Sebaknya Rasa Hati....

Farah Waheda Wahid
7

Perkara yang pertama sekali sebelum memulakan entri, rasanya moleklah kiranya Farah mulakan dengan kenyataan PENAFIAN terlebih dahulu: Apa sahaja yang bakal dicatatkan secara maya di dalam entri ini bukanlah kerana Farah ingin "up" kan anak Farah sendiri secara berlebih-lebihan mahupun bertujuan untuk menunjukkan kepada umum dengan niat menunjuk-nunjuk ataupun riak bahawasanya anak Farah adalah sangat bagus seperti tiada kanak-kanak lain yang sebegini. Apa yang dicatatkan adalah luahan rasa seorang ibu. Kenapa perlu PENAFIAN??? Pandangan setiap manusia itu adalah berbeza-beza, ada yang mungkin melihat dengan pandangan yang positif, tidak kurang juga mungkin ada yang melihat dengan pandangan berbaur aura negatif, PENAFIAN tetap diberikan berdasarkan apa yang terpendam di hati dan seterusnya terpulang kepada individu. Jika positif pandangannya, maka positiflah jadinya. Jika negatif pandangannya maka negatiflah jadinya. Tidak semua orang boleh menerima gaya dan cara penulisan maya kita, dan tidak semua orang akan berpuas hati dengan kita... Itu lumrah dunia dan lumrah pandangan manusia... Wallahualam...

Haaa koooo, sampai gitchewss sekali penafian hakak tauuuu... Farah memang begini, kalau rasa serba salah nak terbitkan sesuatu entri, kalau dah ambil masa yang sangat panjang sebelum memuat naik sesuatu entri disebabkan berfikir dan berfikir...kalau merasakan ada risiko ke atas penulisan maya yang ingin diterbitkan memang beginilah gayanya...Muahahahaa... Kisah dengan pandangan dan cakap-cakap belakang orang ke??? Tak kisah sebenarnya...sebab kalau nak ikut cakap orang sampai bila punnn tak ke mana dan tak berkembang...Tetapi penafian tetap diberikan sebabnya sekurang-kurangnya Farah terangkanlah kannn??? Nak terima tak nak terima itu terpulang kepada individu...

Mungkin ada ibu-ibu atau bapa-bapa di luar sana yang pernah melalui "moment-moment" sebegini di dalam jurnal kehidupan sebagai ibu dan juga bapa, dan Alhamdulillah, Farah juga diberikan peluang sebegini oleh Allah SWT untuk turut merasa perasaan itu apabila, satu-satunya cahaya mata Farah iaitu Iman Firash berdoa!!! Tau tak bagaimana rasanya??? Bagi yang telah merasa "moment" sebegini pasti tahu kan rasanya bagaimana??? Tau tak bagaimana tiba-tiba ada satu perasaan asing yang sukar ditafsirkan di dalam diri Farah bila mana secara spontan Iman Firash menunjukkan di hadapan Farah bagaimana dia berdoa? Tanpa disuruh, tanpa dipinta apa-apa pun... Secara spontan, dia mengangkat kedua belah tapak tangan...memohon dan berdoa seolah-olah seperti begitu khuysuk sekali dan dari kaca mata Farah ianya kelihatan sungguh jujur dan ikhlas...

Perghhh...tahan sebakkkk ko pada "moment" dan saat itu juga.... Memang kuat sangat perasaan yang asing itu... Anak yang lahir dari rahim sendiri berdoa sampai begitu sekali... Yang lebih-lebih terasa menusuk sampai ke kalbu tu sebabnya... hurmm... Jujurlah dikatakan yer... Sebelum Farah berhijrah, sebelum Farah berhijab 2 tahun yang lalu... Farah pernah dikecam ataupun disindir hanya semata-mata kerana Farah "free hair"... Seolah-olah diri ini jauh dengan Allah SWT... Seolah-olah diri ini "jahat" sangat...Seolah-olah diri ini tidak mengenal hukum hakam... Itu 2 tahun yang lalu... Betapa hinanya pandangan orang itu bila dia mempersoalkan tentang penampilan Farah, tentang cara Farah berpakaian... Iyaaa...Farah akui, Farah dahulunya seorang yang "free hair", lincah itu tetap lincah...sehingga ke saat ini walaupun bergelar seorang ibu, Farah masih tetap lincah seperti dahulu... "I am someone" yang "live life to the fullest and always looking for something that makes me happy"... "I wanted to be happy in life instead of mourning and being sad about things that might occur in my life"...tetapi Farah bukanlah seseorang yang melupakan batas-batas yang telah digariskan dan Farah masih kenal akan hukum hakam...apa yang boleh apa yang tidak... Semua manusia ada khilafnya... semua manusia ada dosanya masing-masing... Yang kita sebagai manusia tidak boleh menjatuhkan hukum sama ada syurga ataupun neraka untuk seseorang, yang kita tidak boleh jatuhkan sama ada Allah akan memaafkan seseorang itu ataupun tidak... Apa yang disindir dan apa yang diperkatakan...kesannya sehingga ke hari ini dan walaupun Farah telah memaafkan buat kesekian lamanya Farah tidak pernah melupakan apa yang diperkatakan... Yang hairannya, orang yang melakukan apa yang Farah ceritakan itu adalah orang yang dirinya seolah-olah kelihatan sungguh dekat dengan Allah SWT, sering membicarakan tentang Allah SWT dan kelihatan sangat sempurna sebagai insan yang sangat beriman...

Jadiii, bila anak Farah sendiri yang menunjukkan secara spontan dan juga menunjukkan minatnya terhadap agama Islam itu sendiri... Adakah anda faham apa yang Farah rasa??? Sungguhpun ada manusia di luar sana yang seolah-olah mempersoalkan keimanan Farah, tetapi Alhamdulillah, Farah masih mampu mendidik tentang Islam kepada anak Farah sendiri dan anak Farah sendiri menunjukkan bahawasanya dia minat. Bagi Farah, kita tidak perlu bercerita bagaimana tawaduknya kita kepada Allah SWT, bagaimana berimannya kita kepada Allah SWT dan bagaimana dekatnya kita dengan Islam melalui penceritaan yang berniat seolah-olah mengatakan diri kita bagus... Ohh, semalam saya tunaikan Dhuha, semalam saya berwitir, semalam saya baca Al-Quran dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan memberitahu satu dunia bahawasanya kita adalah orang yang sering beramal ibadat dan kita adalah sangat dekat dengan Allah SWT yang membawa maksud kita adalah seorang Muslim yang bagus... Penulisan kita, percakapan kita segalanya menyelitkan tentang Allah SWT dan kita di dalam hati walaupun tidak dinyatakan secara lisan, memandang enteng serta memandang serong kepada orang-orang yang di luar sana yang dahulunya atau pada masa kini tidak berhijab ataupun tidak menutup aurat dengan sempurna...

Jangan kita memandang serong kepada seseorang kerana kelemahannya pada hari ini, kerana pada hari esok siapa tahu mereka adalah lebih bagus dari kita? Samalah juga dengan diri Farah, Farah sering ingatkan diri Farah perkara yang sama, setiap hari setiap saat... Bila Ash begini, teringat hinaan secara halus yang diberikan dulu dan di dalam hati ini sebak dengan aksi spontan Ash dan juga sebak bila mengenangkan hinaan secara halus itu... Terfikir... Alhamdulillah, Ya Allah.... Syukran Ya Allah...Sungguhpun aku pernah dihina sebegitu rupa tetapi Engkau telah menunjukkan bahawasanya aku masih mampu untuk mendidik anakku apa yang baik dan juga apa yang buruk... JazakAllahu Khairan Katheeran...

Nak luahkan tulah...sebab memang sememang-memangnya tersentuh hati ini tau tak... Farah juga sempat memuat naik video Ash berdoa ini di laman Instagram Farah di pautan.... https://instagram.com/p/4X-90KBGK0/?taken-by=farahwaheda... Bagi seorang ibu yang telah melalui pelbagai fasa, pelbagai ujian, pelbagai dugaan... sememangnya ini adalah salah satu "moment" yang sangat bermakna buat Farah... Allahuakbar... Bak kata Kak Saidila anak-anak ini bagaikan kain putih, kita yang mencorakkan, anak-anak kan melihat dan mengikut apa yang dia biasa nampak? Alhamdulillah, jika Ash nampak yang positif itu....

Semoga Ash jadi anak yang soleh... In Shaa Allah...Amin... Sebak menyelubungi diri sehingga kini... Semoga berterusan Ash begini yer nak? Mommy doakan... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

Jangan pernah kita menghina, jangan pernah kita menyindir tentang perjalanan hidup seseorang tentang diri seseorang... jangan pernah kita persoalkan keimanan seseorang... Kita ada tanggungjawab kita, ibadah kita yang tersendiri yang perlu kita laksanakan... Adalah lebih baik kita memperbaiki diri kita sendiri dari terus-terusan mempunyai pandangan negatif terhadap seseorang yang lain... Takut-takut nanti apa yang kita katakan tentang seseorang itu adalah fitnah dan juga di sebaliknya orang yang diperkatakan itu adalah lebih baik sebenarnya dari diri kita... Farah tak katalah Farah ni bagus dan terbaik yer... Farah pun ada khilaf Farah yang tersendiri... Sama-samalah kita perbaiki diri kita...sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadah diri kita untuk kebaikan kita bersama daripada kita mempersoalkan amal ibadah seseorang yang lain...
Sehina-hina orang yang dihina, lagi hina orang yang menghina sebenarnya. Jangan sampai apa yang dihina berbalik kepada diri sendiri - Ustaz Kazim Elias.  

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sama la..ida pun kdg2 sebak...bila ank tgk ida smbhyg die pun nk smbhyg..pndai bc doa mkn,doa tido..zikir...rasa bangganya

    ReplyDelete
  2. Anak kita tu anugerah Allah. Dah nama pun anugerah, kita kena hargai betul-betul. Jaga molek-molek :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Ajarkan dia dan bykkn doa yg asa setiap hari... Macam anak saya si adik... Bila letak je atas kerusi nak makan.. Automatik tadah tangan...dan si kakak bacakan doa makan.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah, dapat diberi peluang untuk merasai moment tersebut :)

    ReplyDelete
  5. Setiap orang ada kisah tersendiri..dan kisah itu biarkan berlalu pergi..moga ash terus menjadi anak yang sentiasa beramal shaleh..ameenn..

    ReplyDelete
  6. MASYAALLAH..
    ALHAMDULILLAH..
    truskan usha mjadikan ank dan keluarga yg dberkati dan drhmati Allah ye sis Farah ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !