![]() |
Sumber dari Google |
Nak tempek gambar sendiri, nanti karang muntah pelangi pula semua orang... hua hua hua, jadi cukuplah sekali kita tempek yer sempena musim raya...Kita gunakanlah gambar dari Google. Ni bukan apa ni, cumanya terbaca satu artikel di SINI tentang rahsia personali di sebalik pelukan suami... Dan tiba-tiba macam terasa nak berkongsi pula dengan anda semua... He he he...
Agak-agaknya suami anda seorang yang romantik tak? Ha ha ha... Tak yah jawab dan tak payah nyatakan, sendiri-sendiri tahu sudahhh... Suka sangat memeluk anda? Beruntung sangat tau kalau anda mempunyai suami yang kekal romantik walaupun sudah bertahun melayari kehidupan berumahtangga. Yang "best"nya tu, dikatakan di sebalik cara pelukan tu kan, tersembunyi rahsia personaliti mereka yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.
Jeng jeng jeng... Sendiri baca, sendiri fikir tau...lepas tu sendiri tahu...
Suka Merangkul
Pelukan suami daripada jenis yang suka merangkul ni dikatakan kurang sensitif. Walaupun pada hakikatnya suami anda sebenarnya cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Setiap kali anda dilanda kesusahan atau ditimpa masalah, suami jenis ini dikatakan sanggup melakukan apa saja untuk membantu insan yang disayanginya.
Gemar Mendakap
Suami yang gemar memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan dia seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu sahaja, dia juga akan sentiasa menyokong apa saja yang anda buat, selagi terbaik untuk diri anda. Suami yang sebegini, pasti akan membuatkan separuh dari masalah anda hilang ketika meluahkan perasaan. Pelukan suami anda yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang adalah sesuatu yang selalu anda harapkan dalam kehidupan berumahtangga.
Pelukan Suami Dengan Tangannya Yang Terbuka
Suami yang gemar dengan stail pelukan begini adalah suami yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih teman, dia juga cepat rapat dengan semua orang walaupun baru saja berkenalan. Bukan itu sahaja, orang lain menyenangi kehadiran suami anda.
Menempelkan Kepala
Suami yang suka memberikan pelukan sebegini adalah seorang yang tegas dan mempunyai sifat seorang pemimpin. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-boleh mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah dipercayai untuk menjadi seorang pemimpin.
Menempelkan Pipi
Suami dengan gaya pelukan ini boleh anda jadikan sahabat karib dan juga pendengar setia. Bila-bila amsa saja anda perlukan, sang suami akan sentiasa ada di sisi. Luahlah apa sahaja, si dia takkan pernah jemu mendengarnya. Selain itu, si dia turut memberikan nasihat serta saranan terbaik bagi memastikan anda sentiasa gembira dan bersemangat. Sebenarnya ramai para isteri mahukan pelukan jenis ini, kerana ia cukup menyenangkan dan menenangkan hati.
Katanya begitulah, he he he, jadi sila fikir-fikirkan tentang suami anda yer? Yang mana satu??? Sejauh mana kebenaran ataupun kebetulannya... Wallahualam...
Alhamdulillah :)
ReplyDeleteAde maksud jgk ye style peluk ni, ingtkan pelukan tu sejenis tindakan refleksi yg ngak punya makna ~ nice info, btw Selamat Hari Raya buat sis Farah sekeluarga :)
ReplyDeletePelukan pun menggambarkan identiti diri :)
ReplyDeletegemar mendakap...hihi
ReplyDeleteuik...dah lama x rasa kena peluk
ReplyDeleteOwh...dan saya punya personaliti sama macam cara saya peluk isteri saya..hehehe
ReplyDeleteowh ade maksud tersirat rupanya..ingatkan mmg style die cmtu..hihi
ReplyDelete