Semarakkan "Mood" Bercinta Dengan AmbiPur MoodTheraphy!!!

Farah Waheda Wahid
32
Bercinta itu bukan hanya sebelum berkahwin tetapi bercinta itu juga perlu selepas berkahwin... Lepas kahwin mestilah lebih hebat bercinta kannn??? Dan semarak api cinta itu sememangnya patut dihangatkan lagi selepas berkahwin. Jangan biarkan ia terkubur sepi di situ sahaja. Sewaktu bercinta semuanya wangi, semuanya harum...Takkanlah selepas beberapa ketika kita hendak membiarkan keharuman serta kewangian itu hilang sebegitu sahaja walaupun sudah mempunyai anak???

Sambil masa berlalu, wangian yang segar seperti di awal perhubungan - bunga-bungaan, pewangi, lilin berharuman mula hilang perlahan-lahan. Diselubungi pelbagai bau yang tidak menyenangkan seperti stokin kotor, ikan goreng minggu lalu serta rutin harian yang padat. Sukar bagi pasangan yang sibuk untuk mendapatkan "mood" untuk bercinta apabila dikelilingi bau-bau harian yang tidak dapat dielakkan. Kalau nak dapatkan "mood" bercinta..sesetengah pasangan mengambil langkah dengan bercuti di tempat lain bagi mendapatkan suasana serta "ambience" bercinta itu... Hurmm...sesekali mungkinlah boleh, tetapi jika kerap sangat bercuti hanya semata-mata untuk mendapatkan "mood" bercinta itu, terasa ibarat tidak praktikal pula!!! Bagi Farah-lah, tetapi bagi yang lain-lain Farah tidak tahu... Sebenarnya "mood" bercinta itu adalah lebih indah jika di rumah sendiri...Kalau tidak masakan ada pepatah Inggeris yang mengatakan "home sweet home" kann??? Takkanlah nak dapatkan "mood" bercinta hanya di luar rumah sahaja??? Sepatutnya di dalam rumahlah yang harus ianya bermula... 

Tapiiii...macam mana yer nak semarakkan "mood" bercinta setiap hari setiap saat dan setiap masa tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi??? Zaman serba GST ini, setiap dari kita seharusnya kena pandai jimat berbelanja dan berbelanja dengan bijak. Tak perlu susah-susah, tak perlu rasa terbeban, kerana Farah ingin kongsikan sesuatu yang boleh membantu anda semua disebabkan Farah sendiri sukakannya... Apakah ia??? Jeng jeng jeng... 


AmbiPur MoodTheraphy baru buat semua pasangan di luar sana!!! Ambi Pur menjemput pasangan-pasangan di luar sana menghangatkan semula asmara anda dengan koleksi terkini MoodTheraphy dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta!Apa yang anda perlu tahu... Ambi Pur MoodTheraphy ini dicipta khusus untuk menjadikan rumah pasangan lebih kondusif untuk mencipta asmara. 

Koleksi MoodTheraphy Ambi Pur ini telah dilancarkan di Sunway Pyramid dengan kehadiran rakan usaha sama kempen ini iaitu Harith Iskander dan isterinya, Dr. Jezamine Lim. 


Farah amat bersetuju yang mana sebenarnya wangian memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi dan mengubah "mood" seseorang. Contohnya senang jerlah...Farah kalau "moody", rasa tertekan ataupun rasa nak marah sahaja... Suka duduk di tempat yang "cosy", yang tenang, yang berbau harum sambil-sambil beristighfar... Memang setiap kali punnnn macam tu... Kira-kira macam wangian ni kannn...bagi Farah, sebenarnya adalah sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan. 

Joon Wong yang merupakan Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia ("MAPA") pun mengatakan bahawasanya, wangian adalah sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka "mood" yang tertentu atau mengimbas memori, terutamanya memori di awal perhubungan.

Tambah Joon Wong lagi... 
It is one of the five senses. It is very important as it is closely linked with/related to the limbic system - a complex system of nerves and networks in the brain, involving several areas near the edge of the cortex concerned with instinct and mood. It controls the basic emotions (fear, pleasure, anger) and drives urges like hunger,sex, dominance, care of offspring. The sense of smell can, in fact, trigger long lost memories and affect our mood, and therefore our feeling and emotions. For example, to a certain extent, "smell" can make us feel hungry. Smell or scents can have positive (or negative) effects on mood, stress, sleep enhancement, self-confidence, psychological, physical and cognitive performance.
Harith dan Dr. Jezamin juga telah mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang rami mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaya yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya itu juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk bercinta dan bagaimana mereka melakukannya di rumah. 


"MoodTheraphy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan cinta - yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini," kata Dr. Jezamine. 

"Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada," kata Harith.

"Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari," tambahnya.

Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood. 

Ambi Pur mencipta tiga (3) mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love's Bouquet, Relax & Unwind dan Splash of Revival. 

Love's Bouquet


 Love's Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang sangat mengasyikkan.

Relax & Unwind
Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.

Splash of Revival

Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin. 


Farah sukakan ketiga-tiganya!!! Semuanya mampu mengubah "mood" Farah... Dan rumah lebih berseri dan lebih selesa dengan aura wangian romantika dari koleksi AmbiPur MoodTheraphy ini... Rasa nyaman, rasa selesa, rasa hubungan lebih erat serta mesra... Ajaibnya AmbiPur MoodTheraphy!!! Terima kasih AmbiPur!!! 

Pada yang belum mencuba tu, ini adalah saranan peribadi dari Farah sendiri... Silalah beli dan silalah cuba...Pasti anda tidak menyesal... Setiap varian ini boleh didapati di dalam bentuk:

Febreze Fabric Freshener - RM11.90

Ambi Pur Set & Refresh - RM18.50

Ambi Pur Air Effects - RM19.90

Ambi Pur gel Fresh - RM9.90


Untuk Maklumat Selanjutnya:



Mengenai Procter & Gamble:


P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion pengguna di seluruh dunia melalui jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai salah satu portfolio terkuat bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Selamat Tinggal Bau Busuk! Selamat Datang Romantis! 

Post a Comment

32Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul...ambipur memang wangi gila...suka bau dia...lembut je

    ReplyDelete
  2. Waahhh bestnya. Baca entei ni pun mcm dah berbau wanginya ambipur tu

    ReplyDelete
  3. Puas hati bila pakai ambi pur.. thumbs up

    ReplyDelete
  4. suka pewangi ambi pur.. segar dan wangi

    ReplyDelete
  5. mmg pakai ambi pur pun selama nie ;) nak try yg purple la pulak...

    ReplyDelete
  6. Pagi tadi sembur febreze rose ni kat tilam mikhail..memang wangi la. Harap mikhail tidut lena atas tilam wangi ni kat umah pengasuhnya.

    ReplyDelete
  7. mesti wangii umah lps nii.. hehe

    ReplyDelete
  8. wah boleh cuba wangian Love Bouquet tu Farah ye.. ;)

    ReplyDelete
  9. Wangian boleh meningkatkan rasa cinta.... tambah lagi dengan ambi pur...

    ReplyDelete
  10. Waaa... baru jer dptkan ambi pur ni... blum try lg... hehehe

    ReplyDelete
  11. Wangian mampu mengintimkan suasana.kna try nie..hehehehe

    ReplyDelete
  12. Relax and unwind tu julia berkenan lah farah...nak semarakkan suasana harus kena beli....aummmmmm...good review farah well done!!!!

    ReplyDelete
  13. Baru je beli glade semalam..next month boleh la try

    ReplyDelete
  14. Ada juga beli satu... Wangi juga..

    ReplyDelete
  15. splash revival tu mcm best je bau..
    boleh coba ni untk hari raya.

    ReplyDelete
  16. Mmg slalu guna febreeze kat umah. Pasni nak try yg kaler purple tu lah

    ReplyDelete
  17. Baru beli semalam...mmg best bau dia...

    ReplyDelete
  18. ambipur memang terbaik!

    ReplyDelete
  19. betul tu, wangian memang boleh mengubah mood kita.. :D
    Shad pun guna ambi pur jugak, hehe.. wangii.. :D

    ReplyDelete
  20. wangiiiii ..harum semerbak baunya. Takmo keluar rumah kalau sembur ambi pur ni :)

    ReplyDelete
  21. betul tu sis
    saya pon suka
    nk try purple la pulak

    thanks
    nice sharing

    ReplyDelete
  22. memang terbaik dan tak dinafikan produk ambi pur ni memang best dan wangi

    ReplyDelete
  23. memang suka pakai brand ambi pur.nanti boleh try yang baru ni pulak

    ReplyDelete
  24. wahh ade macam-macam produk baru....ambir pur

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !