Tahun 2014 dia belum pandai berjalan, pandai berlari dan pandai memanjat lagi. Jadi tak adalah dia menjadi orang yang paling banyak kerja dan paling sibuk sewaktu persiapan menyambut Syawal dilakukan kan? Suasana pada waktu itu, tetap meriah dengan hadirnya dia di dalam kehidupan kami sekeluarga.
Tahun 2015, dialah orang yang paling sibuk dan paling banyak kerja sewaktu melakukan persiapan raya. Orang "vacuum" rumah, dia pun nak "vacuum". Orang buat kuih, nasib baik dia tidur. Orang masak malam raya, dia pun sibuklah ambil periuk belanga juga. Orang ganti langsir, ganti tirai dia pun nak juga.
Yang benarnya, tak kering gusi pun ada melihat telatah dan gelagat dia. Sampai berair-air mata kami sekeluarga bergelak ketawa. Dengan mulut becok dia, dengan tona suara dia yang pelbagai rentak itu.
Layankan saja, biarkan dia bergembira dan biarkan dia rasa bagaimana kemeriahannya untuk menyambut Syawal. Dia baru nak kenal dunia, baru nak faham dan baru nak merasa. Macam kita-kita yang dewasa ni, dah puas dah merasa raya, yer tak? Alhamdulillah, Allah beri peluang kepada kami sekeluarga menikmati saat serta detik ini.
Memangnya bila dia giat bereksplorasi begini, kena jangkakan beginilah keadaannya. Tahun ini begini gayanya, tahun hadapan, In Shaa Allah... Dengan izin Allah SWT, mungkin mulut dia akan lebih becok berbicara dengan lancar dan lebih sibuklah dia nak tolong itu dan ini.
Menginjak ke usia 2 tahun pada bulan November 2015 nanti nih, nampaknya hari semakin hari semakin banyak perkara yang Ash mula faham. Alhamdulilah, syukran pada Allah juga di atas perkembangan yang positif ini.
Nampaknya kann? Tak lama lagi, Mommy akan ada pembantu kecil yang benar-benar boleh diharapkan. In Shaa Allah... Amin...
happy ash ye
ReplyDeleteAmboi bukan main lagi anak buah mamalong ni...
ReplyDelete