Penat Dah Fikir!!!

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Semakin hari semakin jadi buntu dah jadinya... Sampai dah boleh jadi "blur" dan boleh jadi "blank"... Sampai rasa dah tak larat nak fikir dan kadang-kadang sampai rasa pening lalat juga bila dah terlampau fikir-fikir. Yang jadi penyelamatnya bila ada acara-acara yang bersesuaian yang boleh Farah bawa Ash... Haaa... yang itu tak payah penat dah nak fikir...Muahahahaha...Dah tentu-tentu dah tahu ke mana hala tuju nak dituju dan nak dihabiskan masa... Kalau nan hado??? Berpusing ligatlah kepala memikirkan mana nak kubawa anak teruna seorang ini ambil angin serta beriadah... Boleh gitchewsss??? 

Sewaktu sebelum kelahiran Ash dan sewaktu Ash masih kecil iaitu di bawah umur 1 tahun... memang tak payah nak fikir sangatttt... Bila dah menginjak ke 1 tahun ke atas ni, asyik berfikir jer lah kerjanya ke mana nak di hala, ke mana nak dituju bila hujung minggu. Bukannya sebab tak reti duduk diam di rumah, bukannya kerana panas punggung bila duduk di rumah. Akan tetapi...secara psikologinya... Dari Isnin ke Jumaat, Ash hanya terperap di rumah dan tidak ke mana-mana... Maknanya macam tak tengok dunia luar sangatlah... Ada tak ada, pagi-pagi bersenam dengan Nek Ma dia berjalan kaki secara perlahan-lahan, tengok kucing jiran, tengok ayam jiran, tengok burung jiran... Selepas itu kembali ke dalam rumah dan terperuk dengan alat permainan, buku-buku dan juga ASTRO. Setiap hari rutin yang sama...Kalau agak-agak macam bernasib baik, sama ada Atuk Ash dah balik ataupun Mommy sampai rumah awal... Kalau nak ke kedai beli barang... Untunglah Ash... Dapat naik kereta jalan-jalan makan angin malam sekejap. Kalau tidak, duduk ajer dalam rumah.... 

Berbeza dengan anak-anak yang tinggal di nurseri, di rumah pengasuh... Ada juga naik kereta atau motor kann??? Kalau nurseri atau rumah pengasuh tu sejengkal jer, lebih kurang samalah dengan keadaan Ash...Hew hew hew... Kesiannnn nengoknya... Kalau diri ini sendiri pun duduk terperuk kat rumah jer boleh jadi lain macam rasanya...Boleh jadi habis punca sampai dah tak tau nak buat apa dah...Hik hik hik... Tau bagaimana rasanya sebab pernah rasa sewaktu berpantang dulu... Kejap ajer tahannya ok? Seminggu jer boleh duduk rumah dediam... Luka kat perut belum pulih lagi, dah pandu kereta ambil angin luar...Sekejap ke TESCO lah, sekejap ke Mc'Donalds guna Wi-Fi lah...sekejap ke kedailah...Ada jerrrr... Ha ha ha, dengan stokin, dengan "cardigan"...Boleh buat selamba jer masuk pasar raya...Orang tengok pun naik risau sampai ada yang risau kalau-kalau bentan... Kalau Nek Ma Ash nak pergi pasar ke, boleh hantar lagi tu...Yelah nak harapkan siapa punnn??? Farah seorang jerlah anak dia... Ha ha ha...Atuk Ash kerja... Mahu tak mahu... Mommy Ash lah yang pandu kereta... Fuhhh, nasib baik kereta transimisi automatik, kalau manual tak tahulah macam mana gayanya dengan perut yang luka besar tu kannn??? Kalau melahirkan secara normal tu memanglah boleh gigih lagi memandu kereta manual yer tak??? 

Ok terbebel panjang...Maaf!!! Sambung balik...makanya di atas kesedaran itu, dari sudut dan perspektif psikologi seorang kanak-kanak... demi kepentingan aspek psikologi kanak-kanak... ecehwahhh... #ehhh tapi betullah kannn??? Kesiannnn dia, takkan nak perap anak tu dalam rumah jer yer tak??? Dia pun nak keluar ambil udara luar juga, nak pergi ke tempat-tempat lain selain dari kebiasaan dia juga...Dan sebab tulah Farah kata penat dah nak fikir!!! Bha ha ha...Sebab semua pun dah bawa Ash... Mana jer Ash tak pergi...Kalau ada acara-acara atau aktiviti yang melibatkan blog yang agak-agak macam boleh selit Ash...Haaaa...itu selesai masalah... Dia bukan nak apa punnn, dia nak naik kereta, jalan jauh-jauh sikit... Masuk tempat berpenghawa dingin, tempat dia boleh cuci cuci mata, dapat naik kereta 50 sen atau RM 2.00 (bergantung kepada tempat) barang 3-4 pusingan... Makan di kedai...Itu punnn dah cukup menggembirakan hati dia dahhh...Dah cukup seronok dah dia macam tu... Dah cukup terhibur dah dia macam tu... Sekurang-kurangnya tak adalah bosan dia asyik tengok muka Mommy, Mommy, Mommy dan Mommy dan juga Nek Ma serta Atuk... Ha ha ha... 

Lagi seronok kalau dapat main air kannn??? Memang kesukaan dialah tu... Tapiiii, tulah semenjak dua menjak kebelakangan ini... Dah jadi buntu pula nak memikirkan nak ke mana hala kami...Ha ha ha... Nak pergi Mitsui Outlet Park macam biar dululah...Ha ha ha... Sebab ada yang kata, banyak kedai yang tak dibuka lagi... Bosan lagiii... Tunggu agak-agak dah banyak kedai sok-sok bolehlah menjejakkan kaki ke situ buat cuci-cuci mata... Nampak-nampak gayanya dah mula buat senarai lepas tu tanda yang mana dah pergi yang mana belum...yang mana dah pergi berapa kali dah... Ha ha ha...Dah jadiii kerja... Tapi tulah, macam tulah hakikatnya jadi ibu bapa... Kadang kala akan jadi runsing memikirkan ke mana nak bawa ahli keluarga beriadah seminggu sekali.... "bonding time" gitchewss... 

Ash kalau hari Jumaat, dia akan tidur selewat-lewatnya... ekekekeke...macam tau-tau dan macam hidu-hidu jer esoknya Mommy cuti.... ajak main, ajak baca buku, ajak bergurau...Iyalah masa tulah dia rasa Mommy dia banyak masa untuk dia kannn??? Hari kerja, kena tidur awal... errr....awallah sangat, tak ada maknanya...maksud Farah Ash...bila hari bekerja memang Farah latih dia untuk tidur awal...Mommy dia tak apa, Mommy dia ada kerja nak buat...Wakakakaka... Hujung minggu bagi kelonggaran sedikit...Sedikit jer sedikit... Memang Farah akui frekuensi kami keluar pada hujung minggu itu memang tinggi... Tapi, ini semua cuma bersifat sementara... tiba masanya Farah akan "cut down" untuk Ash... Ash ada beberapa tahun jer lagi nih nak berjimba-jimba setiap minggu... Selepas dari itu... Bila Ash dah mula jejak kaki ke tempat bernama "school" sahaja... Memang Farah dah gariskan dalam perancangan untuk "cut down"...Sebabnya??? Sebabnya, bila dah "school" Ash kena belajar untuk tidak leka dan tidak membuang masa terlalu banyak... Ho ho ho... Tak mahu dia "expect", setiap hujung minggu Mommy mesti kena bawa jalan-jalan... Kalau bolehlah, kalau boleh... Hujung minggu masa untuk mengulangkaji pelajaran dan siapkan kerja-kerja rumah dan "bonding time" di rumah... Kalau dah siap semua... Baru boleh berjalan... Ihikss...Semoga menjadilah perancangan ni yer tak... Orang kata merancang, berkata-kata tidak semudah perlaksanaan... Tapi Farah cubalah cuba... Bukan nak rasa diri bagus ke apa... Dan bukan nak kata nak sekat...Boleh jer, tapi dengan beberapa kondisi ataupun keadaanlah...

Sebabnya??? Sebab Mommy dia sewaktu kecil pun tak jalan-jalan sangat oiiiii... Sebulan tu adalah 2 kali macam tu berjalan-jalan keluar... Itu kalau 2 kali, kadang-kadang tu sekali jerrr... Ha ha ha... Tapi bila dah kerja... Umang aiiii... tak reti nak duduk diam kat rumah... La la la la... Sampailah lahirnya Ash baru reti duduk diam sikit... Kalau tidak memang kebanyakan dari masa di luar... Nek Ma Ash kata boleh bukan tak boleh tetapi ada "limit"... Supaya Ash tak leka sangattt...Dan apa tuuu... Tak naik lemak dan tak fikir nak seronokkk ajerrr... Hu hu hu... Mungkin ada yang kata, alaaaa... entah apa-apa entah, macam bagus sangat... Tak apalah biarlah... Cara kita mendidik anak-anak masing-masing kan berbeza kannn??? Sebab lahirnya pun dari rahim yang berbeza, dan juga ibu yang berbeza...Masing-masing ada cara yang tersendiri... Siapa yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anak? Semua orang mahu? Cumanya bezanya situasi dan keadaan isi rumah tangga jer... Bagaimana ibu bapa menetapkan "rules and regulation" dan bagaimana ibu bapa mencorakkan anak-anak masing-masing... Tak ada pula nak kata cara Farah ni cara yang paling baik, cara yang paling bagus, cara yang tiada tolok bandingnya... Ada juga ibu bapa yang penuh dengan aktiviti hujung minggu untuk anak-anak, tetapi anak-anak terjaga dan perkembangan anak pun positif... Cuma mungkinlah Farah berfikiran begini sebab buat masa sekarang ini Farah rasa ini yang terbaik, kalau kot kot bangun tidur esok pagi berubah punnn kita tak boleh nak cakap kannn??? 

Tapi tulahhh...tu yang tengah penat fikir ni..Ha ha ha...Mana nak bawa Ash hujung minggu ni??? Sabtu tak boleh, Mommy ada "work"... Ahad lah punnn kalau nak bawa dia kannn??? Tapi nak pergi mana ek??? Ha ha ha... Ini salah satu tugas menjadi ibu bapa tau pada yang bakal menjadi ibu bapa tu... Sila ambil perhatian...Ekekekeke.... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Saya juga mengalami masalah yang sama. Selalu terfikir, nak bawa anak ke mana. Anak yang sulung dah 2 tahun lebih, yang no 2 baru 1bulan lebih. ha.

    ReplyDelete
  2. kidzania kan ada
    zoo ke hahaha
    mandi kolam kat klcc tu pun boleh

    ReplyDelete
  3. Aida amat memahami...
    Tu la kita, sbg ibu...
    Kena fikir hu hu...

    ReplyDelete
  4. anak saya yang sulung dah umur 8 tahun.dah pandai ajak ke sana ke sini.jadi hari minggu memang keluar je la kami..biasanya mula2 ke kedai buku..wajib tu..lepas tu baru la ke tempat lain..makan2..kadang2 jalan2 kat pantai..kadang2 jauh sikit nun sampai ke negeri orang..heheheh

    ReplyDelete
  5. Hihihi. Bawak Ash pi mall jalan jalan cari baju raya. Heheheh :D

    ReplyDelete
  6. bawak g taman la kak..yg besar...xpun bawak window shopping :)

    ReplyDelete
  7. pergi shopping lah mummy....cari songkok raya, baju melayu, sampan bagai..hihkihkihkihk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !