![]() |
Sumber dari Google |
![]() |
Sumber dari Google |
Mesejnya di sini, yang ingin Farah sampaikan adalah JANGAN SESEKALI RAMPAS BARANGAN DARI TANGAN ANAK!!! Sebabnya, ia memberikan kesan psikologi ke atas anak.
Bila kita sebagai ibu bapa terbiasa merampas barangan dari tangan anak dalam hal seumpama ini ataupun mereka memegang barangan yang tidak sepatutnya mereka pegang bagi pandangan serta pendapat kita. Tidak mustahil, anak kita juga akan meniru serta melakukan perbuatan yang sama terhadap kanak-kanak lain atau orang lain.
Yang paling kita takuti dan paling kita tidak mahu, sikap itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah ke kolej dan juga alam pekerjaan. Sebaliknya, apabila tiba tentang perkara seperti ini, kita harus menggantikan dengan sesuatu yang lain dan ambil barangan tersebut secara lembut. Jika anak itu sudah faham, secara perlahan-lahan kita nyatakan sebab kenapa mereka tidak boleh memegang ataupun bermain dengan sesuatu barangan itu.
Jika ia melibatkan rakan sebaya mereka dan jika ia melibatkan permainan. Anak kita merampas dari tangan rakan mereka. Apa yang perlu kita lakukan adalah susulan dari tindakan mereka merampas, didiklah mereka untuk belajar berkongsi. Itu yang sebaiknya. Teknik Atasi Anak Yang Susah Berkongsi... Boleh juga rujuk entri Farah yang lepas...
Bukanlah ingin mengajar sesiapa atau ingin Farah ni pandai sangattt tentang psikologi anak-anak dan cara mendidik anak, sebab Farah baru jer 1 tahun 8 bulan bergelar seorang ibu. Bukannya seperti anda dan anda di luar sana yang sudah bertahun-tahun berpengalaman. Farah cuma berkongsi apa pandangan, pendapat dan pemikiran Farah sahaja. Mungkin cara kita semua di dalam mendidik anak tidak serupa dan masing-masing punyai cara yang tersendiri.
Bersambung kisah Ash yang main gincu Mommy dia tu, sudahnya Farah biarkan sahajalah. Ngeee... Dalam hati tu doa banyak-banyak tuh... Muahahaha... Phewww... Nasib baik dia cuma main macam tu ajer... Tapi??? Kalau betul-betul berlaku??? Jawapan jujur...Farah redha jer... Anak sendiri kan? Nak cakap apa lagi??? Terima jer lah... Seorang ibu tu akan akan terima apa sahaja dari anaknya dan segala kelebihan serta kekurangan anaknya tanpa ada apa-apa rungutan ataupun sungutan... Kann? ;-)
Itu sebab dia tahu barang kesayang mak dia tu.. hahaha... selalu zizie gantikan dengan barang lain.. seram dia pegang barang yg kita sayang, pastu hempuk2.. erkk
ReplyDeleteLah nak main lukis2 agaknya tu sis.
ReplyDeleteItulah org ckp...ibu sanggup lakukan apa saja demi anak...akan menjaga lebih dr nyawa sendiri
ReplyDeleteSabar nyer mommy, pasti berbaloi...Nak wat camno, gincu paling mahei tu yang paling terserlah...hehe
ReplyDeleteHehehe...besar kecil besar kecil hati mummy awak ash..
ReplyDeletesetuju...kanak-kanak belajar daripada perbuatan org dewasa...takut terikut perbuatan yg xelok
ReplyDeletebetul jgn dirampas brg di tangan anak, nanti emosi dia terganggu. pujuk dia dengan menggantikan barang yg lain.
ReplyDeleteadeh..risau jugak kalau dah amik barang makeup ni..hhehee..
ReplyDeleteBetul tu.. kalau kita kasar ngan diaorang.. x mustahil diaorang pun bole buat camtu gak..
ReplyDeletetapi mesti tengok besar kecik besar kecik je kan? hihihi.. tapi takpe.. Ash punya pasal mummy tak marah punya.. ;)