Menjana Kreativiti Bersama "PlayDough"...

Farah Waheda Wahid
7
Petang Ahad yang lepas, sewaktu duduk-duduk maraton siri Robocar Poli bersama Ash, tiba-tiba hati terdetik untuk menjadi rajin seketika melayan Ash untuk bermain dengan "playdough" yang dihadiahkan oleh pihak Mothercare Malaysia tempoh hari melalui acara Mothercare Malaysia Fun Time @ Atria Shopping Gallery. Kalau diikut-ikutkan, "playdough" tersebut adalah diklasifikasikan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas dan bukannya 3 tahun ke bawah. Farah rasa Farah tau kenapa? Ekekekeke... Kenapa tu akan secara automatik diceritakan di dalam entri ini.

Sebenarnya, Ash tidak tahu pun bahawasanya itu adalah "playdough" yang boleh dijadikan permainan untuk membentuk apa sahaja yang dia mahu. Selama adanya "playdough" tersebut, Farah belum sekali pun membuka "playdough" yang berkenaan di hadapan Ash kerana mengikut indikasinya, seperti yang Farah telah nyatakan terlebih awal, ianya adalah untuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas. Masih belum sesuai untuk Ash.


Yang Ash tahu, tanpa disuruh dan tanpa diajar, adalah seperti yang kelihatan di dalam gambar. Susun tinggi-tinggi bekas-bekas tersebut melalui warna yang berselang-seli, kemudiannya tepuk tangan menandakan dia rasa diri dia berjaya dah dengan misi tersebut. Bila jatuh bertaburan ke bawah, gigih pula dia mengutip untuk menyusun bekas-bekas itu kembali.

Lama-kelamaan bila melihatkan aksi dan gelagat Ash yang sebegitu, terbit pula rasa kasihan di naluri keibuan ini. Rasa tak sampai hati dan rasa tak patut juga biarkan dia hanya bermain begitu. Dari situ timbul rasa keinginan untuk beraktiviti di dalam menjana kreativiti bersama "playdough" bersama Ash. Nak perkenalkan dia, apa itu "playdough" dan nak membiasakan dia dengan "playdough".

Disebabkan itu, Farah mengambil keputusan untuk membenarkan Ash bermain dengan "playdough" tersebut dan memberikan peluang untuk Ash mengenali serta mengetahui apakah yang terdapat di sebalik bekas-bekas berwarna tersebut dan apakah fungsinya yang sebenar. Sewaktu Farah mula-mula membuka bekas-bekas tersebut, booolatttt mata dia sambil tersenyum lebar.

Agaknya di dalam hati tu, "wahhh, ada permainan baru-lah..."... Nampak perasaan teruja itu dari mata Ash...Uhukss... Sebagai tutorial pertama dan juga pengenalan, Farah cuba membentuk bentuk-bentuk yang Ash kenal bagi menarik minat Ash. Sememangnya Farah dah cuba bentukkan sesempurna mungkin... Tapiii...


Sesudah siap dibentuk, cuba lihat di dalam gambar... Bukan main lentik lagi kan jari jemari Ash? Konon-konon dia lah yang buat tu. Dia lah yang membentuk "playdough" tersebut mengikut citarasa dia dan apa yang dia nak bentukkan. Dah serupa macam adunan kek "marble" pun ada jadinya.


Farah buatkan Ash bentuk ikan. Tapi bila Ash dah campur tangan, jadilah ikan sepertimana gambar di atas nih. Ha ha ha... Dia main penyek-penyek macam pisang lenyek pula. Dan dari situ Farah dah dapat gambaran kenapa ianya diindikasikan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas?

Dia lenyek punya lenyek punya lenyek, selepas itu ada percubaan untuk mencolek dan memasukkan "playdough" itu ke dalam mulut. Ingat aiskrim ke Ash? Haippp, Mommy ni puaslah belikan macam-macam makanan untuk Ash. Aiskrim pun ada di dalam peti ais tu. Takkan nak makan "playdough" kot?

Sebab dah diberi peringatan di bekas-bekas "playdough" tu lah, Farah memang tak lepas mata serta pandangan dari Ash. Walaupun ianya adalah "non-toxic" takkan nak biarkan sahaja kan? Main-main juga, seronok-seronok juga, tetapi keselamatan juga adalah penting.

Owhhh ya, sebenarnya "playdough" sepertimana ramai dari kita tahu, bukan semestinya perlu dibeli. Jika nak jimat kos, nak keselamatan terjamin, boleh juga kalau rajinnnn buat "playdough" sendiri di rumah seperti yang dipaparkan oleh video yang dipetik dari YouTube di bawah:


Ada pelbagai kaedah, ada pelbagai cara sebenarnya jika anda melayari laman YouTube dan juga mencari di enjin carian dengan kata kunci "homemade playdough recipe" ataupun "homemade playdough"... Bagi yang berminat selamat mencuba. 

Sebenarnya, seperti yang Farah nyatakan di tajuk entri, ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk "bonding time" bersama anak-anak yang sebenarnya memang menyeronokkan dan di masa yang sama adalah merupakan salah satu cara kita sebagai ibu bapa menyumbang ke arah perkembangan positif anak-anak. 

Cumanya, sediakan tempat, meja atau alas yang sesuai, lakukan bersama anak-anak... jangan biarkan sahaja mereka dan pastikan ianya tidak ditempek di dinding rumah serta lantai dan jadinya melekat-lekit di sana sini... Lantai tak aoa lagi, kalau dinding, sila bertabah dengan mural tambahan ataupun sila cat semula... Ekekekeke...

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ohoiii ash.. bijak jugak ye susun2 kasi tinggi bekas playdough.. yg pastinya kalau bg irine main, kompem dia nak masuk mulut.entahlah.dah setahun 1/2.. tp nampak apenpon naknmasuk mulut termasuk semut tengah berjalan.. :(

    ReplyDelete
  2. Playdth ni bagus untuk merangsang minda anak2 kan.. anak yg bijak Ash ni..dia nak kreatif tu.. apapun anak2 ni kan suka mencuba kelainan kan...

    ReplyDelete
  3. seronoklah dia main doh tu ye..main doh ni memang kena pantau..kalau tak, tak manalah dia tempek nanti :)

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnyaa Ash main playdough :)

    ReplyDelete
  5. Belum sedia nak dedahkan anak-anak dgn mainan ni...

    ReplyDelete
  6. ijat masuk mulut!
    tu yg now aida larang dulu playdough kat umah :) hu hu hu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !