"Genuine Followers" ... Itu Yang Susah Nak Dapat...

Farah Waheda Wahid
12
Sumber dari Google
"Followers" atau pengikut sangat sinonim dengan blog, Facebook, Twitter dan juga Instagram. Ada orang ada berpuluh ribuan "followers", ada orang beribu "followers", ada orang beratus "followers" dan ada orang berpuluh "followers". Bergantung kepada tahap seramai mana kawan-kawan mereka, seramai mana yang berminat untuk berkawan dengan mereka, seramai mana orang yang tertarik dengan "profiling" mereka ataupun sejauh mana pengisian tulisan maya mereka mampu menarik perhatian orang lain untuk terus membaca dan membaca. Tak kurang juga dengan sejauh mana kepopularitian ataupun sejauh mana kerajinan seseorang menyertai "giveaway" atau segmen di blog. 

Haaaa...banyak faktor kann??? Yang sebenarnya menyumbang kepada jumlah "followers" di media sosial??? Atau adakah sebab kerenah dan ragam seseorang seperti seorang selebriti tanah air itu? Lantang di dalam menyatakan pendapat diri sendiri? Orang suka nak mengikuti perkembangan diri mereka dan orang suka untuk membaca? Biasa perkara-perkara yang menimbulkan isu hangat ni orang suka yer tak? He he he, biasa lettew. #ehhh kadang-kadang ada orang yang "follow" seseorang sebab jadi mata-mata a.k.a. "stalker" kepada kawan mereka tau... Tukang perhatikan perkembangan selepas itu jadi wartawan ataupun pelapor kepada sahabat mereka... Tak taulah sama ada atas sifat melindungi, kasihan dengan cerita kesedihan atau lara hati yang diperdengarkan ataupun memang suka menjadi Cik Kiah.

Pernah terfikir tak? Adakah mereka sebenar-benarnya memang "genuine followers"? Pernah tak? Pernah tak? "Genuine followers" ni susah nak dapat oooo... Memang susah...Dan adakah susah nak "spot" mereka? Dari pengalaman diri sendiri yang tak berapa nak lama sangat berkecimpung di dunia alam maya... Heee... Mula-mula mungkin agak sukar "but after sometime"... Sekilas ikan di air dah kutahu dah jantan betinanya. Ecewahhh... 

Apa yang dikatakan sebagai "genuine followers" ni? Hu hu hu, sebelum apa-apa mohon keampunan dari hujung rambut sampai hujung kaki lah ek? Sebab penulisan maya entri ini bukan nak jadi "sarcastic" ataupun bukan nak memerli atau menyindir mana-mana pihak. Ini adalah realiti alam maya semata-mata yang tetiba jerrrr Farah rasa menarik dan tertarik untuk dikupas. 

"Genuine followers" ni adalah mereka yang dari golongan yang benar-benar ikhlas mengikuti kita tanpa ada niat tersembunyi ataupun tanpa mengharapkan sebarang pembalasan dari kita. Ibarat macam kawan di tepi jalanan, kawan di sekeliling dan sahabat. Mana kurangnya alam maya. Ibarat sahabat sejati yang sukar dicari atau tidak boleh dijual beli. Faham kann??? Kalau mereka hilang seketika pun dan kita pun tak berhubungan dengan mereka melalui mana-mana medium, satu hari nanti pasti mereka kembali menghubungi kita. Terharu tauuu bila jadi cenggini... Tu salah satu contoh jerrr... Ada banyak lagi kriteria "genuine followers" ni yang ada masa kita boleh identifikasi, ada masa agak sukar. Yang pastinya, "genuine followers" bukan dari jenis kalau anda komen blog saya baru saya akan komen blog anda semula. Atau kalau anda "follow" saya, saya "follow" anda semula...apa tu orang kata ala-ala sistem barter... He he he... Tapi tak pula Farah kata salah... Ok jer, bantu membantu antara satu sama lain...

Untuk blog-lah khususnya... Itu pun pengisian dan intipati sebenarnya. Tak perlu membicarakan tentang orang lain lah. Cuba kita sendiri lihat ke dalam diri kita masing-masing... Termasuk diri inilah ni... Sebagai blogger kita menginginkan "genuine followers" untuk blog kita... Tetapi adakah kita cukup "genuine"??? Ho ho ho... #deep dan menusuk sikit soalan nih... Kita mengharapkan orang menjadi "genuine followers" tetapi adakah kita sendiri "genuine followers"? Ibarat (banyak sangat ibarat nih dalam entri ni) jika kita mahu dihormati terlebih dahulu kita perlu menghormati orang lain. Haaa gitchewsss... 

Jenis "followers" yang bagaimanakah kita? Farah pernah terjumpa juga kes di mana, hari ini seseorang tu "follow" seorang ini, tetapi bila orang yang di "follow" tak sempat nak "follow" kembali seseorang itu dalam tempoh beberapa hari... Tiba-tiba seseorang yang "follow" ni terus hilang...terus "unfollow"... Huishhh, sentap agaknya tu kot sebab orang yang dia "follow" tak "follow" dia balik? Gitchewss.... "Followers" ni ada macam-macam ragam dan ada macam-macam kerenah... Yang di "follow" pula kalau di "unfollow" tak perlulah sentap...Begitulah adat dunia alam maya... Dunia realiti pun dah beri pembayang...seperti situasi yang sering berlaku... Semasa senang semua kawan-kawan nak rapat, nak dekat, bila susah...satu persatu hilang... Di mana ada gula di situlah ada semut menghurung... Cumanya Farah nak pesan satu jer lah untuk kita semua bersama-sama... Kita tak perlu paksa orang untuk menyukai penulisan maya kita, kita tak perlu paksa orang untuk "follow" kita... lebih indah jika sebenarnya mereka sendiri yang rela dan suka...Ibarat bercinta dan berkasih sayang... Lebih indah jika tidak dipaksa... Yang tidak dipaksa itulah yang "genuine" sebenarnya ok???

"Genuine followers" memang payah nak dapat.... tetapi jika anda dapat mengidentifikasi siapakah mereka di kalangan rakan-rakan anda di alam maya ini, hargailah mereka seadanya... Yang penting segalanya kena bermula dari diri kita sendiri, jika kita nak dapatkan "genuine followers", kita terlebih dahulu perlu menjadi "genuine"... Tapiii, tak dinafikan juga ada segelintir tu... "Apa aku keysahhh??? Janji "follower" aku ramai dan bertambah setiap hari... "genuine" ke tak "genuine" ke itu belakang kira..."... Hu hu hu...Ini jenis yang mementingkan "follower" lah ni... Tak dinafikan "follower" itu memainkan peranan atau pengaruh yang penting tetapi jika anda serius di dalam penulisan maya anda dan jika anda ber-blog berdasarkan minat bukannya populariti...berapa pun jumlah "follower" anda itu bukanlah satu isu yang besar... Yang penting kepuasan yang anda dapat dan juga kualiti "follower" yang anda ada... Dari ramainya tetapi tak berkualiti, eloklah sedikit yang berkualiti yer tak??? Ibarat...ibarat lagi...hu hu hu.... Di dunia kita ada ramai "follower" yang mengikuti kita, tetapi andai kata kita telah pergi meninggalkan dunia ini, agak-agaknya berapa ramaikah yang akan menyedekahkan Al-Fatihah buat kita??? Gitchewsslah nak diperumpaankan...

Maaf tau kalau entri Farah ni menyentuh sensitiviti beberapa pihak...atau segelintir dari anda... Farah cuma menyatakan pandangan. Kalau boleh diterima hadamkanlah...jika tidak abaikan sahaja... Wallahualam... 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setuju. Memang payah nak dapat pun. Tambah2 saya yang kadang ada kadang hilang kat dunia blogging ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. yg unfollow blk tu slalu kena =..=
    kdg bz 2 3 hr x buka/cuti/mc...buka hr ni blm smpt nk follow dh unfollow dh

    ReplyDelete
  3. Julia lg suka biar follower tu ada juga beri feedback dalam penulisan kita...kalau setakat follow je tp xda timbal balas pun x beri apa2 kepentingan...by the way bg julia sependapat dgn farah, sikit atau byk follower bukan tujuan kita sebenar, apa yg terbaik hasilkan entry yg beri efek positif...bila silent reader baca mereka lebih tahu siapa diri kita

    ReplyDelete
  4. sy rasa sy sendiri pun belum genuine..haha blog pun tenggelam timbul..jd utk sy mengharapkan adanya genuine followers di blog sy ada sgt tipis...hehehe ;P

    ReplyDelete
  5. setuju sangat,susah nak dapat yang betul2 genuine =(

    ReplyDelete
  6. dalam persahabatan pun kena ada keikhlasankan....kalau tak dapat dose je...huhuhu

    ReplyDelete
  7. yes..memg follow blog farah sebelum join kbba lg..suka baca blog yg penuh manfaat and banyak bg tips.. suka baca keletah ash... hehehe

    ReplyDelete
  8. pernah jugak kena. tiba2 je follower kurang satu dua. soob sob. sedih betul rasa mcm tuu. kita pulak yg sentappp..

    ReplyDelete
  9. kes unfollow tu byk dekat instagram..sabo jela

    ReplyDelete
  10. Farah ampunnn lupa tekan follow...

    Done Follow sini 1818 cantik tak nombor ni he he he

    ReplyDelete
  11. bagi aida, follow atau tak, hak masing-masing.
    kita kena ikhlas blogging.
    kena asli la skit...
    aida ibarat kan blogging ni berkawan.
    visit tanpa minta balasan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !