Salam 1 Syawal 1436H Dari www.bubblynotes.com ...

Farah Waheda Wahid
3

Salam 1 Syawal 1436H...Salam Aidilfitri 2015. Walaupun rata-rata sibuk beraya dah nih, tetapi Farah tetap juga di sini meluangkan masa untuk mencoretkan secara maya seberapa mampu di Bubblynotes.Com. Sepertimana kebiasaannya, blog tetap beroperasi seperti biasa dan tidak bercuti. Setiap tahun pun begini. 

Bukannya anti-sosial ataupun bukannya tidak boleh hidup tanpa gajet. Cumanya, ini memang rutin dan kebiasaan Farah. Di mana ada ruang yang terluang, di mana ada waktu, di situlah entri Bubblynotes.Com akan cuba dipersiapkan. Bukan bermakna sibuk "update" blog sewaktu tengah-tengah sibuk beraya tau. Muahahaha... 

Sempena dengan Syawal pada kali ini, Farah ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua tidak kira sesiapa pun anda yang mengenali Farah, Ash dan Bubblynotes.Com di atas segala khilaf. Manalah  tahu jika ada terkasar bahasa, tersilap kata atau penulisan, terguris hati serta perasaan ataupun menjengkelkan mana-mana pihak. 

Kita semua manusia yang tidak sempurna dan tidak lari dari emosi dan juga sebarang kesilapan. Ada kala kita tidak bermaksud apa-apa tetapi mesej atau maksud yang diterima jadi lain. Ada kala kita gagal melawan perasaan amarah yer tak? Lalu hilang rasional. 

Hari baik, bulan baik. Hari mulia, bulan mulia dengan rasa rendah diri. Maafkan segala salah silap Farah yer? Akhir kata... 

Purify our hearts with the rememberance
Enlightened our soul with love
Through the day with a smile
Set step with gratitude

Purify our heart with an apology
Welcome Syawal, goodbye Ramadhan

Minna Wa Minkum Taqobballahu
Minal Aidin Wal Faidzin
Dari Farah dan juga Ash...

Bagi yang berkesempatan, jemputlah datang beraya ke rumah yer? Pintu rumah sentiasa terbuka untuk menerima tetamu... Ikhlas nih...Tapiii, maklumkan dulu sebelum datang...Takut-takut tiada di rumah... 

Selamat berhari raya serta berbahagia bersama insan-insan tersayang semua... Semoga Aidilfitri 2015 ini bermakna dan menggembirakan hati kita semua... In Shaa Allah, Amin...

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !