Dalam jurusan bidang kecantikan dan solekan, kening yang serabut dan tidak rapi itu ibarat menjadikan solekan kurang kemas ataupun kurang "kick"... Kalau di majlis-majlis kenduri kahwin semasa zaman Farah kecil-kecil dulu, selalu juga memperhatikan Mak Andam mencukur kening pengantin perempuan sebagai satu ritual ataupun amalan tradisi.
Dalam evolusi bidang solekan dan kecantikan pula, "threading" adalah salah satu cara untuk mengemaskan bulu kening yang serabut dan sememangnya ramai wanita yang melakukannya...
![]() |
Sumber dari Google |
Berbicara tentang "cukur kening" ni kann...Farah ingin kongsikan sesuatu dari Ustazah Hayati Mohd Zari yang merupakan Ahli Majlis Ulama ISMA dari sumber di SINI.
Bahagian kening ini telah pun menjadi salah satu bahagian tumpuan pengubahsuaian bagi kaum Hawa sejak dari zaman Nabi SAW lagi. Di zaman kini, perkara yang membabitkan pengubahsuaiannya makin berleluasa, bahkan sudahpun menjadi satu "trend" kini.
Antara hadis yang melarang perbuatan mencukur kening ialah hadis daripada Abdullah bin Masud daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik, perbuatan itu mengubah ciptaan Allah: - Riwayat (al-Bukhari, Muslim Abu Daud)
Laknat Allah adalah ke atas perbuatan yang dilarang, tidak terkena laknat Allah jika sekiranya perbuatan itu dibenarkan syarak. Suasana hari ini, tidak boleh dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita diuji Allah dengan memiliki kening yang bermasalah dari segi lebat, panjang dan nipisnya atau bulu kening yang bersambung antara kanan dan kiri. Hal tersebut menyebabkan luar biasa bagi pandangan lelaki atau suami.
Tak yah cukurlahhh... meh meh meh, ni nak kongsi, kening anda masih boleh kelihatan cantik, menarik dan kemas sebenarnya dan cara ini jugalah yang Farah gunakan di dalam solekan Farah sehari-hari... Ngeee... Kongsi tips nih...Tapi kalau dah tau baguslah... Pada yang baru tahu, mungkin dah boleh mula mencuba dah nih...
Ramai nak kening yang kemas, cantik dan dramatik... tetapi bagi Muslimah mencukur kening bukanlah caranya yer...Ini adalah mungkin penyelesaian yang bersesuaian untuk anda. Memang makan masa sedikit, tetapi nak cantik kannn???
skrg dah ade acuan kening.. ikut je acuan.. senang dan cpt..
ReplyDeletemudah.... dan cantik...
ReplyDeletekreatif depa....saya pun tak se-kretif ni....
ReplyDeletebtw,done to follow you..follow me back...haha...
www.yayacendana.com
ini sure kena bangun kul 5 am kalau nak mekapkan kening ni kan...hahahaha...
ReplyDeleteNak..nak..nak cantikkk..hihihi..
ReplyDeleteNice sharing! Berguna untuk girls yang baru nak belajar :)
ReplyDeleteoooo tak de la susah mana,rasanya cukur lagi ngeri kot hahahahha
ReplyDeleteBetul tu tak perlu nak cabut atau cukur....mula2 nak bentukkan kening bagi cantik memang susah...tapi kalau dah terbiasa kejap je zapzap siap hehe...
ReplyDeletesenang dh skrg ni..kalau cukur lg sakit,,tmbh berdosa plak..kening lebat lg mengancam kan..hihi
ReplyDeleteuih tak sakit ke guna benang tu..
ReplyDelete