Melatih Anak-Anak Kecil Bertudung...

Farah Waheda Wahid
16
Sumber dari Google
Bila tengok mereka-mereka yang mempunyai anak-anak gadis kecil yang dilatih memakai tudung sedari kecil... Komen Farah??? Suka tengok!!! Sebab comellll...He he he... Sekarang ni dah ramai dah ibu bapa yang melatih anak-anak gadis kecil mereka bertudung sedari kecil..Dan agak tidak sukar kot jika lebih-lebih lagi mereka melihat ibu mereka sendiri yang berhijab dengan pelbagai fesyen pada zaman sekarang ini. Pada pandangan dan pendapat Farah, ini adalah latihan dari kecil untuk melatih anak-anak supaya biasa bertudung. Salah satu cara pendidikan ibu bapa kepada anak-anak gadis kecil mereka yang comel-comel tu... Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya..."

Tetapi anak-anak kecil ni biasanya akan rimas dengan pemakaian tudung. Rata-rata mereka suka berada di dalam keadaan "free hair" kerana itulah baginya lebih selesa berbanding menutup kepala. Semuanya sebenarnya bergantung kepada pendapat serta pendirian ibu bapa mereka jugalah. Terpulang pada ibu bapa masing-masing dan Farah pun tak adalah mengatakan bahawasanya sesiapa yang membiarkan anak-anak gadis kecil mereka itu "free hair" sewaktu kecil adalah ibu bapa yang tidak baik. Tiada pula niat di hati nak berkata begitu sebabnya Farah sendiri pun seorang yang "free hair" sewaktu kecil-kecil dahulu. Pakai "dress", "mini skirt", "shorts", "sleeveless"... Farah pun bukanlah sesempurna mana punnn.... Bukan berbangga diri kerana berpakaian sebegitu tetapi ini adalah kenyataan...Buat apa nak bohong kannn???

Sebagai ibu bapa kalau kita mahu melatih anak-anak sememangnya melatih apa pun akan mengambil masa... Tapiiii walaupun mengambil masa ianya berbaloi kannn??? Bila anak sendiri telah menunjukkan perkembangan yang positif. Bagaimana nak melatih anak-anak kecil bertudung??? Sukalah kiranya Farah nak berkongsi sedikit tips atau panduan yang Farah baca di artikel di SINI

#1: Pendekatan Secara Berhikmah
Sebagai seorang ibu yang mahukan anaknya bertudung, ibu perlulah bermula dari dirinya sendiri. Kita perlu tunjukkan contoh kepada anak-anak ketika mereka masih di usia kecil lagi. Rajinkan diri memakai tudung di hadapan anak-anak. Sama jugalah seperti bersolat berdekatan dengan mereka. Hal ini supaya mereka terdedah dengan suasana bertudung. 

#2: Meminta Tetapi Tidak Memaksa
Ibu ataupun bapa boleh membuat permulaan membeli tudung untuk anak-anak gadis kecil. Setiap kali ingin keluar ke rumah ataupun mahu berziarah ke rumah kawan, sarungkan tudung di kepala anak kecil. Pada permulaan mereka akan membiarkan, tetapi apabila berada di dalam keadaan suhu yang panas, anak kecil akan meronta supaya membukanya. Apabila terjadi situasi ini, bukalah tudung si anak. Tidak mengapa. Tetapi amalkan setiap kali ingin keluar, sarungkan kepala walaupun ia bertahan hanya 5-10 minit. Itu sudah memadai bagi permulaan. Nanti secara tidak langsung, ia akan boleh menyesuaikan diri. 

#3: Teknik Memuji
Kita juga boleh melatih anak-anak gadis kecil memakai tudung ketika berada di rumah. Apabila mereka memakai tudung, berikan mereka barang-barang permainan atau berikan makanan yang membuatkan ia sedikit khayal. Teknik ini akan menyebabkan mereka memakai tudung tanpa sedar. Selain itu, berikan pujian manja kepada si kecil seperti panggilan sayang atau comel. Hal ini kerana ia akan membangkitkan rasa mesra sebab anak-anak kecil memerlukan perhatian. Jika tidak diberikan perhatian, mereka akan menangis.

Makanya, jika ada di kalangan ibu bapa di luar sana yang berhajat untuk melatih anak-anak gadis kecil masing-masing untuk bertudung, mungkin boleh mempraktikkan tips serta panduan yang dikongsikan oleh artikel ini... Bagi ibu bapa yang berminatt.... 

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. ye x.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Betul kak, sebaik baik didikan adalah didikan dari rumah. Dulu kita pakai tudung umur 10 tahun sebab malu keluar orang nampak rambut pendek macam lelaki! hehehe

    ReplyDelete
  3. rasanya skrg byk girls suka sendiri pakai...lagi-lagi dapat tudung yg mudah kan...

    ReplyDelete
  4. memang comel..cuma sebagai ibu, haruslah tahu dan sedar akan kesesuaian tudung dan baju yg dikenakan pada mereka

    ReplyDelete
  5. anak saudara dayah start pakai tudung umur 3 tahun..hehe comey jer =)

    ReplyDelete
  6. Betul..sementara rebung..sementara belum luas pergaulan..guru pertama yang mentarbiah anak anak adalah ibu bapa..

    ReplyDelete
  7. Comel jer tgk anak2 kcil pakai tudung...sy dulu pon pakai tudung dgn sndiri....hehehe

    ReplyDelete
  8. my anak buah masa tadika , pergi pakai , ablik dah togel . Bebudak ni mudah je , selalu suruh tapi jangan paksa ...

    ReplyDelete
  9. CN suka tengok budak kecik pakai tudung , memang comel !

    p/s: Jemput join segmen bloglist CN ye : http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/Segmen-Bloglist-Julai-Ogos-2015.html

    ReplyDelete
  10. memang kena latih dari awal..
    anak akak dari umur 6 tahun dah ajar bertudung.. bila umur 10 tahun dia dah bertudung sepenuhnya

    ReplyDelete
  11. melentur buluh biarlah dari rebungnya ( i tak tahu betul ke tak ayat nya..hee )
    nice sharing sis..

    ReplyDelete
  12. Mamabiha kena praktik kat baby Nabihah lepas die dah wajib pakai tudung ni... taknak jugak anak pakai tudung sebab terpaksa, sepatutnya dia kena tahu itu semua adalah perintah Allah.

    ReplyDelete
  13. Mmg tiada paksaan pun.. Tapi lain ank lain ragam... Si kakak suka..si adik tak suka apa2 letak dikepalanya..

    ReplyDelete
  14. Anak2 dara aida da lama x pakai skirt pendek. And da more than 6 months diorang bertudung ke mana2. Tiada paksaan dr aida and asben.
    even ke skola pun aida x wajibkan bertudung but diorang yg nak. What can i say is kan ~ pengaruh rakan sebaya & tv.
    a very good pengaruh la :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !