Tips Elak Anak Bergaduh...

Farah Waheda Wahid
9
Asalkan berjumpa jer bergaduh, asalkan dekat jer bercekau... Hari-hari macam tu, sampaikan ibu bapa sendiri pun dah tak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk meredakan situasi dan keadaan ini. Kadang-kadang sampai ibu bapa kehilangan akal, sampai ibu bapa jadi buntu... Adakah anda salah seorang dari ibu bapa yang mengalami masalah ini? Yang si abang tak boleh dekat dengan si adik, yang si kakak tak boleh dekat dengan si abang, yang si adik tak boleh dekat dengan abang dan kakak... Sampaikan rumah jadi riuh rendah. Riuh rendah tu tak mengapa lagi yer tak? Dibuatnya bercekau sampai berlaku kecederaan? Itu dah jadi kes lain pula...Silap-silap haribulan ada yang kena rotan tak pasal-pasal... Hurmmm... Kalau setakat sikit-sikit tu tak apa lagi...Ini hari-hari... 

Ash tak adalah mengalami situasi yang sebegitu, tetapi Farah pernahlah melihat situasi sebegini. Ash nak gaduh dengan siapa? Ihikss...Dia terkontang-kanting seorang diri jer kat rumah tu. Kawan gaduh dia tak Nek Ma, Mommy, tak Mommy, Nek Ma...Itu jerlah... Atuk dengan Ash "BFF"... Mungkin sebab sejantina kot? Paling tidak dia marah Atuk jer...Yang kemudian, Mommy akan marah dia... Bha ha ha... Haippp, kena ajar anak dari rebung untuk menghormati orang yang lebih tua yer tak? Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya... 

Sumber dari Google
Allah... Kalau lihat situasi macam ni hari-hari, silap-silap boleh pusing kepala kann??? Dalam gambar di atas si abang tolak si adik. Kalau badan adik tu tak seimbang macam mana? Silap-silap terlentang ke belakang lepas tu terhentak kepala ke apa? Dahlah kepala tu satu bahagian yang sangat fobia bagi mak mak ayah ayah kalau berlaku sebarang kejatuhan ke apa bagai... Macam-macam boleh jadi tau tak? Habis tu bagaimana nak atasi atau tangani situasi ni? 

Farah ni taklah pandai sangatttt, tetapi Farah sukalah kiranya kalau nak berkongsi apa yang Farah baca dan mendatangkan manfaat buat kita semua. Kalaupun tidak mempunyai anak yang ramai seperti "I is" ini...Hanya anak seorang sahaja...Sekurang-kurangnya boleh menjadi satu ilmu buat kita semua... Menurut artikel dari entri di SINI. Tips ini adalah perkongsian dari empunya blog tersebut makanya segala perkongsian adalah dikreditkan kepada pengkarya asal yer...Bukan Farah... 

Jangan Biarkan Anak-Anak Tanpa Aktiviti
Bila anak-anak ada kelapangan, cubalah rangka apa-apa aktiviti yang bersesuaian. Seperti perkongsian pemilik blog:
  • aktiviti memasak kek, "cup cakes" dan pencuci mulut bersama-sama.
  • menggunting dan menampal kertas berwarna dan kain bercorak di dalam buku khas.
  • aktiviti ala-ala sukaneka yang boleh dilakukan di dalam rumah seperti main teng teng.
  • senaman ringan sambil menyanyi lagu-lagu kegemaran anak-anak.
  • aktiviti-aktiviti biasa seperti menyusun "puzzle", "playdoh" dan main mak-mak.
  • aktiviti 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Selain itu, digalakkan sangat membawa mereka berjalan-jalan atau beriadah. 

Layanan Sama Rata Antara Anak-Anak
Kebanyakan ibu bapa lebih banyak membiarkan anak yang lebih besar mengalah tanpa sebab-sebab yang mereka fahami. Akibatnya, ada masanya anak yang sulung merasakan ibu bapa lebih sayangkan adik-adik berbanding mereka. Mungkin mereka tak cakap, tetapi dalam hati mereka terbuku ok? Kena betul-betul pantau perkara ni. Si adik pula merasakan diri mereka disayangi selepas itu perangai mereka boleh dikatakan agak "spoil" kerana sering dimanjakan. Walhal, di pihak ibu bapa, kasih sayang adalah sama sahaja.

Farah tak pastilah perkara ni kannn, tetapi mungkin benar juga perkongsian ini, dari pemerhatian penulis artikel ini anak sulung adalah lebih sensitif jika dibandingkan dengan adik. Bila bergaduh jer, selalunya anak sulung disuruh mengalah. Farah pujilah pemilik artikel ini kerana selepas dari insiden itu, beliau akan menarik anak yang sulung ke dalam pelukan dan menerangkan kenapa beliau berbuat begitu. Ketika waktu tenang seperti selepas solat, beliau selalu menekankan akhlak-akhlak baik yang perlu ada pada seorang anak sulung. 

Pisahkan Ketika Mereka Bergaduh
Kalau dah mula bergaduh tu sebelum jadi kronik dan tidak boleh dikawal, seelok-eloknya pisahkan mereka. Boleh peluk salah seorang atau peluk dua-dua sekali atau tiga-tiga sekali atau empat-empat sekali. Sambil-sambil tu tiupkan lafaz zikir Ya Latiff pada ubun-ubun anak.

Jadi Pendengar Yang Baik
Biasalah tu setiap ibu bapa akan bertanya anak-anak tentang punca pergaduhan. Yang anak-anak pula masing-masing tidak sabar untuk pertahankan diri masing-masing. Masa nilah ibu bapa kena bersikap rasional yer... dan mendengar dengan baik alasan masing-masing. Elakkan menghukum tanpa soal siasat. Anak-anak akan berasa tidak adil sekiranya mereka dihukum tanpa diselidik punca pergaduhan terlebih dahulu.

Doa Elak Anak-Anak Bergaduh
Sebagai umat Islam, kita kena yakin hati manusia Allah yang pegang termasuklah hati anak-anak kita. Sebab itulah, kita wajib beri keyakinan yang tinggi bahawa Allah Maha Mendengar doa kita. Biasakan berdoa supaya Allah lembutkan hati anak-anak dan saling kasih-mengasihi sesama adik beradik. 

Boleh amalkan membaca ayat Kursi sebanyak 7 kali di kiri dan kanan telinga anak-anak. Selepas dibacakan ayat Kursi, boleh juga diberi nasihat dan kata-kata yang baik kepada mereka. Paling bagus jika diamalkan ketika mereka berada di dalam keadaan minda separa sedar iaitu ketika mamai-mamai nak tidur. 

Di dalam majalah Pa & Ma pula ada dikongsikan satu doa untuk elak anak-anak bergaduh iaitu:

Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim
Doa ini dibaca setelah bacaan al-Fatihah, selawat, surah al-Insyirah dan ayat 200 dari surah Ali Imran dibuat. Boleh juga sediakan air penawar dengan bacaan-bacaan selawat dan doa di atas. Air penawar tadi kemudiannya boleh dibuat minum dan disapukan pada ubun kepala anak-anak.

Itulah di antara tips-tips yang telah dikongsikan oleh pemilik artikel ini... Bagi ibu bapa yang pening-pening lalat dengan situasi anak-anak yang tak boleh dekat langsung di antara satu sama lain tu... Bolehlah cuba-cuba mengamalkan tips-tips yang telah dikongsikan oleh pemilik artikel ini yer. Heee...Farah tak berpengalaman tetapi Farah suka berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua....

Moga-moga bermanfaat buat semua yer?

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tunggu ash dapat kawan..tengok macam mana nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Alhamdulillah setakat ni takde la gaduh besar si adik kakak ni.. Setakat mengusik tu ada la..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing akak..info yg sangat berguna nie..=D

    ReplyDelete
  4. tips ni..hehe..selamat menanti waktu berbuka :D

    ReplyDelete
  5. Dulu masa Zumal kecil selalu gaduh dengan adik2. Insha Allah andai dah jadi ketua keluarga nanti boleh guna tips nie...

    ReplyDelete
  6. nice sharing
    berguna di kemudian hri nti
    blh dipraktikkan

    ReplyDelete
  7. Tips yang bagus semoga bermanafaat.

    ReplyDelete
  8. Info yang menarik .. Terima kasih Farah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !