Cara Berfesyen Untuk Menyembunyikan Perut Buncit...

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Masalah utama bagi sesetengah wanita ataupun kebanyakan wanita. Lelaki biasanya kurang menghadapi masalah sebegini sebab lelaki biasanya kalau tak jaga adalah selepas berkahwin kan kan kan? Jarang Farah lihat lelaki yang belum berkahwin perutnya buncit atau boroi. Melainkan seperti yang Farah dengar, jika seseorang lelaki itu kuat "minum". Faham kann???

Orang kata bila seseorang wanita itu mengalami masalah perut buncit...susah nak berfesyen dan bergaya. Kalau nak bergaya pun kena tunggu perut tu kempis balik, baru boleh bergaya macam orang lain. Kalau tak...pandang jerlah...Itu kena usahalah kan? Kena "sit up" selalu rajin-rajin ooo... Masalahnya bahagian rajin tu tak semua orang rajin kan kan kan? 

Keluhan atau masalah bila segalanya terbatas untuk berfesyen mungkin melanda orang-orang yang mengalami masalah perut buncit. Tapiii, siapa kata kalau anda mengalami masalah perut buncit anda tak boleh bergaya??? Ada caranya sebenarnya nak menyamarkan perut yang buncit itu supaya tak nampak ketara ataupun tak nampak ok? 

Ni nak kongsi sedikit nih... Menurut satu artikel yang Farah terjumpa dan terbaca di SINISebenarnya rahsia untuk menyamarkan perut buncit terletak kepada kepintaran kita untuk mencipta ilusi dan memilih nuansa pakaian. 

15 Cara Berfesyen Untuk Menyembunyikan Perut Buncit

1. Pilih skirt jenis A-Line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.

2. Seluar ala Aladdin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.

3. Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.

4. Pakai skirt jenis "pleated" atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaik-baiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan yang ada.

5. Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.

6. Elakkan memakai seluar denim jenis "low-waist", sebaiknya pilih seluar denim jenis "high waist" atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan lupa padankan bersama baju bercorak gelap.

7. Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaik-baiknya, pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.

8. Elakkan memakai baju yang mempunyai corak "horizontal" atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah perut buncit tersebut, seelok-eloknya pilih pakaian yang ada rekaan "wrap top" atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.

9. Penggunaan baju jenis leher bentuk V atau kurung moden yang mempunyai manik dan jemeki yang dijahit dalam bentuk V juga boleh mengurangkan tumpuan mata pada bahagian perut anda.

10. Elakkan memakai "blazer" atau jaket longgar kerana ini akan membuatkan anda nampak lebih besar. Sebaiknya, sarungkan "blazer" yang sesuai dengan tubuh kerana ia dapat merampingkan bentuk pinggang.

11. Baju jenis peplum juga boleh membantu dalam menyembunyikan perut buncit. Apa kata anda mencubanya dahulu untuk memastikan sama ada bahagian rendanya jatuh di bahagian tubuh yang tepat atau sebaliknya, jika tidak ia boleh membuatkan anda kelihatan lebih gemuk.

12. Memakai pakaian yang terlalu kecil dan ketat membuatkan masalah di bahagian perut semakin menonjol. Sebaliknya jika mengenakan pakaian yang terlalu besar dan longgarakan memperlihatkan bahawa anda sedang cuba menyembunyikan sesuatu. Oleh itu, pilihlah padanan pakaian yang sesuai dengan ukuran tubuh anda.

13. Jika anda berniat untuk menyembunyikan perut, hindari daripada memakai pakaian yang berlapis-lapis atau hiasan berlebihan di sekitar perut.

14. "Shape wear" memang tidak seseksi "lingerie", tetapi mampu menyembunyikan dan meratakan kawasan perut anda. "Shape wear" sesuai dipakai jika anda inginkan tubuh kelihatan lebih terbentuk.

15. Selain itu, anda juga boleh tonjolkan bahagian lain badan anda yang dirasakan menarik seperti lengan atau kaki anda. Yang penting, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian dan menepati tuntutan syariat.

Kalau-kalau anda berusaha untuk menyamarkan perut yang menggeleber atau buncit, tips-tips di atas diharapkan dapat membantu anda. Ke ada tips-tips lain yang boleh dikongsi?

Yang mempunyai masalah perut buncit nih, jangan rasa rendah diri... yang penting usaha dan tak apa perlahan-lahan yer? Sementara mencapai matlamat tu, bolehlah guna tips-tips ni dahulu... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ada tak tips untuk lelaki? Hahahaha

    ReplyDelete
  2. dah berbulan2 dah perut x munci..hahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. wahhh bagus untuk ibu-ibu baru melahirkan anak nie...heeee

    ReplyDelete
  4. huh..perut yoorin ni boncitnyaa macam ngandung 4 bulan.. hahaha..boleh laa cover dengan tips ni..

    ReplyDelete
  5. ok...boleh guna pkai..perut muncit xmo turun2

    ReplyDelete
  6. Ni best sharing..hehe teng..teng..teng you..

    ReplyDelete
  7. hahahhahahhahaa tips berguna. ida sokmo je guna. nak nak tang skrit tu. betul.... hihhihi bile pakai skrt xberapa nampak perut muncittt padahalll HAHHAHAHHA

    ReplyDelete
  8. perut yang perlu disembunyikan..hehe..tq share tips

    ReplyDelete
  9. Perut ai maintain je... Perut en.somi je tak tahu nak sorok camne.. Hehe

    ReplyDelete
  10. nice sharing..boleh praktikkan pas nie..hehe :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !