"Mood" bosan makan nasi muncul semalam, dan "mood" nak makan "western" pula terbit dengan tidak semena-mena. Secara tiba-tiba juga, jujur mengaku yang memang tak terbuka nafsu nak memasak lauk pauk seperti kebiasaan serta boleh pula tiba-tiba rasa nak beralih selera ke selera barat.
Makan di luar? Tidaklah. Di dalam fasa-fasa berjimat serba-serbi ni, adalah lebih baik gunakan sepenuhnya sumber yang ada untuk meminimakan perbelanjaan, juga mengelakkan pembaziran. Nak ke Me'nate pun memang jauh sekali lah kan? "I is" tak mampu ok?
Ash pun memang berselera barat, jadi tak sukar untuk memenuhi kehendak tekak dan dalam masa yang sama memastikan bahawasanya dia tidak kelaparan. He he he... Fikir punya fikir, nak masak apa, tiba-tiba tergerak nak masak "Stewed Black Pepper Beef Steak".
Resipi? "I is" Google jer dan gunakan "common sense" sendiri. Lagipun bukannya susah kan? Masak "western" lah paling mudah bagi Farah. Tak banyak kecah dan kerjanya cepat jer sebenarnya kalau betul-betul.
Farah tak gunakan "Aussie Beef" tetapi Farah pakai apa yang ada jer dalam peti ais tu. Pakak ajer daging batang pinang "uolss"...Lagipun memang daging batang pinang adalah salah satu pilihan untuk buat "steak".
Farah pernah kongsikan di dalam salah satu entri Farah di SINI dulu...
Resipi? "I is" Google jer dan gunakan "common sense" sendiri. Lagipun bukannya susah kan? Masak "western" lah paling mudah bagi Farah. Tak banyak kecah dan kerjanya cepat jer sebenarnya kalau betul-betul.
Farah tak gunakan "Aussie Beef" tetapi Farah pakai apa yang ada jer dalam peti ais tu. Pakak ajer daging batang pinang "uolss"...Lagipun memang daging batang pinang adalah salah satu pilihan untuk buat "steak".
Farah pernah kongsikan di dalam salah satu entri Farah di SINI dulu...
Sedikit mengenai daging batang pinang dari entri Farah yang terdahulu daging batang pinang atau nama komersialnya di dalam Bahasa Inggeris adalah "sirloin" ok, "sirloin"...sebut betul-betul "sirloin"... Ha, sekarang dah tau kann??? "Sirloin steak" yang kita dok bedal dan hadamkan tu guna daging batang pinang ler... "Sirloin" adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibandingkan dengan bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di Amerika adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di Amerika, potongan "top sirloin" merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat "steak". Daging batang pinang biasanya digunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia, iaitu satay.
Makanya, tak salahlah pun kalau Farah gunakan daging batang pinang sebagai bahan kan? kan? kan? Ngeee...
Untuk "side-dishes" pula, buat "Garlic Vege", pakai jer lobak merah dan kobis bunga yang memang ada stok tu dan sedikit "fries" yang dicilok dari stok Ash. He he he... Pung pang pung pang, selesai...Burppp Alhamdulillah... Terima kasih Allah atas rezeki...
Sesekali nak juga beralih selera yer tak? Sebab teringin, kalau tak teringin tak juga masaknya... He he he...Ash makan daging yang tak ada sos "black pepper"... Memang tak bagi dia makan dia sos, nanti "cherry berry" dan sakit perut pula dia... Lagipun terlalu pedas untuk dia tu...
addoiiiii.. telan air liur tgk sos black paper berkilat... hehehehehee... :)
ReplyDeletetepat pilihan farah.. daging bahagian sirloin memang sedap and more lembut.. selalu guna bahasa inggeris je kan..padahal bahasa melayu batang pinang je..
ReplyDeletehohohoho ni lagi satu masuk dalam list nak rasa masakan u hihi
ReplyDeletealahaii sedapnyaaa..nampak lembutt..
ReplyDeleteNama komersial bukan main gah lagi... hahahhaa.... auni suka makan... tak suka masak.... tapi kalau teringinnnn sangat.... bersilat gak kat dapur buat steak ni... ngeeee
ReplyDeletesiyes terus perutku berbunyi....adehhhhh
ReplyDeleteiqa penah mkn beef steak. liatnya lahai. ahaa
ReplyDelete