Dah Tak Sabar Dia Nak Raya...

Farah Waheda Wahid
16
Nampak sangat dia dah membesar. Memanglah besar... takkan nak kecil jer kannn???Muahaha...Dia sudah mula faham apa itu raya? Bagaimana perasaan terujanya untuk beraya...Bagaimana perasaan terujanya mendapat sesuatu yang baru... 

Duduk di rumah menghabiskan masa dengan anak ni, sekali-sekala bila hari tidak bekerja, banyak perkara yang boleh dilihat, banyak perkara yang boleh dipelajari serta difahami tentang anak. Sebab itulah, bila di rumah, fokus Farah adalah pada Ash sepenuhnya. Sebab Farah nak menikmati saat-saat berharga yang sebegini sebelum ianya berlalu pergi ditelan masa. Sekarang lain ceritanya, nanti-nanti dah besar lain pula ceritanya kan? 

Alhamdulillah, persiapan raya untuk Ash telahpun lengkap sedari awal. Jadinya tak perlu bersesak-sesak, berpusu-pusu serta terburu-buru di saat akhir. Memang Farah dah rancang dari awal untuk mula membeli barangan keperluan raya Ash secara berperingkat. Maklumlah, awak ni bukan dari kalangan orang yang berpoket tebal senantiasa. Jadinya, berdikit-dikitlah membeli secara berperingkat. 

Untuk tahun 2015 ini, Ash dapat sepasang "sandal" baru dan sepasang kasut baru. "Sandal" dan kasut yang ada semuanya dah mengecil. Cepat betul kaki dia memanjang tau... Kalau beli "sandal" atau kasut sekarang ni, Farah tak simpan lama sebab takut nanti tak muat nak dipakai lagi. 

Kalau nak simpan juga, Farah kebiasaannya akan membeli sesaiz besar untuk Ash sebagai langkah selamat. Harapan di hati, naklah tengok dia lama sedikit memakai "sandal" atau kasut tu. Jika tidak terasa rugiiiii jerrr... Iyalah kasut kanak-kanak pun mahal harganya zaman sekarang nih. Setanding dengan kasut kita yang dewasa ni.



Kedua-dua pasang adalah dari jenama Garfield kerana Ash kan suka kucing? Lagipun, Farah tak bercadang untuk membelikan Ash kasut yang terlalu mahal sebab rasanya kebanyakan ibu bapa pun setuju, kaki anak-anak kecil ni cepat memanjang. Jika beli yang mahal-mahal sangat pun nanti pakainya sekejap jer boleh. Berkata begini kerana telah merasai sendiri pengalaman itu.

Bukannya Farah ni kedekut dengan anak, tetapi zaman-zaman serba serbi naik ni, nak kena berjimat sokmo. He he he. Beli sekadar yang bersesuaian dan sekadar yang sesuai dengan kemampuan jerlah pun. Kasut Ash berharga RM 89.90 selepas diskaun dan "sandal" Ash berharga RM 69.90 selepas diskaun. Kedua-duanya dapat diskaun sebanyak 40%. Oklah tu kannn???


Yang dikatakan tak sabar nak raya tu adalah...bermula sejak minggu ini iaitu hari Isnin. Setiap hari dia akan mengambil kotak kasut raya dia dari tempat simpanan. Bersusah payah dia ambil dan bawa ke arah sama ada Nek Ma dia ataupun Atuk dia ataupun Mommy dia.

Kemudiannya, dia akan buka kotak kasut tersebut dan minta kita sarungkan ke kaki dia. Selagi tidak dipakaikan, selagi tulahhh dia akan minta. Bila dah dipakaikan, haaa macam gambar ketiga di dalam entri inilah jadinya ok? Habis ke serata rumah dia berjalan sambil menyanyi-nyanyi kegembiraan kerana memakai kasut baru.

Hu hu hu... Mommy pun tak beli kasut raya lagi tau Ash? "Over" sangat dah nih... Silap-silap mahunya jadi begini setiap hari sampailah tiba waktu raya nih... Setiap hari ambil kotak dan buka kotak, minta tolong pakaikan. Teruja sangat nih!!!

"Sandal" tu dah tak sempat raya dah, dia dah beraya dulu dengan "sandal" tu. Pergi mana-mana, "sandal" tulah yang dia minta pakaikan. Ash memang macam tu... Dia akan "demand" apa yang dia nak pakai setiap hari atau ke mana-mana... Semua dia yang pilih...Kalau pilihan kita ni tak kena dengan citarasa dia..

Bersiap sedialah untuk dia minta bukakan... Bila tengok gelagat dia yang bila kita ambilkan sesuatu yang nak dipakaikan pada dia, dia akan tengok dan belek dulu... Kalau tak berkenan, sambil geleng-geleng kepala dengan muncung dia..."no!"... Janganlah paksa...

Geli hati sebenarnya tengok gelagat dia bertawaf satu rumah dengan kasut raya tu...Alahaiii...dah tak tercakap apa dah sebenarnya Mommy dia... Redha jer lah...

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah bergaya la ash raya nanti...

    ReplyDelete
  2. Alololo comeynyeeeee..... hari raya ni kekanak laaa paling meriah bila nak raya... hahaha

    ReplyDelete
  3. Amboi...dah raya dulu..cewah..tak apalah puas sikit pakai kasut or sandle tu..ye dak ash..ash tunggu je kucing jiran datang bertandang..boleh main lari lari..kejar kejar..hehe..

    ReplyDelete
  4. Over betul budak tecik ni.. dh besar sok jgn nak overshadow mommy plak ya! Hihi

    ReplyDelete
  5. memang tak sabar Ash nak beraya ni..comel kasut Ash.

    ReplyDelete
  6. Raya sakanlah ash yea, first time dia sambut raya betul2 kan

    ReplyDelete
  7. hehee..tak sabar sangat dah tu nak rayee :)

    ReplyDelete
  8. Argghh... comel nyer kasut raya dia farah! Baby kite cik Biha tak beli lagi kasut raya, baju raya je dah setel...

    ReplyDelete
  9. Anak anak memang excited bila dapat baju kasut baru. Dah pakai tak nak bukak. Haha.

    ReplyDelete
  10. cute sandal ash.. *sama ler dgn kaki anak buah zaza.. skrg dah pkai saiz 25 xsilap huhu.

    ReplyDelete
  11. ok la tu. jgn jadi mcm izzat...
    izzat pakai dari kedai lagi.
    hu hu hu da jadi kasut puasa dah pun :)

    ReplyDelete
  12. Saya pun dah siap persiapan raya utk anak-anak... Sebab dari awal dah buat persiapan..

    ReplyDelete
  13. aloh.. comel2 and ada style kasut ash.. mana beli ye farah?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !