Kemaruk Robocar Poli budak nih! Pagi petang siang malam, televisyen tu kannn, tak usahlah lain... Robocar Poli, Robocar Poli... Habis satu rakaman ditonton disuruhnya buka satu rakaman yang lain. Dah macam gaya Mommy maraton siri-siri kegemaran Mommy dah gayanya.
Ihikss... Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kata pepatah dulu-dulu. Pasti ada yang menurunnya. Dan hari ini, di Syawal yang keempat...
Sewaktu ke TESCO untuk membeli bahan-bahan masakan... Sempat dia "tag" Mommy dia satu set Robocar Poli... Lengkaplah sudah koleksi Poli, Amber, Roy dan Heli... Cara "tag" tu yang paling klasik tu...
Dulu jika dia nak dia akan tunjuk dengan jari telunjuk dan kalau Mommy tak layan pun tak apa. Jalan jer berlalu pergi dari bahagian permainan itu. Sekarang???
Huhhh... Dia akan berlari menuju ke bahagian permainan. Termenung seketika, selepas itu seperti yang berlaku tadi... Dia capai set Robocar Poli itu dengan sedaya upaya supaya tercapai, dah dapat...sebutnya "haaa...."...
Selepas itu, dia peluk ketat-ketat permainan itu. Kuat pula genggaman tangan dia tu. Memang tak kasi lepas. Ok ok... Berpeluh jap Mommy... Ha ha ha... Nak tengok berapa "total damage" yang bakal berlaku...
Kalau boleh dipertimbangkan akan dipertimbangkanlah. Kalau tidak? Terpaksa menggunakan kuasa daya memujuk supaya tidak berlaku adegan Samarinda ataupun Slot Akasia di TESCO tu.
Setelah berkira-kira dan disebabkan "mood" Mommy pemurah pada hari raya keempat ini. Makanya, tertunailah dan tercapailah hajat Ash yang berkehendakkan set Robocar Poli tersebut. Puaslah hati tu kann???
Sesampainya ke kereta dah tak sempat nak buat apa dah. Belum pun sempat Mommy dia nak "start" enjin kereta dia dah suruh buka kotak permainan tu. Dan lekalah dia bermain dengan sendirinya.
Sampaikan tak nak turun dari kereta dan berpujuk oiiii... Bila anak dah mula pandai "demand" permainan... Ha ha ha, satu lagi cabaran menjadi ibu bapa...
Sering kita lihat ada drama-drama yang berlaku di pusat membeli-belah apabila permintaan anak-anak tidak dilayan ibu bapa. Ada yang meraung sekuat-kuatnya sampai satu pusat membeli-belah boleh dengar, ada yang keraskan badan tidak mahu berganjak dari tempat mereka berdiri dan tak kurang juga yang berbaring di lantai atau ada tu siap berguling-guling lagi ko... Tanda protes dan tunjuk perasaan.
Fuh fuh fuh... Seboleh-boleh nak elaklah perkara begini dari berlaku kan? Jadi sebagai ibu bapa memang kena bersedia fizikal dan mental nih nak menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku yang ada kalanya tak dapat kita nak "predict" kan???
Kena ada "skill" memujuk, kena licik, ha ha ha... Kena gunakan cara yang dirasakan terbaik... Ash dah pandai "demand toys" nih... Ekekeke... Nampak-nampak gayanya lepas ni nak kena elak dari lalu kawasan permainan nih... :P...
*Kalau boleh dipertimbangkan, pertimbangkanlah sebaiknya... Tapi kalau rasa membazir dan tidak perlu, tak perlulah yer... Bergantung kepada "discretion" ibu bapa itu secara individu... Belikan bukan bermaksud "spoil"kan anak dan tidak membelikan pun bukan bermaksud tidak sayangkan anak... ;-)

Teringat perangai Zumal masa kecik dulu, meraung kalau tok wan tak beli... Hehe ^-^
ReplyDeleteSelamat hari raya sis!!! akhirnya robocar poli anak entah kemana-mana dicampaknya. xjumpa dah. heheheh
ReplyDeleteuwaa... comel gile robocar tu.. i pun gile macam ni...
ReplyDeleteAuntie pun suke gak katun ni ash.
ReplyDeleteRobocar ni citer kegemaran si kembar jugak ni
ReplyDelete