PERHATIAN...Tolong Jangan Rampas!!!

Farah Waheda Wahid
9
Sumber dari Google
Kalau diikut-ikutkan, bila dia dah dapat capai gincu tu, memang hati tak tenang jer...Ahakss... Sayang ooo...Bukannya murah, mahal oiii. Bagi orang yang mengumpul baru nak dapat sesuatu barangan tu memanglah begini perasaannya. Bagi yang mudah dapat tu, mungkin tak kisah yer tak? 

Dalam banyak-banyak gincu yang ada...kenapakah jenis yang ini juga yang dia nak ek? Muahahaha... Kenapa yang ini juga yang dia minat? Banyak lagi yang ada dalam bekas khas letak gincu tu. Ini juga yang dia berminat. 


Buka sarung, buka sarung... Mula-mula yerlah main buka sarung buka sarung yer tak? Lama-lama bila dah bosan buka sarung, buka sarung, ada potensi untuk dia main colek-colek ni. Huwaaaa... Colek lantai, colek dinding... Tapi yang bagusnya dia tak adalah pergi colek sapu kat bibir. Huishhh...Minta dijauhkanlah hendaknya. 

Macam mana gaya nak buat ni? Nak diambil dari tangan dia memang tidaklah sebab JANGAN SESEKALI RAMPAS BARANGAN DARI TANGAN ANAK. Jika mahu, haruslah gantikan dengan sesuatu yang lain. Kalau dirampas pasti teriak, kalau diambil pasti berguling... 

Sumber dari Google
Ibarat sedang khuysuk dengan sesuatu kemudian diambil atau dirampas. Ibu bapa pasti tahu bagaimana reaksi anak-anak yer tak? Dahlah dalam fasa-fasa "mood swing"... Memang masak nak pujuk oiii... Makanya...kenalah berdoa dan tawakal banyak-banyak agar gincu tersebut berada dalam keadaan selamat di tangan Ash... Ha ha ha...

Mesejnya di sini, yang ingin Farah sampaikan adalah JANGAN SESEKALI RAMPAS BARANGAN DARI TANGAN ANAK!!! Sebabnya, ia memberikan kesan psikologi ke atas anak.

Bila kita sebagai ibu bapa terbiasa merampas barangan dari tangan anak dalam hal seumpama ini ataupun mereka memegang barangan yang tidak sepatutnya mereka pegang bagi pandangan serta pendapat kita. Tidak mustahil, anak kita juga akan meniru serta melakukan perbuatan yang sama terhadap kanak-kanak lain atau orang lain.

Yang paling kita takuti dan paling kita tidak mahu, sikap itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah ke kolej dan juga alam pekerjaan. Sebaliknya, apabila tiba tentang perkara seperti ini, kita harus menggantikan dengan sesuatu yang lain dan ambil barangan tersebut secara lembut. Jika anak itu sudah faham, secara perlahan-lahan kita nyatakan sebab kenapa mereka tidak boleh memegang ataupun bermain dengan sesuatu barangan itu.

Jika ia melibatkan rakan sebaya mereka dan jika ia melibatkan permainan. Anak kita merampas dari tangan rakan mereka. Apa yang perlu kita lakukan adalah susulan dari tindakan mereka merampas, didiklah mereka untuk belajar berkongsi. Itu yang sebaiknya. Teknik Atasi Anak Yang Susah Berkongsi... Boleh juga rujuk entri Farah yang lepas...

Bukanlah ingin mengajar sesiapa atau ingin Farah ni pandai sangattt tentang psikologi anak-anak dan cara mendidik anak, sebab Farah baru jer 1 tahun 8 bulan bergelar seorang ibu. Bukannya seperti anda dan anda di luar sana yang sudah bertahun-tahun berpengalaman. Farah cuma berkongsi apa pandangan, pendapat dan pemikiran Farah sahaja. Mungkin cara kita semua di dalam mendidik anak tidak serupa dan masing-masing punyai cara yang tersendiri.

Bersambung kisah Ash yang main gincu Mommy dia tu, sudahnya Farah biarkan sahajalah. Ngeee... Dalam hati tu doa banyak-banyak tuh... Muahahaha... Phewww... Nasib baik dia cuma main macam tu ajer... Tapi??? Kalau betul-betul berlaku??? Jawapan jujur...Farah redha jer... Anak sendiri kan? Nak cakap apa lagi??? Terima jer lah... Seorang ibu tu akan akan terima apa sahaja dari anaknya dan segala kelebihan serta kekurangan anaknya tanpa ada apa-apa rungutan ataupun sungutan... Kann? ;-)

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Itu sebab dia tahu barang kesayang mak dia tu.. hahaha... selalu zizie gantikan dengan barang lain.. seram dia pegang barang yg kita sayang, pastu hempuk2.. erkk

    ReplyDelete
  2. Lah nak main lukis2 agaknya tu sis.

    ReplyDelete
  3. Itulah org ckp...ibu sanggup lakukan apa saja demi anak...akan menjaga lebih dr nyawa sendiri

    ReplyDelete
  4. Sabar nyer mommy, pasti berbaloi...Nak wat camno, gincu paling mahei tu yang paling terserlah...hehe

    ReplyDelete
  5. Hehehe...besar kecil besar kecil hati mummy awak ash..

    ReplyDelete
  6. setuju...kanak-kanak belajar daripada perbuatan org dewasa...takut terikut perbuatan yg xelok

    ReplyDelete
  7. betul jgn dirampas brg di tangan anak, nanti emosi dia terganggu. pujuk dia dengan menggantikan barang yg lain.

    ReplyDelete
  8. adeh..risau jugak kalau dah amik barang makeup ni..hhehee..

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. kalau kita kasar ngan diaorang.. x mustahil diaorang pun bole buat camtu gak..

    tapi mesti tengok besar kecik besar kecik je kan? hihihi.. tapi takpe.. Ash punya pasal mummy tak marah punya.. ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !