BB Cream By SEQY Beauty

Farah Waheda Wahid
8
Zaman sekarang ni, semua orang teruja untuk kelihatan "flawless"... Lagi-lagi bila tonton filem Korea kannnn??? #ehhh apa kena mengena dengan filem Korea pula??? Laaaa...kan ke semua pelakon Korea kulit mereka "flawless mlawless" bagaiii... Kelihatan "flawless" itu adalah idaman setiap wanita kottt??? Siapa tak nak kelihatan "flawless" oiiiii??? He he he... Bermacam cara atau kaedah rawatan kecantikan ditawarkan untuk mendapatkan kulit wajah yang "flawless". Bermacam produk yang ada di pasaran untuk menghasilkan kulit "flawless"... Bukan nak cakap apalah... produk-produk semacam ini memang laku, sebab semua orang nak "flawless" gitchewsss... Bila dah "flawless" tak perlu susah payah nak meng-"edit" gambar guna Camera 360 semua bagai kann??? Hakak pun tak pernah "install" Camera 360 dalam "smartphone" hakak adik oiiii... Bila masanya nak edit edit bagai ni??? Hu hu hu, hidup seharian Farah sendiri dah cukup terkejar-kejar dah punnn... Inikan lagi nak edit meng-edit yer tak??? Kalau tak percaya, moh ler kita jumpa, gali "smartphone" hakak ni...tengok betul-betul ada Camera 360 ataupun tidak??? Bha ha ha... 

Ok dah dah tu membebel pasal Camera 360, sekarang ni kita bercerita tentang "flawless"... Sambung kembali: Salah satu produk yang mendapat tempat di pasaran adalah BB Cream. Memang popular BB Cream sekarang ini. 

Apa Itu BB Cream???
BB Cream adalah merupakan satu produk kecantikan yang begitu popular di ASIA. Sejarah BB Cream sebenarnya bermula sejak tahun 1960 lagi. Iaitu sewaktu krim sapu yang pertama diperkenalkan sebagai sejenis kosmetik umum. Pada mulanya ahli dermatologi menggunakannya untuk membantu pesakit pembedahan laser bagi melindungi, melembut dan membina semula kulit mereka yang sensitif itu selain memberikan perlindungan daripada parut dan kemerahan pasca pembedahan.

Kehangatan produk ini bermula pada tahun 2006 dan kebanyakan artis terutama di Korea menggunakan produk BB Cream ini bagi mencapai rupa menawan yang semulajadi. Di sinilah bermulanya "gaya hidup tanpa solekan". BB Cream juga begitu popular dengan "krim ajaib" keberkesanan memperbaiki kulit. BB Cream nyata berbeza dengan produk lain sebagai kosmetik dan untuk perawatan kulit.

Apa Kebaikan BB Cream???
Kulit akan terasa lebih halus dan lebih sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya, BB Cream bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai pengawal minyak dan juga memberikan lembapan kepada kulit sehingga kulit menjadi sangat sihat. Selain itu, BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat. Kandungan dalam BB Cream membantu "regenaration" kulit dan mengecilkan pori-pori di mana lama kelamaan jika kita mengamalkan pemakaian BB Cream, kita akan merasa kulit semakin lembut dan menjadikan kulit kita kelihatan memukau.

Sumber dari SINI

Ada banyak jenis BB Cream di pasaran nun sanaaaa... Pilihlah nak jenama apa, jenis apa, "packaging" yang bagaimana, semua ada...tetapi dah alang-alang mengomel tentang BB Cream ni dari atas sampailah ke bawah ni haaa...Farah nak memperkenalkan kepada anda, atau mungkin juga anda telah tahu... BB Cream By SEQY Beauty. Haaaa... biasa dengar tak? biasa dengar tak? Ke tak pernah dengar atau kerling-kerling seimbas gitchewss jer... Kalau tak berapa jelas atau tak pernah dengar tentang BB Cream By SEQY Beauty nih... Meh meh meh... Farah ceritakan sedikit meh... 


Mula mula sekali nak beritahu, BB Cream By SEQY Beauty ni adalah diasaskan serta dijalankan oleh blogger yang dikenali sebagai panggilan sepet @ zuhana. Mesti ramai yang kenal ni kannn??? Kan kan kan??? Jadi tak perlulah Farah bercerita panjang lebar tentang pemilik perniagaan BB Cream ni yer. Yang pentingggg...sekarang hakak nak cerita tentang BB Cream by SEQY Beauty ni... 

Bagi yang mencari-cari produk BB Cream untuk kegunaan diri sendiri (mestilah pakai untuk diri sendiri dulu kan, selepas itu baru cadangkan pada kawan-kawan), ni nak habaq mai nih... BB Cream By SEQY Beauty ni sangat mudah untuk digunakan atau diaplikasi. Makanya, bagi sesiapa yang sentiasa beralasan sibuklah, tak cukup masa-lah, anak merelit lah... rasanya BB Cream By SEQY Beauty ni, tak susah kot kalau sungguh nak "flawless" tuh...Ihikss... Selepas membersihkan kulit wajah anda, dah ber"toner" segala bagai... boleh jer terus aplikasikan BB Cream By SEQY Beauty nih. 

Tak perlu nak sapu banyak-banyak oiiii sampai jadi opera Cina... hanya dengan sepam sahaja dah cukup untuk "cover" seluruh wajah. Ianya adalah sejenis krim muka yang ringan, nipis dan "NOT CAKEY" yer...itu yang penting!!! Tak cukup dengan itu, ianya mempunyai pelindung UV SPF 30 yang bagus untuk menghalang kulit kita dari menjadi lebih gelap, menghalang jeragat dan juga penuaaan. Kalau lagi banyak kita terdedah kepada sinaran UV, lagi cepatlah kulit kita jadi tua ok? Owhhh...yaaa.... Ianya juga tidak berminyak. Dan warnanya "blend in" dengan warna kulit. 

Kawan yang baru Farah kenal beberapa minggu yang lepas di acara pelancaran butik iaitu blogger Sabby Prue pun pakai BB Cream by SEQY Beauty ni tau... Sila tonton video review yang dihasilkan oleh Sabby di bawah... 


Secara ringkasnya:

1. BB Cream by SEQY Beauty ini adalah merupakan produk penjagaan kulit pelbagai guna.
2. Boleh dijadikan sebagai penutup asas, pelembap, pelindung daripada sinaran UV, mengurangkan parut jerawat.
3. Mampu menyamakan tona warna kulit yang tidak sekata.
4. Mengurangkan bintik hitam.
5. Mencegah berlakunya pigmentasi.
6. Teksturnya lembut dan ringan, kita tidak terasa seperti memakai bedak punnn....
7. Sesuai untuk mereka-mereka yang gemarkan solekan ringkas dan nipis atau yang jenis suka muka tu disapu dengan 1 kosmetik jerrr... tak perlu susah-susah...oles jer BB Cream ni di wajah anda.
8. Dipek secara praktikal dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Produk keluaran Bumiputera ini sangat sesuai untuk orang Asia. Iyalah kalau dah pengasasnya orang Asia, tentulah diciptakan khusus untuk orang Asia kannn???

Kandungan BB Cream by SEQY Beauty ini adalah gabungan aqua cream, beeswax, cetyl alcohol, octyl methoxycinnamate, cyclopentasiloxane, dimenthic one, caprylic/capric triglyceride, propylene glycol, titanium dioxide, iron oxides, sodium chloride dan phenoxyethanol.

Berita baik ni pada yang sememangnya jenis tak berapa nak rajin nak tempek-tempek banyak kosmetik di muka... Farah sangatlahhhh mengesyorkan anda untuk menggunakan BB Cream by SEQY Beauty. Didatangkan di dalam 3 ton warna yang bersesuaian dengan warna kulit pengguna iaitu Tone Light (1), Tone Natural (2) dan Tone Brown (3).

Mana Nak Dapatkan??? 


E-Mel: rohayayusof73@gmail.com

What's App:
017 | 341 6762

Instagram:

COD adalah di kawasan sekitar Selayang dan Batu Caves. Harga BB Cream: RM 55 TIDAK TERMASUK KOS POS (Semenanjung Malaysia) dan RM 60 TIDAK TERMASUK KOS POS (Sabah dan Sarawak).

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !