Jangan tak tau, sekarang ni Ash sudah semakin mahir memandu tau... Ngee... Mula-mula dulu jenuh juga nak memujuk dia supaya beranikan diri untuk menaiki kereta tersebut... Entri pertama mengenai kereta ini diceritakan di dalam entri yang bertajuk UW-BC 9688...Ash Baru Dapat Lesen L... Setiap kali dinaikkan ke dalam kereta, setiap kali itulah juga dia menyebut "no no no no no" sebab takuttt... Ha ha ha, terutama bila kereta itu digerakkan oleh kuasa kawalan jauh... Sebab bunyi kereta tu pun bila kita gunakan "remote" memang boleh tahan untuk mengerikan anak-anak kecil..Muahahaha...
Sekarang ini dah lain dah pula jadinya... Hari berganti hari, dia menjadi semakin berani dan semakin mahir keluar masuk naik turun panjat memanjat kereta itu sendiri, yang mana sekarang ini Mommy pula risau bila mana kalau-kalau dia mula melakukan aksi "stunt" di kereta tersebut... Ha ha ha... Takut pun salah, berani sangat pun salah... Mak mak biasalah kannn??? Bila dah berani, sekarang ni dia dah mula pandai ajak "kawan-kawan" dia menumpang atau berkongsi kereta dengan dia dah... Ihikss... Sebelum tu... siapa nak tumpang kereta Ash??? Sila angkat tangan laju-laju ataupun buat tempahan di kotak komen...
Laaaa...tak percaya ke? Sekarang ini Ash dah pandai menumpangkan kawan-kawan dia? Jap ek jap... Cuba lihat gambar di bawah...
Punya cantikkk dia susun "kawan-kawan" dia dalam kereta dia kann??? Kereta tu dahlah muatnya untuk Ash seorang sahaja...tetapi ada hati lagi tu dia nak tumpangkan "kawan-kawan" dia... Huishhh...nama jer anak lelaki ni... main bola sepak segala bagai... tetapi dalam diam-diam berjiwa sensitif ni dan juga berjiwa lembut ni...Ahakss... sebab "kawan-kawan" dia seperti yang terlihat di dalam penampakkan imej di dalam gambar di atas yang dua ekor tu... Itulah kegemaran dan kesayangan dia... Yang selalu dia ajak main bersam-sama dia kalau di dalam rumah... Ha ha ha...hilang "macho" sekejap... Dicium-cium dibelai-belainya "kawan-kawan" dia tu... Ada satu hari tu, ada ker nak dipakaikan lampin pakai buang dia pada mereka...Ahhh sudah... Terlebih kreatif pula... Sebabnya? Anak-anak kecil mudah mengikut apa yang kita lakukan... Bila kita pakaikan dia lampin pakai buang, dia pakaikan kawan-kawan dia lampin pakai buang, bila kita suapkan dia makan, dia nak suap kita kembali, bila kita selalu masukkan dia ke dalam kereta dan dudukkan dia di "baby car seat", dia pun buatlah perkara yang sama kepada "kawan-kawan" dia ni... Masalahnya muat ke???
Muatttt... Tapi kurang selesalah... Hurmm...nampak-nampak gayanya Ash nak kena beli kereta yang lebih besar dengan lebih muatan ni... Tak punn, kita jimat jer duit tak payah membazir, kita buat seperti iklan di televisyen tu, ubahsuai letak satu "compartment" lain di bahagian belakang kereta... Tak muat pun dimuatkan juga...lepas tu mulut becok... "Mieee, ufff uffff...brrrrr brrrr brrrr"... Yang bahagian depan "uff ufff" tu maksudnya "move"... Suruh gerakkan kereta tu dengan "remote"... yang "brrrr brrrr brrrr" tu bunyi dia buat bunyi ekzos kereta...adoiiiii...gugurlah lagi rambut Mommy Ash ni...Ha ha ha...Anak main air liur banyak sangat.... #ehhh...
Dah agak-agak rasa tak selesa sangat... dia pun mula berdiri di dalam kereta untuk melakukan aksi "stunt" yang membuatkan Mommy terhenti untuk mengemudi kereta itu... Memang taklah nak biarkan kereta tu bergerak dengan sebelah kaki macam tu... Kali ni biar Mommy pula yang kata "no no no no no"... Tapi tulah, kemain kann??? Dah pandai dah tumpangkan "kawan-kawan" dah... Setiap hari ada sahaja cerita baru, ada sahaja akal barunya... Ha ha ha...Tak apalah di dalam proses perkembangan...biarkan dia bereksplorasi puas-puas... Yang Mommy, jadi pemantau, pemerhati, penjaga... Lepas tu saja cerita-cerita, borak-borak kosong tentang Ash di Bubblynotes.Com.... Ahakss...
Dulu saya ada gak sebijik...
ReplyDeleteTp skrng x de dh...anak dh beso hehehe
Bagusnya...ada kereta tak lupa bak tumpangkan kawan kawan..hihi..baik hati ni..alhamdulillah..aunty PC nak tumpang boleh..hihihi..
ReplyDeletenak tumpang ash.. boleh???
ReplyDeleteacik aida nak tumpang ash la nak gi keje kat seremban.
ReplyDeleteletih la ash :)
boleh ka?