Sempat Ber-Facial Di AIRELLYN BEAUTY STUDIO...

Farah Waheda Wahid
3

Kali terakhir menjejakkan diri ke pusat rawatan kecantikan adalah berbelas-belas tahun dahulu... Hua hua hua... Lamaaaa...sangat lama... Dan sememangnya dah berbelas-belas tahun dah Farah tidak melakukan sebarang "facial" ke atas wajah Farah. Sebenarnya, nak dijadikan cerita, wajah Farah ni bukannya tahan sangat dengan "facial". 

Lagi lakukan "facial" nanti lagilah mula timbul toing toing toing yang dinamakan jerawat nasi kecil-kecil... "Annoying" tau!!! Dan disebabkan itu, disebabkan Farah tak mahu ada satu jerawat pun yang muncul di kulit wajah Farah, Farah lebih rela tak melakukan "facial" ok??? He he he... Alhamdulillah, memang tak ada jerawat pun muka Farah...kalau ada tu 5 bulan sekali pun jarang-jarang... timbulnya yang kecil sangat saiznya di muka... 

Tapiii, tiba-tiba sebelum raya ni kannn? Farah terasa macam nak pergi buat "facial" pula...Ha ha ha...gedik, tiba-tiba nak buat "facial" kannn??? Dah kenapa entah, Farah pun tak tahu...Mungkin untuk kepuasan diri lettew...Fikir punya fikir punya fikir, akhirnya Farah mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan kecantikan yang Farah mahu di AIRELLYN BEAUTY STUDIO... 


Pergi seoranglah pun kannn??? Takkan nak bawa si kecil tu...Nanti langsung tak jadi "facial"...jadi lain nanti, tak pun balik macam tu jer...Kalau Farah bawa Ash, siapa nak jaga sewaktu Mommy tengah syok-syok mendapatkan rawatan kecantikan? Takkan nak suruh orang pula? "No no no no no"... 


Sebelum melakukan rawatan, perkara pertama yang harus dilakukan adalah melakukan pemeriksaan kulit. Dan juga jenis kulit. Pertama, seperti yang kelihatan di atas, ianya adalah bagi memeriksa tahap kelembapan kulit...Yerlah jenis berminyak ke, kering ke, biasa ke.... Dan untuk ini, kulit Farah dikatakan kering dan kurang air. Dengggg... puasa ni memang kurang sangat minum air, tak cukup gelas-gelas air yang diperlukan untuk tubuh... Hu hu hu.... 


Selepas itu, periksa jenis kulit pula... Wahhh, muka Farah dari kategori violet. Caranya, masukkan muka anda di bawa kain selubung di hadapan mesin ini dan hadapkan muka anda dekat-dekat ke arah cermin di dalam mesin ini. Nanti ada lampu atau sinaran yang mengimbas kulit kita... 

Hasil autopsi...ecewahhh, autopsi gitchewss... hik hik hik, Farah telah pun disarankan untuk melakukan spa coklat di muka!!!! Yeayyy, coklat...Ha ha ha, tapi silalah ketahui coklat ini bukan coklat yang boleh dimakan itu yer? Dan semut tak akan menghurung punnn... 


Coklat memang sedap dimakan yer tak? Dan coklat juga sangat bagus untuk kecantikan. Ia mampu untuk memutihkan kulit dan menjadikan kulit selembut kulit bayi. Khasiat coklat ini mampu membuatkan kulit anda menjadi LEBIH ANJAL, HALUS DAN LICIN. 

Tiba-tiba rasa bahagia sangatttt...Ha ha ha...Bila dapat berbaring, lepas tu muka rasa sejukkk jerrr...memang boleh terlelap kalau tak betul-betul... Kawal jer diri dari terlelap, ha ha ha, sebab risau kalau terlelap kot kot jadi sedap payah nak bangun pula ke nanti? Lagipun bulan Ramadhan... tak baik tidur lama-lama...Muahahahaha... 

Owhhh, selain dari itu... Farah juga dicadangkan melakukan "Express Oxygen Facial Treatment" sebab kulit kering kannn??? Sejukkk jer bila disemburkan oksigen tu ke muka... Nyaman jer rasa... 


Tempoh masa rawatan adalah selama 2 jam sahaja... Selepas selesai rawatan di AIRELLYN BEAUTY STUDIO, memang bergegaslah pulang ke rumah kannn??? Nak masak lagi? Nasib tak jauh sangat dari rumah pun, orang kata jaraknya memang boleh dipertimbangkanlah... 

Yang agak seronoknya kannn... kan Farah kata tadi, wajah Farah ni bila buat "facial" akan timbul jerawat...tetapi kali ini tidak!!! Kira serasilah ni... Haaa dah nak dekat-dekat raya ni, naklah juga kongsi kat mana ni Farah lakukan rawatan kecantikan ni... 


AIRELLYN BEAUTY STUDIO
No 6A, 1st Floor, Jalan Kristal K7/K
Seksyen 7
40000 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan

Untuk Temujanji atau Tempahan:

What's App
011 | 2717 4100

Telefon:
03 | 5519 4159 

Raya-raya ni bukan sekadar nak meletops pakaian "uolss"... Diri sendiri dan tata rias diri pun harus "meletopss" gitchewsss.... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Saya tak pernah lagi buat facial setakatni

    ReplyDelete
  2. wah syoknya sesekali kulit dimanjakan, dah la dengan coklat pulak tu, looks yummy..hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !