Bercerita Tentang Kisah Silam Kepada Anak...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
"Mommy, macam mana Mommy belajar dulu? Mommy belajar kat mana? Kenapa Mommy belajar kat situ?"..."Mommy ceritalah macam mana Mommy kenal dengan Abah? Abah kawan dengan Mommy macam mana? Lepas tu kenapa masa Ash kecik-kecik dulu Abah selalu tak ada?"

"Mommy kenapa masa Ash kecik-kecik dulu, Mommy asyik kerja jer? Kenapa Mommy tak tidur malam? Kenapa Mommy selalu "rushing" sana sini? Kenapa semua benda Mommy kena buat?"... Kenapa itu? Kenapa ini? 

Haaaa, nampak tak permainannya di situ? Belum pun Ash besar, diri sendiri dah asak diri dengan pelbagai kemungkinan soalan yang bakal terkeluar dari bibir mungil itu. Hakikat... Anak yang membesar memerhati, bila memerhati sel-sel otak akan bekerja untuk menghasilkan soalan atas desakan perasaan ingin tahu mereka. 

Ada kalanya, soalan yang diajukan adalah tentang kisah silam kita, tentang kehidupan kita yang lampau. Mereka ingin tahu dan mereka juga berfikir, apakah dan bagaimanakah kita ketika kanak-kanak, ketika remaja dan ketika dewasa yang mana mereka tidak dapat melihat apa yang berlaku pada kita pada ketika itu. 

Yang pastinya masa lalu tu memang di ingatan kita dan mungkin menjadi satu pengajaran buat kita. Mungkin berat bagi kita sebagai ibu bapa untuk menceritakan kisah silam yang hitam. Tapi sebenarnya adalah lebih baik anak mendengar dari mulut kita sendiri berbanding mulut orang lain kan? 

Sumber dari Google
Penat juga nak fikir nak susun ayat oiii... Keluhan akan terlepas juga bila nak bercerita satu-satu perkara yang berat pada anak ni. Dalam kehidupan ni, kadang- kadang kita akan buat sesuatu yang akan menimbulkan kesan paling dalam seumur hidup. 

Bak kata pepatah, "nasi dah jadi bubur". Bila dah ada anak, kita ingin mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik dari kita, impian setiap ibu bapa. Kita nak mereka ambil iktibar dari pengalaman kehidupan kita. Tapi macam mana nak cerita pada mereka ni supaya mereka tak tersilap faham dan pening? 

Sedikit tips atau panduan yang dapat Farah kongsikan kepada semua bila mula buka mulut tentang kisah lampau sendiri. Ngeee... 

Menyesal Akan Perbuatan Anda
Pertama-tamanya, anda harus menyesal atas perbuatan yang telah anda lakukan. Penyesalan kesan dari sesuatu perbuatan. Masa bercerita kepada anak tu, nyatakan betapa kesalnya anda serta sedikit jer...sikit jer tau, jangan nak lebih-lebih sangat! Kisah penderitaan dan kesusahan yang dialami. Sehingga anak menjadi lebih berhati-hati di dalam hal kehidupan berdasarkan dari pengalaman anda.

Bercerita Dengan Kasih Sayang
Biasalah, bila jiwa kacau, emosi terganggu berceritapun penuh emosi yer tak? Ada tu sampai berjurai-jurai air mata. Cerita pada anak dengan penuh kasih sayang sampai anak faham dan dapat mengaitkannya dengan realiti kehidupan yang berlaku di hadapan mereka.

Bercerita Mengikut Kesesuaian Umur Anak
Tahap kematangan anak juga perlu diambil berat. Apabila bercerita tentang sesuatu perkara, cerita atau maklumat haruslah yang bersesuaian dengan tahap kematangan dan umur anak. Pemahaman anak ni lain-lain mengikut tahap kematangan masing-masing. Yang penting jangan "drag" anak untuk berfikir yang bukan-bukan ataupun sehingga boleh mengganggu emosi mereka sehinggakan memberikan impak atau kesan negatif pada mereka.4. Memberikan harapan bahwa setiap orang dapat berubah.

Jadikan Pengajaran... Apa Yang Kita Alami
Ini lebih kepada kita sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik di dalam kehidupan anak kita. Kalau kita tak semewah anak-anak kita sewaktu kecil. Nyatakan bahawa betapa beruntungnya mereka. Jika kita susah sewaktu kecil, nyatakan kepada mereka yang kita sebagai ibu bapa tidak mahu mereka mengalami kesusahan yang kita alami. Jika kita telah melakukan sesuatu perkara, mungkin kita tidak mahu anak-anak kita melakukan perkara yang sama atau lakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Kita tidak mahu kisah hidup kita berulang kepada anak-anak kita. Kalau boleh biarlah corak kehidupan mereka jauh lebih baik dari kita.

Bercerita tentang kisah silam diri kepada anak ni sebenarnya ada bagusnya supaya anak memahami keadaan sebenar dan apa sebenar-benarnya yang berlaku. Ada masa sebagai ibu bapa bukan hanya kita yang perlu memahami keadaan anak-anak tetapi kita juga perlu memahamkan anak-anak akan keadaan kita. Sebenarnya, secara tak langsung ianya adalah satu pelajaran tentang kehidupan kepada anak-anak bukannya dengan tujuan membebankan pemikiran anak-anak.

Oh ya...waktu atau suasana yang terbaik adalah secara privasi antara kita dan anak-anak sahaja. 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ibu dengan abah pernah share macam mana dorang kenal je. hahaha :D

    ReplyDelete
  2. Masa PC kecik kecik..suka tanya itu ini..sekarang adakalanya ibu bapa sendiri yang berlapang fikiran untuk bercerita sendiri..peringkat umur salah satu aspek utama..zaman kita kecil..ibu bapa mesti jadikan anak2 sebagai kawan..bila anak2 dewasa..jadikanlah ibu bapa seolah sahabat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !