Kedua-dua pasang adalah dari jenama Garfield kerana Ash kan suka kucing? Lagipun, Farah tak bercadang untuk membelikan Ash kasut yang terlalu mahal sebab rasanya kebanyakan ibu bapa pun setuju, kaki anak-anak kecil ni cepat memanjang. Jika beli yang mahal-mahal sangat pun nanti pakainya sekejap jer boleh. Berkata begini kerana telah merasai sendiri pengalaman itu.
Bukannya Farah ni kedekut dengan anak, tetapi zaman-zaman serba serbi naik ni, nak kena berjimat sokmo. He he he. Beli sekadar yang bersesuaian dan sekadar yang sesuai dengan kemampuan jerlah pun. Kasut Ash berharga RM 89.90 selepas diskaun dan "sandal" Ash berharga RM 69.90 selepas diskaun. Kedua-duanya dapat diskaun sebanyak 40%. Oklah tu kannn???
Yang dikatakan tak sabar nak raya tu adalah...bermula sejak minggu ini iaitu hari Isnin. Setiap hari dia akan mengambil kotak kasut raya dia dari tempat simpanan. Bersusah payah dia ambil dan bawa ke arah sama ada Nek Ma dia ataupun Atuk dia ataupun Mommy dia.
Kemudiannya, dia akan buka kotak kasut tersebut dan minta kita sarungkan ke kaki dia. Selagi tidak dipakaikan, selagi tulahhh dia akan minta. Bila dah dipakaikan, haaa macam gambar ketiga di dalam entri inilah jadinya ok? Habis ke serata rumah dia berjalan sambil menyanyi-nyanyi kegembiraan kerana memakai kasut baru.
Hu hu hu... Mommy pun tak beli kasut raya lagi tau Ash? "Over" sangat dah nih... Silap-silap mahunya jadi begini setiap hari sampailah tiba waktu raya nih... Setiap hari ambil kotak dan buka kotak, minta tolong pakaikan. Teruja sangat nih!!!
"Sandal" tu dah tak sempat raya dah, dia dah beraya dulu dengan "sandal" tu. Pergi mana-mana, "sandal" tulah yang dia minta pakaikan. Ash memang macam tu... Dia akan "demand" apa yang dia nak pakai setiap hari atau ke mana-mana... Semua dia yang pilih...Kalau pilihan kita ni tak kena dengan citarasa dia..
Bersiap sedialah untuk dia minta bukakan... Bila tengok gelagat dia yang bila kita ambilkan sesuatu yang nak dipakaikan pada dia, dia akan tengok dan belek dulu... Kalau tak berkenan, sambil geleng-geleng kepala dengan muncung dia..."no!"... Janganlah paksa...
Geli hati sebenarnya tengok gelagat dia bertawaf satu rumah dengan kasut raya tu...Alahaiii...dah tak tercakap apa dah sebenarnya Mommy dia... Redha jer lah...
Wah bergaya la ash raya nanti...
ReplyDeleteAlololo comeynyeeeee..... hari raya ni kekanak laaa paling meriah bila nak raya... hahaha
ReplyDeleteAmboi...dah raya dulu..cewah..tak apalah puas sikit pakai kasut or sandle tu..ye dak ash..ash tunggu je kucing jiran datang bertandang..boleh main lari lari..kejar kejar..hehe..
ReplyDeleteOver betul budak tecik ni.. dh besar sok jgn nak overshadow mommy plak ya! Hihi
ReplyDeletememang tak sabar Ash nak beraya ni..comel kasut Ash.
ReplyDeleteRaya sakanlah ash yea, first time dia sambut raya betul2 kan
ReplyDeletehehee..tak sabar sangat dah tu nak rayee :)
ReplyDeleteArgghh... comel nyer kasut raya dia farah! Baby kite cik Biha tak beli lagi kasut raya, baju raya je dah setel...
ReplyDeleteHihi. Eksaited Ash nak raya :)
ReplyDeleteAnak anak memang excited bila dapat baju kasut baru. Dah pakai tak nak bukak. Haha.
ReplyDeletecute sandal ash.. *sama ler dgn kaki anak buah zaza.. skrg dah pkai saiz 25 xsilap huhu.
ReplyDeleteComel kasut Ash.....
ReplyDeleteok la tu. jgn jadi mcm izzat...
ReplyDeleteizzat pakai dari kedai lagi.
hu hu hu da jadi kasut puasa dah pun :)
Saya pun dah siap persiapan raya utk anak-anak... Sebab dari awal dah buat persiapan..
ReplyDeletealoh.. comel2 and ada style kasut ash.. mana beli ye farah?
ReplyDeleteamboi ksut Ash...sempoi
ReplyDelete