa saja..yang penting batasan rasa hormat anak pada ibu ayahnya tidak terluak..**tetiba PC sebak..
ReplyDeleteAsh.. Ash.. anak emak ye... ^_^
ReplyDeleteSweetnyaa Ash. hihi :D
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeleteAnak lah kekuatan dan kelemahan kita
ReplyDeletePenyayang sungguh la ash ni. Hehe
ReplyDeleteThnks for sharing kak farah. ;-)
bukan mudah membesarkan anak-anak....moga kita jadi ibubapa terbaik di mata anak-anak
ReplyDeletesama macam Emir jugak akak.. kadang2 bila Farah saja la takut pada sesuatu nie..Emir akan kata..'angan akutttt..mermer ada..hehehe..
ReplyDeletetips yang baik ni kaka farah. terima kasih atas perkongsian tips bersama anak-anak
ReplyDeleteanak kat perut ni dah ajak berborak..hehe
ReplyDelete