Apabila Mommy Yang Keras Tangan Menjahit...

Farah Waheda Wahid
6

Jujur mengaku nih... Bahagian-bahagian jahit menjahit ni, Farah bolehlah jahit sikit-sikit. Akan tetapi, sendiri tengok sebenarnya sendiri tak berapa nak puas hati dengan hasil jahitan sendiri. Terutamanya jahitan tangan. Tak halus langsung! Kemas? Errr... Bolehlah, di tengah-tengah antara kemas dan juga tidak. 

Sejak ada anak ni, memang paksa diri sendiri untuk meningkatkan mutu jahitan tu. Bukannya apa, kemudian-kemudian hari nanti senang. Ihikss...Kononlah konon, cita-cita seorang ibu yang tinggi di masa akan datang atau masa-masa yang memerlukan sekarang ini. Nak jahit dengan tangan sendiri bila perlu "alter" pakaian anak atau jahit seluar anak terkoyak ke, baju anak tetas jahitan ke... 

Tinggi sungguh kannn cita-cita diri ini? Entah tercapai, entahkan tidak. Tapi fikir yang positif jer lah... "You can do it" katanya... Muahahaha... Kita tengok jerlah nanti, sama ada jahit sendiri atau jahit di kedai jahit. 

Sebenarnya, seluar Baju Melayu raya Ash labuhhhh sangat sangat. Dengan semangat membara dan cita-cita yang tinggi untuk "alter" sendiri seluar Ash tu, makanya Farah dengan rasa yakin tak yakinnya telah mencuba untuk "alter" kaki seluar Baju Melayu Ash. Risau juga sebenarnya kalau-kalau rosak jadinya. Naya jer kena pergi beli Baju Melayu lain karang, tawakal jerlah sebab dah sibuk sangat nak jahit sendiri kan? 


Ukur panjangnya dah lama dah. Berminggu-minggu dah lamanya. Dari seawal bulan puasa hari tu lagi. Tetapi, "alter"nya tak juga dibuat-buat. Alasan? Sibuk...Tak sempat...Owh hidup penuh sungguh dengan alasan. Tak sesuaiii kan? 

Sepertimana yang telah diukur tempoh hari, panjangnya adalah 15.5. Tapi, Farah gariskan 18. Muahahaha...Cuak lettew...Takut tersingkat ke? Tersalah ukuran ke? Tak apa biar panjang sedikit jangan terpendek yer tak? Nanti Ash pakai seluar senteng pula. 

Dah ukur siap-siap. Tandakan dan potong dengan berhati-hati. Meminimakan risiko menjadi senget benget. Kain licin ni, payah juga ek? 


Dah siap-siap potong, Farah jahitkan jelujur kasar. Tak kemas pun tak apalah, detik dalam hati. Sebab nanti jelujur tu nak buka semula. Fungsi? Sebenarnya nak bagi kain tu "stay" sebab kain tu licin kan? 

Lepas dah jelujur, Farah seterika lipatan tu bagi betul-betul terlipat. Farah tak jahit tepi punnn...sebab rumah memang tak ada mesin jahit tepi. Jiran pula tak ada rumah. Kalau tidak boleh juga menumpang menjahit tepi guna mesin jahit tepi dia. 

Tak apa...kemaskan sahaja nanti sewaktu menjahit sembat. Lipat kemas-kemas dan jahitlah sembat. Pun bolehhh... Belajar dari Nek Ma Ash yang benarnya... 


Inilah yang terhasil. Jahitan sembat oleh Farah. Haippp jangan gelakkan jahitan sembat Farah yerrr... Bolehlah tu, dari nan hado? Apa orang kata, saat-saat kecemasan masih boleh digunapakai kan??? 


Ini pula hasil jahitan sembat dari pandangan luar kaki seluar. Yeayyy... Alhamdulillah, rupanya masih semengah dan masih nampak elok walaupun tangan yang menjahit ni keras... Tak berapa nak halus jahitannya macam tukang jahit mahir atau professional. Hu hu hu... 

Kenapa tak jahit guna mesin jahit? Mesin jahitnya rosakkk... Nak kena panggil orang betulkan tu. Ngam ngam rosak lepas "alter" jubah Farah hari tu. Al-maklumlah, orangnya rendang, nak kena "alter" kepanjangan jubah tu... Sekoci dia tak nak berpusing dan jarum dah tersekat. Aiyokkk tak tau... 

Apa-apa pun lega sebab seluar Baju Melayu Ash dah selamat di "alter"... Tak adalah macam kartun kannn??? Anak Mommy pakai seluar tu nanti kan???

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah ok je tu..kemas...air tangan itu tu...mesti ash tripple happy ni..

    ReplyDelete
  2. Bagus farah, alter sendiri seluar anak...julia pun selalu je hentam alter seluar dan lengan anak gitu...puas hati mak mak jahit wpun sendiri kurang puas hati...farah, selamat hari raya maaf zahir dan batin ye.

    ReplyDelete
  3. Kemas dh tu...janji terbentuk kaki seluar semula..kiki

    ReplyDelete
  4. Ok lah tu jugak kak Farah cuba. Nani ni memang tak boleh betul menjahit. Hahah. Pernah tu kan nani jahit jahit sekali jarum patah. Adoii. Hahaha. Memang tak lepas betul bab nak menjahit T_T

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...semua dah selesai...dah boleh pakai dah!!

    Selamat Hari Raya in advance daripada Sally!

    ReplyDelete
  6. ok la tu kak farah ade usha dan seni org kata
    igt senang ke nak jahit tangan
    ayu dah lame tak jahot tangan bile jahit tangan rase sakit2 dah jari

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !