Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Hazelnut & Chocolate

Farah Waheda Wahid
7

Bertemu kita di sesi perkongsian resipi kuih semperit "upgraded version" sekali lagi... hik hik hik...tetapi ini adalah resipi kuih semperit "upgraded version" yang terakhir yer... Selepas ini tiada lagi resipi kuih semperit dari Bubblynotes.Com... Ha ha ha... Makanya, tidak akan kelihatan lagilah gambar kuih semperit melainkan tiba-tiba kot-kot sewaktu Aidilfitri nanti Farah bercerita tentang jenis-jenis kuih raya ke??? 

Semperit "upgraded version" di dalam perkongsian sekali ini diberi nama, Semperit Hazelnut & Chocolate... Dan untuk resipi ini kita boleh main "dip dip" bila makannn... Pastrinya adalah berasaskan Kacang Hazel...

Bahan-Bahan Untuk 100 Biji Semperit Hazelnut & Chocolate:
200gm SCS Salted Pure Creamery Butter
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastad
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran anda)

Cara Penyediaan


1. Pukul SCS Salted Pure Creamery Butter dan Gula Aising sehingga kembang. Masukkan Telur Kuning dan Esen Vanilla.

2. Campurkan Tepung Gandum, Serbuk Kacang Hazel, Tepung Jagung dan Tepung Kastad. Uli dan uli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4 cm.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga masak.

Hasilnya... 


Dan cadangan penyediaan untuk Semperit Hazelnut & Chocolate ini adalah... 


Nyum nyum, kita main "dip dip" dalam sos coklat... Memang jadinya tak boleh berhenti makan ok??? Minat ke nak mencuba??? Sila cuba yer... He he he... Selamat mencuba!!! 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang berminat nak cuba.. Time kasih share..

    ReplyDelete
  2. rajinnye sis wat biskut.. semperit dip choco budak2 dan mak budak mst suke sgt2..

    ReplyDelete
  3. nyam nyam nyam hehe boleh nih di coba buat nanti hari raya ya mba :)

    ReplyDelete
  4. dah siap, sila pos ke alamat seperti tertera di kad nama..hahaha #tokeybiskutmalasnakbuatkuih

    ReplyDelete
  5. sedap sungguh la resepi akk ni... tapi kna tggu dkat raya bru leh buat kalau tak mmg x smpat raya.. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !