Cuba Untuk Berdikari Sendiri...

Farah Waheda Wahid
5

1 tahun 8 bulan... Dan kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia mahu berdikari sendiri. Tidak pernah diajar untuk melakukan sesuatu itu dan ianya adalah aksi yang sangat-sangat spontan. Bila melihat aksi spontan itu, terkejut pada mulanya. Bila fikir-fikirkan balik, huwaaaaa...hati Farah jadi sebak. Bukan nak puji anak sendiri melambung-lambung sampaikan timbul rasa meluat di hati pembaca tetapi bagi Farah... Pandainyaaa anak manja Mommy ni cuba berdikari. 

Walaupun terkontang-kanting seorang diri tetapi dia masih pandai cuba untuk berdikari. Walaupun terkontang-kanting seorang diri, dia tidak seperti "spoilt" yang mana semuanya mengharapkan Mommy lakukan untuk dia. Sebaliknya, dia tahu membawa diri dan tahu sangat-sangat mengambil hati Mommy. Allahuakbar... memang Farah akui secara jujur, Farah sangat tersentuh dengan Ash... 

Apa ni? Kenapa ni? Cerita hujung minggu lagi ler nih... Tak sempat nak mengarang hujung minggu, kita karang pula hari ini... 

Insiden Pertama
Farah salinkan lampin pakai buang Ash sebab memang dah perlu disalinkan. Baringkan dia dan salin lampin pakai buang. Yang kotor Farah letakkan di tepi. Rutin biasa Farah akan bangun dan pergi ke belakang untuk buangkan lampin pakai buang yang kotor itu ke tong sampah.

Belum pun sempat Farah bangun, ada orang tu, dah terlebih dahulu bangun dan kutip lampin pakai buang dia yang kotor tu. Ingatkan dia nak buat main. Memang taklahhh nak bagi dia main lampin pakai buang yang dah kotor kan? Tapiii... Dia kutip lampin pakai buang tu, dia terus berjalan menuju ke belakang dan terus menuju ke tong sampah. Sampai di tong sampah dia campakkan lampin pakai buang tersebut ke dalam tong sampah.

Tak pernah diajar, tak pernah disuruh. Selama ini, Mommy atau Nek Ma yang lakukan. Tapi secara tiba-tiba hujung minggu baru-baru ini, dia sendiri yang melakukannya... Sebagai Mommy, mestilah tersentuh kannn??? 

Insiden Kedua
Farah mandikan dia petang semalam seperti biasa. Siapkan dia seperti biasa. Kaki seluar tidur dia memang panjang sedikit sebab Farah memang suka membeli pakaian Ash besar sesaiz. Dari Ash kecil sampailah sekarang memang Farah suka beli pakaian Ash besar sesaiz. 

Makanya, haruslah dilipat kaki seluar tidur itu kan? Sewaktu Farah sedang melipat seluar tidur tersebut di bahagian kaki kanan. Tiba-tiba dia pun sibuk cuba untuk melipat kaki seluar dia di bahagian kaki kiri. Errrr...sekali lagi macam... "touching"-nya Mommy... 

Bagi Farah, itu petandanya dia cuba untuk berdikari sendiri. Alhamdulillah, Ash mampu berfikir untuk berdikari sendiri di usia 1 tahun 8 bulan tanpa diajar dan tanpa disuruh. Memang adalah ajar dia untuk berdikari sendiri sikit-sikit. Tetapi tidaklah sampai ke tahap menyuruh dia membuang sendiri lampin pakai buang dan juga melipat kaki seluar sendiri. 

Farah tahu, dia melihat dan dia meniru. Tiada apa yang nak dihairankan jika anak meniru apa yang kita lakukan tetapi hati ni tetap nak rasa tersentuh. Bukan 2 perkara ini sahaja, tetapi banyak lagi perkara-perkara lain sebelum ini yang pernah Ash lakukan yang buatkan Farah rasa macam... "melting" yang tak tahu nak cakap. 

Ihikss...tiba-tiba, Farah rasa...memang Ash ni hero Mommy yang sebenar-benar hero nih... Selalu buat Mommy rasa terharu, selalu buat Mommy rasa macam-macam... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dah semakin ke alam kanak kanak ash si pencinta kucing ni..

    ReplyDelete
  2. Ash dah besar ni pandai dah berdikari. Dia nak memudahkan mommy tu :D

    ReplyDelete
  3. makin besar makin bijak ash ni. untung la mommy ash :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !