Kisah Syawal Kedua 2015 Kami...

Farah Waheda Wahid
4

Shhhhhh....diam diam diam... Ash nak cerita nih pasal raya kedua Ash dan Mommy nih... Ha ha ha... Kemain kannn bergambar sampai macam tu sekali dia? Tak suruh dan tak ajar punnn... Dia yang automatik buat gaya macam tu bila Mommy dia tala kamera ke muka dia... Adoiiii sangat nihhh.... 

Ini sambungan kisah raya kami berdua beranak dari Kisah Syawal Pertama 2015 Kami... Inilah #ootd Ash di hari raya yang kedua. Ash cukuplah Farah tunjuk #ootd... Mommy dia raya kedua dah tak berbaju kurung atau berjubah bagai dah... Ha ha ha... Nak balik kampung jer punnn...Kampung dekat jer...Dekat Puchong... "Uniform"nya... seluar denim dan "blouse" yang bersesuaian dan nampak semengah...Ihikss...

Pagi raya kedua, kami anak beranak bersama Nek Ma Ash bergerak ke Puchong untuk beraya di rumah Tok Long Ash. Tok Long Ash ni sebenarnya abang ipar kepada Nek Ma Ash, dan memang setiap tahun sebenarnya "without fail" kami akan balik ke sana. Lagipun, rumah Tok Long Ash ni bersebelahan dengan rumah arwah moyang Ash. Kompleks sungguh penerangan kan? 

Jadilah... merasa beraya balik kampung walaupun dekat. Kurang-kurang Ash rasa juga perjalanan balik kampung yer tak? Ekekeke... Tahun ni memang kami tak balik ke Melaka dan Negeri Sembilan, sebab Atuk Ash kerja. Rasa macam tak seronok pula bila Atuk Ash tak dapat nak beraya bersama balik kampung jauh-jauh... Kalau balik Kuala Pilah tu, dah tentu-tentu dah rumah Mama Long dia kena serbu dengan Ash nih... 

Cuaca memang panas melahar betul Syawal kali ini... Sedari hari raya yang pertama lagi terasa kepanasannya yang perit sehingga ke kulit... Ash yang dari mulanya ber #ootd bagai, siap kemeja, siap seluar denim...akhirnya disebabkan melekit-lekit badan dan macam mandi peluh...akhirnya bertukar "uniform" kepada lampin pakai buang sahaja selepas dimandikan. 

Ash kan ada sejarah terkena sawan tarik / sawan demam bulan Februari 2015 yang lepas...jadi memang Farah tak akan biarkan kalau-kalau cuaca panas terik dan bila dia kepanasan...Takut-takut haba terperangkap dan dia boleh jadi demam... Kalau demam, memang kena sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga jerlah, tidak mahu perkara yang sama berulang lagi... 


Sebelum dia "tantrum", sebelum dia mengamuk-ngamuk... mandikan dia, beri badan dia sejuk dan tidurkan dia. Tumpang bilik Tok Long dia...memang sedaplah dia tidur kann??? Sebab bilik Tok Long berpenghawa dingin. Ash kan kalau nak tidur mesti nak ada penghawa dingin. Huhh... bantal papam dia tu, Mommy dia rasa macam nak buang jer... Ke mana-mana pasti setia menemani... Heee, gurau jer, tak buang punnn... Nanti dia mencari naya jer... 

Beri dia tidur puas-puas dahulu... Selepas dia bangun, Farah beri dia makan dulu... Raya-raya juga yer tak? Perut anak tetap nak kena jaga...Jangan sampai sibuk beraya sakan sampai anak lapar ke apa ke, boleh jadi terlupa... Situasi yang tak ingin kita lihat kan??? Nanti anak sakit perut masuk angin siapa yang susah? Kita juga... 


Dah tidur, badan dah segar, dah sedap, melaram baju raya yang seterusnya lagi... kemain kann? Dalam satu hari sampai 2 pasang baju raya dia balun pakai...Ha ha ha...Mommy pun tak pernah ada sejarah macam tu tau tak Ash? Apa lagi kerjanya...Mainnnn... Ada permainan kann? Pak Teh dia pula sabar melayan, memang seronoklah dia... 

Beri dia main sekejap, kakak-kakak dengan abang ramai cuma Mak Ngah dia jer tak ada sebab balik ke Pangkor, selepas itu, kami minta diri untuk beransur pulang semula.


Raya kedua yang ringkas dan tak adalah kami berdua beranak "round the world" sangat punnn...Heee... Belanja sekeping "wefie" Ash dan Mommy di hari raya kedua... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Laa..apasal x datang Seremban terus je..bukan jauh pun dari Puchong...

    ReplyDelete
  2. akak xberaya pun tahun ni, takde mood sebab husband takde..

    ReplyDelete
  3. sawan? Teringat betul masa kecik penah ngidao sawan sampai darjah 6..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !