Tapi kann sebenarnya, sama ada anda adalah pengguna solekan yang tegar ataupun tidak... wajah tetap perlu dibersihkan supaya wajah kita boleh mendapat oksigen yang diperlukan sepenuhnya untuk bernafas... He he he...bila wajah tak boleh nak bernafas disebabkan solekan... lepas tu solekan ditambah pula dengan kekotoran udara yang tercemar di sekeliling ataupun bila wajah tak bersolek lagilah "direct" debu-debu, habuk, kekotoran semua melekat ke kulit muka, itu yang menjadikan kulit muka mengalami keradanganlah, jerawatlah, tona muka tak sekata lah... itulah inilah... bila dah jadi macam tu wajah pun kelihatan kusam, wajah pun tak nampak berseri...beli produk mahal-mahal macam mana sekalipun, jika tidak digunakan ataupun jika digunakan dengan cara yang tak betul pun boleh jadi masalah juga yer tak...
Sebenarnya di dalam menjaga kecantikan kulit wajah ni ataupun penjagaan kulit tubuh badan ni, yang penting caranya yang nak kena betul yer tak??? Kalau cara tak betul, pakailah kot ni ka apa sekali pun... Hu hu hu...memang sama ada tak ada kesan langsung, tak berkesan ataupun menjadikan kulit semakin teruk... Tak dinafikan keserasian bahan-bahan yang digunakan di dalam sesuatu produk itu memainkan peranan juga di dalam hal ini, tetapi kalau cara penjagaan kulit kita itu kita rasa dah betul dan kemudiannya masalah masih timbul, adalah lebih baik dihentikan penggunaan produk tersebut. Takut-takut nanti menjadi semakin teruk, cubalah beralih ke produk yang lebih sesuai. Betul tak??? Jangan sampai kulit merengsa baru nak hentikan penggunaan...
Farah dan solekan ni nak kata sinonim sangat pun tidak juga...kalau dulu sebelum ada Ash mungkin yer... setiap hari kecuali hujung minggu. Itupun kadang-kadang hujung minggu bersolek juga... sebab ada majlis ke apa ke kan? Kalau keluar jalan-jalan ke.... Memang selalu sangat bersolek... Kalau orang lain alat solek boleh tahan dan kekal 3-6 bulan, Farah ni setiap 2 bulan sekali berganti...Bha ha ha... Tetapi sekarang ni semenjak hadirnya Iman Ash, amat jarang bersolek iya-iya sangat... kecuali kalau ada apa-apa majlis yang perlu Farah hadiri, ada temujanji ke, pergi pejabat??? Itu...ikut "mood", kalau rasa nak bersolek sakan, akan bersolek sakan, kalau tidak, yang asas sahaja... cukup untuk kelihatan "presentable" kaedahnya kononnya...Muahahahaha... "Presentable" lah sangat kannn???
Oleh yang demikian...ha ha ha, bunyi ibarat menyediakan surat rasmi pula... ok ok, oleh yang demikian, memandangkan Farah ni adalah seorang yang bersolek... sebelum membersihkan wajah dengan sabun pencuci muka, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah
Bila sebut ZA Deep Cleansing Oil... bagi yang belum pernah mencuba produk keluaran ZA ini pasti perkara yang terlintas di kotak pemikiran anda perkataan... "deep cleansing oil" itu kann??? Pasti anda membayangkan yang ianya sangat-sangat berminyak dan mengakibatkan muka anda boleh jadi berminyak selepas itu. Bagi pengalaman Farah, ZA Deep Cleansing Oil ini adalah jenis yang berminyak tetapi berair yang sesuai untuk solekan degil, solekan kalis air, maskara, celak dan juga kekotoran kulit yang lain. Bahan-bahan yang terdapat di dalam ZA Deep Cleansing Oil adalah "Mineral Oil, Ethylhexyl Palmitate, PEG-12 Diisostearate, Diphenylsiloxy Phenyl, Trimethicone, PEG-10 Isostearate, Water, Tocopheryl Acetate, Olea Europea (Olive) Fruit Oil, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, PEG-8 Diisostearate, Alcohol, Isostearic Acid, BHT, Tocopherol, Fragrance". Ianya tidaklah terlalu mahal dan mampu milik buat semua...
"ZA Deep Cleansing Oil in Action"
Tengok botol ajer buat apa yer tak??? Ha, meh meh meh, ni nak tunjuk demo sedikit... Farah gunakan tangan sebagai objek untuk eksperimen bagi entri ini. Bukan sebab apa, sebab sewaktu terfikir nak berkongsi tentang ZA Deep Cleansing Oil ni sewaktu tu jugalah dah selesai bersihkan wajah. Hik hik hik...Makanya ini adalah salah satu cara yang paling hampir untuk menunjukkan keberkesanan ZA Deep Cleansing Oil ini...
1. Pamkan ZA Deep Cleansing Oil sebanyak 2 kali pam di tangan. Kalau ikut saranan penggunaan 3 - 4 pam, tetapi Farah rasa 2 pam pun dah memadai.
2. Anggapkan tangan itu adalah wajah yang telah disolek. Dan sekarang kita nak hilangkan solekan serta kekotoran itu... Sapukan di seluruh wajah, gosok-gosok sedikit secara lembut tanpa menggunakan tekanan ke atas kulit wajah. Keseluruhan wajah yer???
3. Setelah langkah kedua, ada orang lapkan dengan kertas tisu untuk menanggalkan kotoran tu, kemudiannya baru bilas atau mencuci muka dengan sabun pencuci muka. Tetapi Farah lebih suka untuk terus membilas dengan air sehingga bersih.
Dan jika dilihat di gambar ke-4, ZA Deep Cleansing Oil akan berubah tekstur kepada cecair putih yang semacam sabun tetapi tidak berbuih jika dibilas dengan air. Selepas membilas, kebiasaannya Farah akan mulakan proses pembersihan wajah dengan penggunaan sabun pencuci muka yang mana selepas itu, hasil sebegini akan Farah dapati...
Wah ada jual di Watson...best yer...watson mmg tempat port julia lepak gelebek produk2 badan ni...nanti nak sekodeng ZA ni kt watson kalau ada tester lg syiokkk leh cuba nanti...TQ review farah
ReplyDeletewah mcm best jer....harga pun berbaloi2..nnt nk minta abg blnja hihi
ReplyDeletesaya selalu guna minyak zaitun jer . tapi setakat utk tanggalkan mekup je lah fungsinya ... blh cuba nanti ...
ReplyDeletegebusnye pipi uols..geram cam nk gigit2 nak cubit2
ReplyDeletecer bg petua caner nak dpt pipi gebus cam tu hehe
atau mmg pakai produk ZA ni mmg akan buat pp kita gebus ke hehe
packaging cantik..!!
ReplyDeletehehe
kite kengkadang rajin mekap, rajin sangat..bila dah malas, malas sangat..
tapi perlu jugak la cleansing oil camni.,,baru muka bersih..
double cleansing penting walaupun tak mekap sebab muka terdedah kepada kotoran kan..huhu
nice review~
lepas pakai make-up mmg kena bersihkan sebersihnya, sbb kalau cuci tak bersih boleh naik jerawat, hehe.. kalau dekat watson, senang la nak cari ni.. :D thank you kak farah share.. nnti boleh cuba..
ReplyDelete