Mengigau Sewaktu Tidur???

Farah Waheda Wahid
4

Hari Sabtu malam Ahad yang lepas, Ash tidur pada pukul 9.00 malam. Agak awal dari kebiasaan dan mungkin kerana terlalu letih... Sedari Sabtu siang, "mood" Ash tidak berapa nak elok sebenarnya... "Tantrum"... "Moody"...Semuanya serba tak kena, apa yang tidak kena tak taulah, sekejap-sekejap menangis, sekejap-sekejap cembeng... Ho ho, tak pernah-pernah dia meragam sampai begitu sekali.... Inilah kali pertama... macam Farah katakan, semuanya serba tidak kena dan sambil menangis sambil jari telunjuk digoyang-goyangkan dan mulut menyebut "no no no no no"... Sebab masih belum boleh bertutur dengan lancar kann??? Jadi Mommy dan Nek Ma berusaha sedaya upaya untuk memahami kehendak Ash... Satu daripadanya... ok Ash mahukan perhatian... Perhatian "as in" perhatian yang tidak berbelah bahagi untuk dia... Sebabbbb... dia akan senyap dan gembira kalau dapat duduk di pangku Mommy. Haaa...tu jelah...Sangat-sangat "clinging"... Jadinya satu apa pun Mommy tak boleh nak buat...Ha ha ha... Mommy pegang telefon sementara dia sedang leka menonton kartun pun dia tolak tangan Mommy yang pegang telefon tu dan sambil goyang-goyang jari telunjuk dan geleng-geleng kepala dia menyebut "no no no no no"... Ok...Mommy sila simpan telefon...jangan berangan-angan nak bersosial sangatlah di What's App, Facebook, Twitter, Instagram dan ber-blog segala bagai... "All shut down!!!"... Pandang Ash jer... Baiklah anak!!! Ha ha ha, itu belum besar lagi, kalau dah besar nanti entah arahan apalah yang keluar dari mulut dia... 

Seharian, perkataan yang sering dikeluarkan adalah "no no no no no"... Ada idram-nya yang tersendiri, ada lagunya yang tersendiri... Farah pun dah pandai ajuk dah... #ehhh siapa yang ajuk siapa ni sebenarnya... Ha ha ha...Rasanya Ash yang ajuk Mommy dulu sebab kalau Mommy tak beri Ash lakukan sesuatu atau berikan Ash sesuatu barang...Farah yang akan sebut... "Ash... no no no no no"...Anak-anak di usia ini kan cepat mengikut apa yang dilihat dan apa yang dikatakan? Macam tu jugalah Ash... 

Perkataan "no no no no no" itu rupa-rupanya terbawa-bawa sampai ke tidur... Beginiiii ceritanya...Ash dah tidur pada pukul 9 malam seperti yang Farah katakan tadi...kemudiannya secara tiba-tiba pada lebih kurang pukul 11 malam macam tu, dia tiba-tiba menggoyang-goyangkan tangan dan jari telunjuk sambil menyebut "no no no no no"... Ahhh sudah... apa yang "no no no no no" nya ni??? Tiba-tiba dia bangun melangkah ke sofa, panjat sofa...kelam kelibut Mommy dia bangun berlari dapatkan dia dan selepas panjat dia ambil "teddy bear", kembali semula ke tilam... Errr...sejak bila anak Mommy ni pandai bawa "teddy bear" tidur ni??? Adehhh...tak "macho" lah lelaki tidur bawa "teddy bear" Ash... Errr... perlakuan ini menandakan jiwanya adalah jiwa yang sensitif... Tapi bukan awww ok??? Ha ha ha... In Shaa Allah tak, sebab Ash kalau main kasar orangnya... Nauzubillahminzalik, minta-minta dijauhkan... Ok fikir positif... 

Farah bacakan 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, gosok-gosok seluruh badan Ash... Kemudian baca Ayatul Kursi dan peluk Ash...Selepas pada itu, Ash tidur seperti biasa... tapi berulang kembali mengigau "no no no no no" pada lebih kurang pukul 3.00 pagi... Kiranya malam itu sahaja, 2 kali Ash mengigau perkataan "no no no no no" itu... Farah ulangi sekali lagi apa yang Farah bacakan sebelumnya... Kemudian...kroh kroh kroh lah dia sampai pagiiii.... 

Menurut sumber di SINI... Mengigau merujuk kepada mimpi pelik-pelik yang lazimnya mimpi ngeri dan menakutkan. Adakalanya anak kita tiba-tiba bangun daripada tidur, kelihatan takut dan menangis. Duduk sahaja di tepi katil, mata anak memandang ke arah sesuatu dan selalunya akan menangis berterusan. Hmmm...bila dah jadi macam tu, biasanya kita ni sebagai ibu bapa, terutamanya ibu-ibu pun boleh meremang bulu roma weiii... Hu hu hu... 

Tanda-Tanda Mengigau

Bagi anak-anak yang sudah boleh bertutur, kadang-kadang bila ditanya, anak yang menghadapi masalah sedemikian boleh mengingati mimpi yang dialaminya dan boleh ditenteramkan dengan kehadiran ibu bapa. Tanda-tanda mengigau termasuklah:
  • Tiba-tiba bangun dari tidur dan adakalanya berjalan pergi ke dapur, bilik lain dan sebagainya.
  • Ataupun dia duduk sahaja di kalti, badan berpeluh dan yang kes kronik tu siap menggigil lagi... 
  • Menangis berterusan...habis satu rumah boleh terjaga dek tangisannya... Hu hu hu...
  • Adakalanya dia terbangun dan tidak pula menangis...namun diam membisu dan kelihatan takut.
Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak Sering Mengigau???

Dari artikel yang Farah rujuk ni... dari pengalaman beliau selalunya, buat tak tahu sahaja... Selalunya masalah ini akan pulih dengan sendirinya... Tak perlukan apa-apa rawatan atau ubat-ubatan... Akan tetapi sekiranya bila anak itu terjaga akibat mengigau, seelok-eloknya buatlah seperti yang penulis artikel ini kongsikan. 
  • Apabila sudah mendengar anak itu menangis dan anda sedar dia mengigau, cepat-cepatlah dapatkan dia. Jangan tinggalkan keseorangan.
  • Cuba bercakap dengan lemah-lembut dengan anak untuk menenangkan dia. Jangan disergah... 
  • Lebih elok lagi, sambil menenangkan anak itu, peluklah dia dengan penuh kasih sayang.
  • Pastikan anda menemai anak sehingga dia tidur semula. Selalunya dalam 5-10 minit dia akan tidur kembali. Paling lama pun 20 minit, berdasarkan pengalaman penulis.
  • Kalau anak sedang menempuh fasa mengigau ni, eloklah pasang lampu bilik biar terang atau pasang lampu tidur yang kecil di biliknya apabila hendak tidur. 

Kali ini dan pertama kalinya... sebab belum pernah-pernah dia begini... bukan sekadar "sleeptalking" lengkap dengan pakej "sleepwalking"... "No no no no no" punya penangan sampai terbawa-bawa tidur... Hu hu hu... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alhamdulillah Dania dulu x de tantrum...menangis lapar or mama kacau ada la...hehehe....dah biasa berdua kan...dan maybe dia tau dia survive ngan mama je

    ReplyDelete
  2. Mak okje suka ngigau Farah.....seram okje tau.....Diri sendiri ngigau ke ? Entahlah tak sedo hihi

    ReplyDelete
  3. Huish..Ape la yg Ash stress-kn sgt siang hari smp terbwk2 dlm mimipi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !