Mentega SCS - Inspirasi & Pilihan Kuih Raya

Farah Waheda Wahid
19

Ada yang masih ingat tentang beberapa resipi kuih semperit yang telah dinaiktaraf yang dikongsikan oleh Farah tempoh hari??? Untuk yang terlupa boleh imbas kembali...Untuk yang terlepas atau tak perasan punnn tuuu...bolehlah rujuk di entri-entri:


Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Cappucino : adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang ranggup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dan sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.


Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Orange Surprise : resepi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan. 


Resipi Biskut Raya 2015 | Semperit Nutty : dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.


Resepi Biskut Raya 2015 | Semperit Hazelnut & Chocolate : sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana.

Pada yang terbaca ataupun mengikuti... apakah yang anda perasan persamaannya di dalam setiap resipi yang telah Farah kongsikan tersebut??? Ha ha ha, nak tanya pula, jawapan dah ada punnn sebenarnya di tajuk entri... Jawapannya... Kesemua bahan asas atau bahan resipi yang telah dikongsikan terlebih dahulu adalah menggunakan Mentega SCS ataupun lebih dikenali sebagai SCS Salted Pure Creamery Butter

Kuih Semperit atau Biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisi yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik serta menjanjikan keenakkan yang tidak terperi gitchewss.

Mentega SCS kini membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam 4 variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah. 

Hidupkan suasana dapur anda sempena Hari Raya Aidilfitri dengan aroma lazat Semperit melalui resipi-resipi yang telah dipertingkatkan yang Farah pernah kongsikan. Ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu-ibu kita semua menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali rapi.

Keraian anda pastinya akan menjadi lebih meriah dan semestinya lebih enak pada tahun ini. Sanak saudara dan handai taulan pasti menikmati suasana mencuit emosi, penuh keseronokkan dan kasih sayang gitchewss. Sediakan mangkuk adunan dan senduk anda kerana Mentega SCS akan menghidupkan suasana dapur anda dengan kelainan yang menepati gaya Semperit yang sejati. 

Tanpa berlengah lagi, apa kata bila anda ada masa terluang, pakailah apron dan cubalah resipi terbaru ini!!!

Berbekalkan koleksi resipi kuih raya yang direka khas untuk musim perayaan, anda pasti membawa bersama sajian yang diilhamkan oleh Mentega SCS untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Sentuhan peribadi anda pasti disambut dengan senyuman mesra dan salam penuh kasih sayang pada Hari Raya Aidilfitri ini.

"Minat mendalam kami untuk menghasilkan sesuatu yang baru adalah pendorong kami," komen Michelle Lim, Ketua Pegawai Kreatif Auric Pacific Group Limited. "Kami menerapkan kemahiran dan kepakaran terbaik ke dalam setiap usaha agar Mentega SCS memenuhi keperluan anda untuk kualiti terunggul. Kami berjanji bahawa rasa enak pasti menemani anda walau ke mana jua."

Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas bolehlah melayari laman Facebook SCS atau saluran YouTube SCS. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih ataupun boleh rujuk entri-entri Farah yang dah lepas. Oh ya bulan Jun ini, SCS telah melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook SCS yer??? 

Farah kongsikan sedikit video-video dari saluran YouTube SCS untuk anda semua:





Bukan sekadar resipi Semperit ni sahaja tau...Ada macam-macam lagi resipi yang dikongsikan...Silalah cuba tonton... Macam-macam ada... 

Latar Belakang SCS
Sejak tahun 1905, Mentega SCS telah mengekalkan keunggulan jenamanya; mentega premium dengan logo bintang berwarna biru. Satu ramuan yang amat diperlukan di dapur, SCS telah berjaya untuk kekal sebagai jenama mentega terlaris di Malaysia dan Singapura, dan reputasi kualitinya menjangkaui semua rantau. SCS adalah salah satu daripada jenama di bawah syarikat Auric Pacific Group Limited (APGL) yang bertempat di Singapura. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan diperbadankan yang terlibat dalam pelbagai perniagaan merangkumi pengedaran produk pengguna yang pesat bergerak, pengeluaran makanan, peruncitan dan pengurusan restoran. 

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari:




Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mak oi, tengok kuih kuih raya bulan puasa ni. tergoda mak. hahaha

    ReplyDelete
  2. laparnya tgk semua cookies tu... uhhuhu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... sedapnyer !!! Cam nak buat sekarang aje pakai butter SCS nih..

    ReplyDelete
  4. Butter SCS ni memang terbaik! mmg pilihan saya untuk biskut raya tahun ni! hihi

    singgah blogwalking! salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. sedapppp tambah tambah kalau pakau SCS butter

    ReplyDelete
  6. adeh... simple je tengok video2 yg dishare... mentibe ada mood nak buat kuih raya tahun ni..eceh cehceh...

    ReplyDelete
  7. amboi2 dute mentega SCS ke..ehehehe
    k.el pakai buttercup je

    ReplyDelete
  8. haishh mengancam pulak tgk kuih raya!

    ReplyDelete
  9. aduhh...conmel2 pulak kuih nya..bagaikan terasa keranggupannya..

    ReplyDelete
  10. tergoda iman tengok biskut2 nih. rasa macam nak raya dah. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak buat je kuih raya tahun nie...

    ReplyDelete
  12. seddapp seedappp..biskut klasik yang jadi pilihan SB kalau jenjalan raya..

    ReplyDelete
  13. nasib nengok di saat ini
    mcm brst je guna mentega ni.
    sellu pakai buttercup j
    blh la try nti

    tp utk rania sy ada guna unsalted butter brand scs ni.masa tumis bwang. wangi j. bubur pon sedap :)

    ReplyDelete
  14. Sangatlah menarik.. Sy x berkesempatan lg nk membuat cookies airtgn sndiri.

    ReplyDelete
  15. sedapnye! menggoda sungguh biskut tu mintak di rasa
    thn ni x byk sgt buat biskut raya, nak buat kek je la nanti
    buat kek agak mudah..
    yumida selalu guna buttercup

    ReplyDelete
  16. selalu guna buttercup..tak pernah lagi cuba jenama lain

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi beli mentega jenama ni.. Biasa guna planta atau buttercup je..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !