![]() |
Sumber dari Google |
Kussss semangat... Terbang semangat Nek Ma dia, apa lagi Mommy dia kan? Jujurlah kalau Mommy dia yang ada waktu tu, tindakan refleks yang pertama adalah tarik dia dari tempat kejadian dan tindakan refleks yang kedua semestinya automatik babap dia kat peha lah.
Walaupun bukan salah dia dan dia tak sengaja... tapi tindakan refleks tu Farah rasakan Farah akan lakukan kerana ianya membahayakan diri dia. Automatikkk... hu hu hu... Dia boleh gelak lagi???
Lagi dia nak pergi ke kawasan kaca berderai tu adalah... Dush dush... Pengsann... Dia ingat "funny" gamaknya... Ash oh Ash... Nasib tak jadi apa-apa... Kalau luka kena kaca tu? Dan kalau kaca tu masuk ke dalam? Dah jadi benda lain. Walhalnya dah tinggi dah tempat letak tu.
Benda nak jadi dan dah jadi bukan boleh dielakkan kan? Ngomel panjang2 pun "no use and no point"... Yang penting pandang ke depan dan jadikan sebagai peringatan gitchewss... Pengalaman jadikan sebagai pengalaman...
Minggu lepas memang buat pertama kalinya dia pecahkan pasu dalam rumah dan minggu lepas juga carta kelakuan dia ada satu tanda :-(... Ha ha ha... Nak salahkan dia pun tak boleh juga... Mommy pun silap pergi sangkut bulu ayam tu kat situ... Dah tau anak awak tu suka mengemas, leka dan lalai... Hua hua hua... "So, Mommy to be blamed as well..."
Alhamdulillah Ash tak terkena kaca..tak apa..ini jadikan pengalaman untuk ash..
ReplyDeleteash dah besar, akal pon dah panjang ler..hehee
ReplyDeleteAduhai rajin betul ash ni ye..
ReplyDeletekena hati2 lepas ni Farah, pasu Pecah boleh ganti tapi Kalau ash yg luka.. susah hati dibuatnya..
Mujur Ash tak dek apa apa. Hihi. Rajin sangat ni nak menolong :D
ReplyDelete