Perkara Setelah Menjadi Ibu...

Farah Waheda Wahid
10

Ulang tayang gambar di raya pertama... He he he, buat masa ini, inilah gambar paling menarik minat Farah... Dan semestinya disebabkan Farah suka sangattt tengok kegembiraan Ash di dalam gambar ini... Pertama kali bersongkok katanya... Dah tentu-tentu Mommy tengok dua puluh juta kali pun senyum dan "admire"... "Admire" anak sendiri tak salah kannn???

Anak-anak ni kan, kalau menangis...cari ibu, nak tidur cari ibu, sakit cari ibu. Ibulah tukang masak, doktor, tukang cuci, pakar kaunseling, cikgu dan bermacam-macam lagi peranan yang dipikul dengan gelaran seorang ibu. Mungkinlah, mungkin sebelum menjadi ibu, kita tak sedar perkara ini atau tak merasai sebenarnya perkara ini... 

Nek Ma Ash dulu pernah berkata... Perasaan menjadi seorang ibu tu unik, pengalaman menjadi seorang ibu itu unik...ianya tak dapat digambarkan dengan kata-kata dan apabila seseorang wanita itu menjadi ibu barulah kita tahu apa yang dimaksudkan dan barulah kita faham bagaimana rasanya. 

Tertarik dengan satu artikel yang menceritakan tentang perkara yang anda tidak tahu sebelum menjadi ibu di SINI dan mungkin sebelum menjadi ibu anda, termasuk diri Farah sendiri tidak berapa nak sedar tentang beberapa perkara ini. 

Pengorbanan Yang Ibu Anda Lakukan Untuk Anda
Bila ada anak sendiri barulah kita sedar betapa susahnya ibu kita dahulu membesarkan kita. Rasa sakit dan susah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak membuatkan kita tambah menghargai dan menyayangi ibu kita.

Kasih Sayang Tanpa Syarat
Anda sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak tersayang selamat dan selesa. Itulah naluri semulajadi seorang ibu!

Betapa Istimewa Dan Bernasib Baiknya Anda
Keibuan bukan sesuatu perkara yang boleh dijual beli. Bersyukurlah kerana diberi nikmat menjadi seorang ibu untuk membesarkan anak. Jangan mengeluh ok? 

Sikitnya Yang Kita Tahu Sebenarnya!
"Mama kenapa kucing suka makan ikan?", "Mama kenapa langit warna biru?", "Mama kenapa itu, kenapa ini...?" dan banyak lagi soalan-soalan cepu emas bertatahkan berlian yang akan muncul dari bibir si comel. Ok...belum melalui fasa itu tetapi sedang berperingkat-peringkat ke arah itu... Bersedialah dan mula rajin cari info di Google ya ibu-ibu... 

"Me Time", Masa Berseorangan Itu Sangat Membahagiakan
Mungkinlah dulu anda tak menghargai pun jika ada masa untuk diri sendiri. Tetapi bila sudah mempunyai anak, dan ada peluang mempunyai masa untuk berseorangan, anda akan merasa sangat bahagia walaupun cuma 10 minit. Ingat ya ibu-ibu... anda juga perlu ada masa untuk diri sendiri. Kadang kala "me time" itu penting untuk anda menarik nafas lega seketika. 

Pantasnya Masa Berlalu
Rasanya baru jer semalam melahirkan kan kan kan? Baru semalam bangun berjaga malam menyusukan si kecil. Baru semalam mengajarnya bertatih. Hari ni dah petah dah berkata-kata dan akan melangkah ke sekolah. Sekejapnya dia sudah membesar!

Anda Kuat Daripada Yang Dijangka
Kalau fikir-fikirkan balik, anda mungkin seorang wanita yang lemah lembut dan dianggap penakut tetapi hakikatnya anda seorang wanita yang kuat di luar dan dalam.

Indahnya dunia ibu, indahnya menjadi ibu... Nikmatilah "moment moment" bahagia dan indah ini dengan sebaiknya dan berikanlah yang terbaik. Suatu waktu nanti, satu hari nanti, kita bakal merindui sangattt saat-saat dan ketika seperti ini... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya selalu perhati mak saya..apa yg dia buat, dia cakap dan macam2 lagi..semakin hari semakin bertambah sayang

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Farah ... moment bersama anak semasa mereka masih kecil merupakan kenangan yg paling indah dan akan kita ingat sampai bila2

    ReplyDelete
  3. Akak pun geram tengok Ash.. pipi montel rasa nak cubit jer..
    Tengok pipi Farah pun montel :)

    ReplyDelete
  4. betul tu farah...dah jadi ibu rasa bersalah sebab dulu nakal dengan mak ayah, degil,,tak dengar cakap.. ehehehe.. seronok tengok anak membesar depan mata..rasa puas..tapi tak puas nak gomol anak sendiri

    ReplyDelete
  5. Bila dah jadi mak..bertambah2 pengehtahuan ttg erti kasih sayang ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !