Kalau dulunya sebelum ada Ash, kalau teragak jer nak tonton filem, filem baru-baru semuanya ke panggung. Filem lama, layan DVD, secara atas talian pun hado. Drama, bila nak tengok tonton jer terus dari televisyen. Pendek kata, ikut suka hatilah nak tonton bila pun, masa bila pun...
Hadir jer anak teruna #anakmanjamommy... Jeng jeng jeng... Memang tak ada maknalah nak ikut suka-suka hati nih... Sila rekod dan sila ulang tayang pada waktu yang bersesuaian. Itu yang jadinya status "stereotype I is" itu...
Nak ke panggung tengok masa yang bersesuaian, nak tonton rancangan televisyen pun pada masa-masa yang bersesuaian. Dah tak boleh ikut suka suki hati lagi dah. Itulah "me time" menonton filem, drama Farah sekarang. Sambil? Sambil tepuk anak... Ngee...
Siang hari? Mengatunnnn ajerlah kerjanya...memang tak dan nak tonton apa pun. "Remote control" dah pandai "conquer" dah, kalau kita buka saluran yang lain, dia akan ambil "remote" tu suruh kita tukar saluran khas dia tu. Kadang-kadang sampai dia sorok "remote" tu entah ke mana-mana, naik pitam mencarinya. Hu hu hu.
Nak buat macam mana? Ikutkan ajerlah. Anak-anak zaman ni, boleh tonton 24/7 kartun. Tak macam zaman-zaman Farah ataupun sesetengah dari kita. Kalau dulu nak tonton kartun selalunya hujung minggu yang banyak rancangan kartun ataupun cuti sekolah. Sekarang ni dah ada ASTRO, ada HyppeTV... Ada jer kartun 24/7... Ha ha ha...Bezanya dahulu dan sekarang...
Pendekatan mudah bagi Farah, yang diambil... Bila dia telah lena beradu di malam hari, waktu tulah Farah melayan segala bagai apa yang Farah nak tonton sambil-sambil buat kerja rumah ataupun kerja-kerja blog...Ngeee...mudah sebab boleh tonton dengan aman damai katanya...
bila dah anak, anak la yang menjadi keutamaan.
ReplyDeletemencabarkan farah... lin anak 2 nak masuk 3 ni... lagi la.. bila adik beradik bergabung ku jadi speechless... uhhuhu
ReplyDeletesalam singgah pagi
ReplyDeleteHihihi...akhirnya mummy nonton sambil sambil jekan..
ReplyDeleteSambil tidokan Ash pun boleh layan hindustan kann. Heheh :D
ReplyDeletesambil sambil juga laa siap kerja semua :)
ReplyDeletenak buat macammana..nak bagi anak duduk diam bagi tonton tv jele..hehee
ReplyDeleteMcm tu la bila dh ada anak kan..hehe..baby sy dah nak masuk 5bulan..bila kita nak berblog,mula la dia jeles.hehe
ReplyDelete