Cantiknyaaa perangai dia... bukan main lagi kannn??? Dah pandai dah merajuk stail begini... Lari-lari-lari, hempas badan atas tilam, tutup muka dengan tangan atas bantal lepas tu buat muka merajuk... Ha ha ha, tak taulah Mommy dia nih, nak gelak ke atau nak kata apa... "Speechless"...
Cerita malam semalam sebenarnya nih...Bukan cerita raya, cerita raya sambung seketika nanti. Malam semalam Ash ikut Farah keluar sekejap untuk pergi ke "cyber cafe" yang berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Nak pergi "cyber cafe" tu lalu 7-Eleven. Anak teruna ni dah pandai dah, kalau nampak TESCO, 7-Eleven dia punya teruja lain macam sikit jadinya.
Makanya, sibuklah dia tunjuk-tunjuk dengan jari telunjuk dia tu ke arah 7-Eleven. Dengan erti kata lain, dia nak suruh Mommy dia ni singgah ke 7-Eleven. Nak "tag" lagi lettew... Macam Mommy tak tau kann??? Hari-hari asyik pau jer... pengsan Mommy nak oiii... Ha ha ha...
Bukan Mommy dia kedekut, tetapi nak elakkan pembaziran kaedahnya...Zaman ekonomi meruncing nih dan mula nak meleset ni di seantero Malaysia...Tak boleh nak bazir-bazir tak tentu arah sangat. Bukan apa, nanti bila beli, makannya sikit minumnya sikit lepas tu Mommy juga yang kena habiskan...Macam manalah Mommy Ash ni tak menembun dengan jayanya???
Jadi tukang perabih makanan dan minuman anak. Semua pun sapu, semua pun sumbat dek kerana tak nak membazir punya pasal. Lagipun, di rumah dalam peti ais tu dan di luar peti ais tu bukan main banyak makanan dan minuman dia yang ada. Sudah-sudahlah tu pau Mommy yer???
Kelmarin dah "tag" Mommy Poli, Amber, Roy dan Heli...Lengkaplah Sudah Robocar Poli Ash... Lepas tu, tag lagi... hik hik hik... Semalam siang pula... Dia "tag" Mommy lagiiii...
"Pinnn...pinnn..." kata dia dengan lembut...Kemain lembut gigi dari lidah dia nak "tag" Mommy... Tu sebab malam semalam Mommy dia tak layan...siang dah "tag", malam pun nak "tag" lagi??? Ha ha ha, memang tak dapeklah Ash oiii... La la la la...
Tu yang jadinya merajuk sekejap dengan gaya macam tu tuh... Amboiiii kemain kan "retaliate"... Nasib baiklah jenisnya merajuk lembut... Tak berguling-guling ataupun baring atas lantai tak kira lantai dapur ke lantai "porch" depan rumah ke... Kalau jenis macam tu, memang pakkkk...kena dengan Mommy sebiji. Hu hu hu... (Garang Mommy nih sebenarnya...ha ha ha...tapi tak adalah bertukar jadi mak ko hijau... )...
Sekejap jer merajuk dia tu, Mommy buat tak tau jer... lepas tu, datang dekat Mommy, cium mulut Mommy...Ha ha ha, dia yang merajuk... dia yang pujuk Mommy... Gitchewss... Anak oh anak...
Mommy ash garang ke...x percayalah hehhe...
ReplyDeleteSama kita farah...jadi tukang perabih makanan anak2...nak salahkan emak tembun hahahha no no no hehhee
Comel jer dia merajuk cam tuh... :)
ReplyDeleteApa ni Ash..x macho la merajuk macam tu...
ReplyDelete