Pengsannn...pengsannn...pengsannn... Melayan kerenah Ash... Ahakss..tapi bukanlah merungut...Cumanya...Makin bertambah macam-macam pula keletah, gelagat dan ragam dia semenjak dua menjak menjadi semakin ekstrem bereksplorasi dan aktif menjadi-jadi nih... Terbaru cerita malam semalam... Lihatlah "bebear" dia yang Farah tempek gambar di atas? "Bebear" tersebut dipakaikan "diapers" ok??? Tengok akal dia, tengok akal dia...Kemainnn lagiiii....
Owhhhh...patutlah "diapers" tak pernah cukup dalam rumah... Patutlah Mommy asyik kena beli "diapers"... ~ yang benarnya "statement" tu gurau-gurau jer... Cukup jer lampin pakai buang dia sebenarnya...Sajaaaa...Nak dijadikan cerita sebenarnya... "gimmick" orang kata "gimmick"... Sesekali lakukan "gimmick" seronok juga... Tetapi kalau selalu, jadi bosan pula... Jadi tak salah rasanya sesekali sebegini... *_^...
Kaedahnya... Ash ambil bedak dia, ambil lampin pakai buang jenis seluar dia, kemudian ambil "bebear"... Langkah seterusnya, dia baringkan "bebear", selepas itu bermulalah aksi dia main "snow" dengan bedak tu dengan meletakkan bedak di bahagian bawah tubuh "bebear" tu sambil menyanyi-nyanyi lagu yang Farah pun tak pasti lagu apa... Kemudian, berusaha sedaya upaya memakaikan lampin pakai buang tersebut kepada "bebear"... Walaupun senget benget tetapi tetap berjaya dimasukkan... Agak-agak dia tak puas hati, kemudiannya dia akan datang ke arah Farah... "Ma meee"... Haaa... tu dah faham dah tu, kalau dah panggil kemudian dia pegang tangan kita tu, nak suruh betulkan kedudukan lampin pakai buang tulah...
Salah satu bukti lagi nih...anak-anak memang cepat mengikut apa yang dilihat... Ini semua punca-punca dari rutin harian Farah dan juga Nek Ma dialah nih, yang saban hari memakaikan dia lampin pakai buang...Sebab dah hari-hari dia lalui jadi dia pun dah hadam langkah demi langkah serta teknik... Adoiiiii...Nasib baik dia tak sapu losyen ruam lampin pada "bebear" tu kannn??? Kalau tidakkkk, memang tau-tau jer losyen ruam lampin dia habis lah kannn...Ash memang tak ada ruam lampin, tak pernah ada ruam lampin walau sekalipun...Alhamdulillah, tetapi Farah memang sapukan sedikit pada Ash setiap kali menyalin lampin pakai buang...Konon-kononnya mencegah sebelum berlaku... Gitcchewsslahhh....
Dan nasib baik jugalah "bebear" tu tak ada proses pencernaan yer? Kalau "bebear" tu ada proses pencernaan... bertambah pengsan lah lagi Mommy dia nih... Membela "anak angkat" tanpa sedar pula yang juga menggunakan lampin pakai buang...Makanya bertambah-tambahlah pula perbelanjaan yer tak? Ekekekeke.... Gurau-gurau...
Tapi sebenarnya seronok juga melihat telatah Ash yang semakin giat bereksplorasi dan berfikir ni, sekurang\-kurangnya dapat juga lihat perkembangan dia sehingga ke tahap, pemikiran dia dan juga daya ingatan dia sekuat mana...
"Bebear" dah pakai lampin pakai buang... lepas ni agak-agak apa lagilah yang dia nak buat nih....
haha. comel je
ReplyDeleteheheh..comelnye
ReplyDeleteHihi..hati hati mummy..lps ni ash solek bebear pulak santekkk santekkk..
ReplyDeleteBebear pakai bedak tak??? Baru putih..hehehe
ReplyDeleteHahaha..comelnya
ReplyDeletealolololo ash yg cerdik...
ReplyDeleteumah aida, kakak2 yg memakai kan bear drypers.
hu hu hu terkejut aida dibuatnya.
diorang main mak-mak :)