Setiap kali raya, Farah ni memang rajin melayan iklan-iklan hari raya yang terpapar di kaca televisyen. Suka!!! Sebab iklan-iklan raya ni, "#deep"...ada kala boleh menyedarkan kita, ada kala mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Untuk tahun 2015 ni, iklan kegemaran Farah yang paling Farah suka tengok sekali adalah Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri.
Ceritanya tentang iklan ini adalah tentang seorang gadis bernama Azura yang KEDEKUT! Kedekut sangat nak belanja kawan-kawan. Macam-macam alasan yang Azura berikan bila tiba waktu hendak membayar harga makanan sewaktu duduk lepak bersama-sama kawan-kawannya. Sampaikannn... Haaa, tulahhh...dah kedekut sangat, jadinya sampai beg duit Azura ni tercicir di kedai makan.
Bila beg duit dah tercicir, bermasalah-lah kan nak ke mana-mana kan? Nak pulang ke rumah pun duit tambang tak ada, dahlah hari dah malam, lalu pula lorong gelap...Nasiblah #pakcikmisteri ni ada untuk membantu Azura.
"Moral of the story"... yang dapat kita petik dari Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ni, hidup ni kita tak boleh kedekut tak bertempat dan kita sepatutnya bantu membantu sesama lain seperti yang ditunjukkan oleh #pakcikmisteri ni. Tidak kira berapa amaunnya, banyak atau sedikit... Yang penting keikhlasan kita untuk membantu. Betul tak???
Ini bukan sembang kosong ni tau... Iklan ni pun bukan sekadar nak sampaikan ucapan Selamat Hari Raya jer kepada semua, tetapi Iklan Raya TM2015: #pakcikmisteri ini adalah iklan yang berupa kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM untuk membantu beberapa pertubuhan yang memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan mereka, di antaranya adalah Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, A Munrah Pendang Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komuniti Digital TM).
Hari yang mulia, bulan yang mulia bersempena Syawal ini, apalah salahnya jika kita meluangkan masa untuk menghulurkan bantuan yang bukannya sesusah mana pun. Seriusss... Kempen kebajikan yang dianjurkan oleh TM ini tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan wang ringgit walau sesen punnn... Apa yang diperlukan adalah cuma masa yang tak berapa banyak jer...Sekejap jer, sumbangan anda telah pun disalurkan... Caranya adalah main klik-klik sahaja...Tak susah nak buat amal jariah di zaman teknologi ini, ada pelbagai cara dan kemudahan...
Nak tahu caranya? Jom?
Cara-Caranya:
1. Pergi ke laman web https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/
2. Kemudian, sila tekan "JOM MULA"...
3. Macam main "game"...ikut jer "flow" cerita ni dan klik di mana yang anda perlu klik.
4. Apa yang perlu dilakukan adalah bantu Azura menyelesaikan beberapa tugasan.
Tak susah mana pun ok? Macam Farah kata, main klik-klik sahaja... Semudah ABC, takkan klik-klik pun tak mampu kottt??? Jomlah??? Kita sama-sama menyumbang dengan cara yang mudah ni? Farah sendiri dah 2 kali menyumbang, semalam dan juga hari ini... Buktinya...
Jumlah yang dikumpulkan adalah bergantung kepada ketangkasan kita klik tu... Haaa...Yang lemau dan rasa bosan tu ataupun mengantuk, bolehlah ni, sedang elok sangat ni... Dari melopong tak tentu hala, dan tak tau nak buat apa, jomlah buat amal kebajikan sikit...Yang ada kelapangan tu pun... Jommm... Tunggu apa lagi??? Secara tak langsung dengan keikhlasan dan masa yang kita sumbangkan, pahala pun kita dapat kannn???
Jangan lupa untuk menyumbang sila lawati https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/
Menarik! Dah klik ;)
ReplyDeleteslm hr raya edulfitri farah.. pcl baru nk memahamkan.
ReplyDeletebest2
ReplyDeleteTu la jangan kedekut lain kali..ok kite klik2 ye
ReplyDeletekreatif. best, penat mengelik tp puas hati
ReplyDeletewow.... interesting ad...=) boleh kumpul dana ... heheh
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin.....
www.mieranadhirah.com
memang tengah ngantuk ni...jom kita klik ramai-ramai
ReplyDeletesuka iklan raya yang ada pengisian camni..
ReplyDeleteBetol tu...kita kna sentiasa berkongsi dgn org2 sekeling kita...tak kira la sikit atau banyak..pasti ada ganjaran yg Allah berikan pd org yg pemurah... :)
ReplyDeleteSebab kedekut. Hilang wallet. Jangan kedekut sangat. Kalau tak cukup duit cakap je. Kann
ReplyDeletedah klik klik. seronok macam main game hehe. tapi dapat menderma, best!
ReplyDeletebgus benda macam ni... sambil bersocial kita beramal.. dri klik2 kosong gitu.
ReplyDeletetouching ngan iklan raya mcm nie kan..dan bagi pengajaran kita..
ReplyDeletehaah suka iklan ni..pgajaran yang bagus utk kita cth yang baik.
ReplyDeleteiklan yang penuh pengajaran
ReplyDeleteIklan skrg banyak yg kreatif dan beri kesedaran. Hee. Ok klik klik
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteBagus juga idea klik³ ni. Thanks Farah share cerita ni (h)
ReplyDeletecuba jugakk..hehe
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeleteNak buat jugak lah :)
ReplyDeleteMenarik.. baru tahu iklan ni. Nuha kurang menonton. Jadi terkebelakang sedikit. Yang perasan iklan syukurselalu tu je. Tersentuh jugak.
ReplyDeleteRakan-rakan blogger yang ada maalah migrain boleh whatsapp 017-4991289. Ada tawaran menarik untuk anda.
suka sangat dengan iklan nie
ReplyDeleteSerius...bantu pd yg memerlukan...dan yg dibantu perlu bersyukur sbb masih ada yg sudi membantu
ReplyDeleteSuka iklan ni..memula tak faham. Lps tu dah faham sket2. Bila baca entri Farah bertambah faham. Rupanya iklan ini, bukan sekadar iklan ;)
ReplyDeletebetul tu Farah - sama222 berkongsi
ReplyDelete