Masak-Masak Raya 2015...

Farah Waheda Wahid
5

Inilah dia Rendang Daging, hasil air tangan sendiri untuk raya di tahun 2015 ini. Dijanakan sepenuhnya dengan cara masakan yang sangat tradisional walaupun boleh jer kalau nak gunakan kemudahan inovasi pada masa kini kan? Sengaja memilih cara yang begini, cara yang lambat dan bukannya jalan cepat atau mudah. Kepuasan memasak itu dan hasil rasa yang diinginkan yang lebih Farah pentingkan. 

Mungkin ini adalah cara Farah, pemikiran Farah. Setiap dari kita ada cara untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dari hasil masakan kita sendiri kan? Bukanlah Farah kata, Farah ni terlalu pandai memasak ataupun Farah ni terlalu hebat memasak. #ehhh Farah ni masih memasak dengan panduan Google dan buku resipi juga tau sehingga ke hari ini. Ngeh ngeh ngeh. "I is" bukan MasterChef.

Bukan nak kongsi resipi masakan... Farah tau, setakat masak rendang semua dah hebat-hebat belaka dah. Tetapi nak kongsi cerita-cerita kosong, sembang-sembang kosong hari raya. Heee... Mencabar juga yer memasak untuk raya kali ini dalam keadaan anak yang sedang aktif ke sana ke mari dan bereksplorasi. Muahahaha...

Ke dapur sekejap, bila anak sedang leka bermain. Selepas itu, sekejap-sekejap ke hadapan ke ruang tamu menjenguk apakah projek yang sedang dilakukan Ash. Ke dapur sekejap, sekejap-sekejap lagi ke hadapan ke ruang tamu lagi. Bersenam secara PERCUMA. Tak perlu baik "thread mill", tak perlu ke gimnasium.

Bila dia tidur... Siapkan bahan-bahan yang diperlukan dengan secepat mungkin...



Hari Rabu malam Khamis, rebus daging batang pinang yang telah dipotong kiub, rendam ketupat segera di dalam periuk semalaman. Rebus daging supaya lembut dan lemak-lemak dapat dikeluarkan dengan jayanya. Rendam ketupat segera supaya kotoran terkeluar dan esok paginya bila rebus ianya telah bersih dan juga lembut.

Bila ada anak kecil, fikirkan dia juga. Kalau semuanya keras-keras, macam mana dia nak makan. Kalau boleh dilembutkan, kita cubalah lembutkan seberapa yang boleh. Ha ha ha, teori Mommy Ash bukannya teori dari mana-mana.


Masak-masak raya 2015 Mommy Ash dimulakan dengan merebus ketupat pada pagi Khamis sewaktu Ash masih lagi lena diulit mimpi. Ini yang paling senang, yang paling cepat dan paling mudah serta tidak busuk mahupun basi kan? Makanya kita mulakan dengan yang ini dahulu.



Bila Ash dah terjaga, memang berhenti seketika. Tumpukan pada dia pula. Mandikan dia, berikan dia sarapan pagi, layan dia bermain, tonton kartun. Memang orang kata, lepaskan dapur seketika. Tunggulah sehingga dia minta tidur semula.

Bila dah tidur tu, masuk semula ke dapur. Sediakan pula bahan-bahan nak memasak rendang, kuah kacang dan masak lodeh. Sangai kacang tanah. Biarkan sejuk. Kemudian kopek atau pisahkan kulit kacang tanah untuk dikisar.

Kenapa tak membeli kacang tanah yang telah siap diproses dan masak sahaja terus? Untuk itu, Farah ada alasan Farah yang tersendiri. Bukannya tidak pernah mencuba. Pernah 2 kali dahulu.

Tetapi hasilnya sangat tidak memuaskan. Kacang tanah yang telah siap diproses ni sebenarnya bagi Farah lah... Macam rasa kacang tu lemau dan kurang "kick"nya bila dimasak menjadi kuah kacang. Sebab tu Farah memilih cara yang kompleks. Mahukan kepuasan itu katanya.

Yang paling "win"... Terlupa nak keluarkan santan kelapa dari tempat penyimpanan sejuk beku di peti ais. Bha ha ha... Memang makan masa-lah kan nak tunggu ais santan tu mencair. Nak cepatlah kononnya punya pasal, rendamkan di dalam air di dal besen. Padan muka untuk diri sendiri sebab terlupa. Ha ha ha.


Daun limau purut tak perlu susah payah pergi ke kedai dan membeli. Capai ajer dari tingkap dapur tu. Sebabnya memang ada tanam sendiri di dalam pasu di bahagian belakang dapur. Nak guna, capai jer... He he he. Itu yang rajin masak tomyam, padprik segala bagai tu.

Siap jer segala bahan, simpan elok-elok dahulu. Malamnya barulah masak. Tak perlu masak awal-awal sangat yer tak? Rehat dulu. Siapakan apa yang patut untuk rumah pula. Cuci "porch", lap sofa, ganti permaidani dan laplah apa-apa yang patut.

Khamis malam Jumaat, dengan keriuhan Ash dengan kesibukkan Ash. Kita mulakan operasi di dapur. Sedang-sedang eloklah tu mulakan aktiviti masakan kerana esok paginya dah raya kan? Orang kata sebelum takbir bergema di pagi Syawal, semua juadah harus "up"... Ha ha ha...




Memanglah sibuk orang perempuan ni bila tiba malam raya yer tak? Tak menang tangan. Alhamdulillah, berjaya juga menyediakan rendang dan kuah kacang. Hik hik hik. Masak lodeh Farah tak masak, sebab memang "request" nak makan masak lodeh air tangan Nek Ma Ash. Haaa... yang itu pagi raya Nek Ma Ash masak. Bahan-bahan dah siap potong-potong awal-awal. Mudah...

Walaupun tiap tahun menunya sama, tetapi itulah tradisinya raya...cumanya lontong jer tak sempat nak masak... Ha ha ha... Habis tu dah semua ko nak masak, mana nak sempatnya yer tak? Ini pun ada lebih banyak ketupat nih. Ingatnya petang sikit hari ni, nak ke TESCO ataupun ECONSAVE nak cari bahan-bahan nak masak lontong. Tetamu yang bakal datang beraya malam ni, makan lontonglah yer?... Ngee...

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang nampak penat kan.. Tapinouas hati sgt bila dpt buat sendiri

    ReplyDelete
  2. pandainyaaaa mommy ash masak. untung ash ;)

    ReplyDelete
  3. Penat berbaloi tu Farah..
    Hasil dari air tangan sendiri tu..
    Selamat hari raya Farah :)

    ReplyDelete
  4. i. Akk tak buat kuih raya pun tahun ni
    ii. Nak sikit daun limau purut tu boleh tak. Akk tanam asik la tak menjadi je.
    iii. Wow banyaknya mkanan. Klw tahu awal awal lagi dah terjah ke rumah farah. Klw buat open hse hello hello tau

    ReplyDelete
  5. penat tapi puas hati kan..akak pun masak sendiri sebab mak x sihat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !