![]() |
Sumber dari Google |
Dahlah perut kosong yer tak? Lepas tu ada ajer yang menduga macam-macam yang cuba menggoda iman kita supaya marah... supaya hangin...supaya rasa macam nak makan orang jerrrr... Ha ha ha, pernah ke mengalami keadaan sebegini? Pernah? Dan sudah tentu kita semua pun maklum, pada dasarnya terdapat tiga (3) hal yang wajib ditahan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak nih...Iaitu menahan makan dan minum, hawa nafsu dan amarah. Tapiiii??? Kalau tak boleh nak tahan-tahan juga rasa marah tu? Macam mana??? Astaghfirullahalzim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim... Heeee... Tapi Farah bukanlah tengah marah pun masa menyediakan entri ini yer kawan-kawan...
Rasulullah SAW bersabda:
Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya - HR. Bukhari dan Muslim
Sedikit perkongsian dari pembacaan di sana sini sinun untuk kita semua...Manalah tau kot-kot berguna kannn???
MENCEGAH MARAH:
1. Solat 5 Waktu
Salah satu sumber amarah adalah hati yang tidak tenang dan solat adalah merupakan ubat yang mujarab untuk mendapatkan ketenangan hati, jiwa dan raga. Soal ketenangan jiwa adalah janji Allah yang sudah pasti akan diberikan kepada orang yang solat. Ada jaminan yang pasti bahawa orang yang benar dalam solatnya bakal memperoleh ketenangan ini. Allah SWT berfirman:
Tegakkan solat untuk mengingat-Ku - Qs. Thaha: 14
Ketahuilah dengan meningat Allah, hati menjadi tenang - Qs. Ar-Ra'du:282. Membaca Al-Quran
Membaca ayat suci Al-Quran tidak hanta mendapatkan pahala tetapi juga boleh menenangkan jiwa. Bagi anda yang sedang di dalam kondisi ingin marah, maka segeralah membaca Al-Quran atau mendengarkan Al-Quran. Dengan mendengarkan ayat-ayat Al-Quran, hati akan lebih tenang dan emosi boleh berkurang.
3. Menghindari Dehidrasi
Sebuah kajian menemukan bahawa kurangnya konsumsi air setiap hari akan membuatkan seseorang (terutama wanita) menjadi cepat marah. Dehidrasi membuatkan emosi tidak stabil tanpa sebab yang jelas. Kerana itu, sebaiknya anda penuhi keperluan air dalam tubuh badan saat bersahur dan saat berbuka puasa.
4. Tidur Cukup
Kurangnya waktu tidur juga boleh membuatkan seseorang mudah emosi. Di dalam bulan yang penuh dengan barakah ini, pertahankan juga kualiti tidur anda tanpa meninggalkan ibadah. Kita akan lebih sering terjaga di bulan Ramadhan, yang penting kualiti tidur kita baik.
5. Berzikir
Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra'd Ayat 28:
Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah, jiwa (hati) menjadi tenang, damai (tenteram).
Kalau dah termarah juga??? Perasaan tu rasa macam dah tak boleh nak ditahan-tahan lagi dah? Haaaa...macam mana tu...Iyalah kita ni semua manusia biasa...Kadang-kadang tu sampai satu tahap kita tak boleh nak kawal marah punnn....
MENGATASI MARAH:
1. Berwudhu'
Sesungguhnya marah-marah dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan dari api dan sesungguhnya api dimatikan dengan air. Maka ketika salah satu kalian marah-marah maka hendaklah berwudhu' - HR. Abu Dawud2. Membaca Ta'awudz
Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan umat Islam untuk mengucapkan Ta'awudz untuk menghindari amarah. Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya aku akan ajarkan suatu kalimat yang kalau diucapkan akan hilang apa yang ada padanya. Iaitu sekiranya dia mengucapkan A'udzu billahi minas syaitanir-rajim. - aku memohon perlindungan kepada Allah dari Syaitan yang terkutuk.3. Segeralah Duduk
Apabila dengan Ta'awudz kemarahan belum hilang maka disyariatkan dengan duduk, tidak boleh berdiri. Apabila salah seorang di antara kita marah dalam keadaan berdiri, duduklah, jika belum hilang maka berbaringlah. Hal ini kerana marah dalam keadaan berdiri lebih besar kemungkinannya melakukan perkara-perkara yang di luar batasan daripada dalam keadaan duduk. Sedangkan berbaring lebih jauh lagi baik dari duduk dan berdiri.
Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika salah satu kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah duduk, maka hilang marah-marahnya. Dan jika tidak hilang maka hendaklah berbaring - HR. Abu Dawud4. Mengambil Sikap Diam, Tidak Banyak Berbicara
Diam tidak berbicara ketika marah merupakan ubat yang mujarab untuk menghilangkan kemarahan, kerana banyak berbicara di dalam keadaan marah tidak mampu mengawal sehingga terjatuh kepada pembicaraan yang tercela dan membahayakan diri sendiri serta orang lain.
5. Sentiasalah Ingat Bahawa Agungnya Balasan Bagi Orang Mahu Memaafkan
"Jika hari kiamat tiba, terdengarlah suara panggilan, "Manakah orang-orang yang dahulu (di dunia) memaafkan kesalahan sesama manusia? Datanglah kalian pada Tuhan-mu dan terimalah pahala-pahalamu. Dan menjadi hak setiap muslim jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk syurga." HR. Adh Dhalak dari Ibnu Abbas.6. Mengingat Besarnya Pahala Menahan Amarah
Menahan amarah adalah sifat terkemuka orang-orang yang bertaqwa. Sebagaimana firman Allah SWT:
Dan bersegeralah menuju ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang suka mendermakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, menahan amarah, dan suka memaafkan kesalahan orang. Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik - Qs Al-Balad 11-13
*Sumber:
Memang bila marah ni bukan mudah kita nak kawal kalau perkara tu betul-betul serius dan kita rasa macam grrrrrrr....hanginnn jer kan satu badan... tapi cubalah cuba...Farah dulu memang susah juga... Tetapi "as time goes by"... Farah semakin bijak mengawal amarah tau...Hik hik hik... Cumanya, kadang-kadang tu, kalau dah tak tahan tu meletopsss jugaaaa.... Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kita sendiri kannn??? Ok ok, jom sama-sama ingatkan diri, jangan marah-marah selalu nanti cepat tua...Ihikss.... Tak nak tua, jangan marah....
good sharing memang suka marah pun bulan2 puasa ni anak2 jadi mangsa
ReplyDeletepuasa kali ni mmg penat berganda2..ngan anak kecik suka merengek nak masak pun xboleh
ReplyDeletekena antar/ambil anak sekolah di tghari yg panas
bangun sahur pulak..
mmg x cukup tido dibuatnya
pas berbuka masing2 dah kepenatan
huhu
great :)
ReplyDeleteThanks for sharing!
ReplyDeleteJemput join segmen jom buka quran by dayana
http://www.dayanazahari.com/2015/07/segmen-jom-buka-quran.html
Setakat ni jarang marah.. Melainkan jadi tarzan je kat anak-anak dan anak didik... Hehe.. Nice sharing...
ReplyDeletegood sharing sis. Jazakillahu khair. Memang betul bulan2 puasa ni menduga kesabaran senang je datang rasa nak marah tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah..perkongsian bermanfaat untuk peringatan kita semua..
ReplyDeleteWalaupun puasa tahun ni panas...tapi taklah sampai stress sangat... mungkin sebab banyak minum air dan madsk sendiri simple2 tapi berkhasiat....kurang lemak, pedas dan bergoreng.... banyak makanan rebus2 dan bersup dan bersayur... agsknya lah...
ReplyDeleteMarah biarlah bertempat dan kena masanya kan..apepun bulan puasa ni mengajar kita supaya lebih bersabar dan jangan marah²
ReplyDeleteselalu buat yang no 4..:)
ReplyDeletegood sharing dear, mmg tengah2 berpuasa ni sering diuji lagi2 dengan pelajar2 yang sengal2..hehe
ReplyDeletekita manusia biasa biasa je.
ReplyDeleteada la kekadang marah, kan...
yg pasti nyer, marah bersebab la...
kena tau control kemarahan...
kalau tak control, nanti merepek!
Artikel yang sangat bermanfaat.... thanks ya....
ReplyDeletevisit me !!!
Cara Mengobati Hidrokel pada Anak Bayi Tanpa Operasi
Cara Mengobati Penyakit Hematuria
Obat Hernia Paling Ampuh Tanpa Operasi
Obat Herbal HIV AIDS paling Mujarab
Solusi Pengobatan Kencing Nanah Paling Ampuh
Cara Mengobati Sinusitis Paling Aman dan Tanpa Efeksamping
Obat Herbal Vertigo Paling Ampuh
Obat Sakit Dada Yang Ampuh
Solusi Mengobati Sinusitis Yang Sudah Terbukti Ampuh