Masih Pegang Perut Ketika Bersin & Batuk...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Ini adalah sekadar borak-borak kosong sebab Farah rasa nak menggomel pula malam ini... #ehhh pagi ini... Sebab mata belum rasa nak terlelap... walaupun sedari pagi tadi badan rasa kurang sedap... Tekak rasa semacam, selera makan berkurangan...Kalau dalam tekak tu rasa macam panas jerrrr... ok panas dalam namanya tu, makanya silalah minum air cap badak kan??? He he he... Dan bila balik dari pejabat tadi, dah mula meleleh dah pula air hidung ni... Huishhh, lama juga sebenarnya tidak diserang penyakit. Alhamdulillah... dan bila tiba kurang sihat ni pun Alhamdulillah. 

Haaaa... ni nak tanya sedikitlah pada anda... ada sesiapa yang bersalin secara pembedahan ataupun "caesarean" di kalangan pembaca-pembaca Bubblynotes.Com? Jika ada... yeayyyy... "hi-5"... #ehhh mestilah ada yer tak? Kalau tak ada mustahillah... apalah punya soalan Farah ni pun kann? Sebab Farah tahu sememangnya ada di kalangan kawan-kawan Farah yang singgah di Bubblynotes.Com bersalin secara pembedahan. 

Yang nak dijadikan cerita sepertimana tajuk entri adalah... Farah ni...walaupun Ash sudahpun berusia 1 tahun 6 bulan, kalau batuk ataupun bersin masih lagi pegang bahagian perut yang dibedah untuk keluarkan Iman Ash itu. Kenapa? Sebab adalah hari tu sekali, terbersin dengan kuat... tapi tak pegang perut di kawasan pembedahan tu. Mak aiiii terasa kot bahagian dalam perut tu seakan tertarik atau tegang. Errr... terus panik sekejap... Ha ha ha... duduk diam-diam selamat beberapa minit, bila rasa tu hilang baru bergerak seperti biasa. Haaaa tau takut... wakakakakaa... bukan sengaja tak pegang perut kawasan pembedahan tu. Nak bersin sangat sampai terlupa. 

Sebenarnyakannn...tabiat ni bermula selepas melalui pembedahan melahirkan Ash... hu hu hu, masa selepas keluar dari bilik pembedahan tu... batuk-batuk kecil sikit... sebenarnga tahan batuk... tak berani nak batuk lepas sebab perut baru jer lepas kena potong... Karang terburai pula isi perut "I is"... Perghhh punyalah seksa rasanya menahan batuk... Muahahaha... Bermula sejak dari detik itu... memang secara automatik setiap kali batuk atau selsema Farah akan sama ada membongkokkan sedikit badan untuk memadtikan perut ditekan ataupun pegang perut dengan tangan di kawasan pembedahan tu. Sampailah sekarang ni... perghhh baru rasa "confident" nak batun lepas atau bersin tau tak??? Sesekali, kalau kuat sangat bersin atau batuk tu, masih terasa juga rasa tertarik atau tegang itu. 

Farah tak pastilah sama ada betul ataupun tidak sangkaan Farah ni, tapi cara penutupan luka bahagian pembedahan Farah, adalah... luka bahagian lapisan dalam tu dijahit dan dimatikan dengan "a knot" pada bahagian hujun sebelah kiri perut. Dan kulit luar tu pula, yang ini Farah ingat jelas, ianya hanya di-spray... Ha ha ha, cuba bayangkan... Adakah anda seriau tak seriau membayangkan??? Bukan berbangga diri sebab melahirkan secara pembedahan. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman diri sendiri dan apa yang Farah lalui. Memanglah nampak mudah bersalin secara pembedahn, tidak seperti bersalin secara normal yang memerlukan tenaga yang cukup untuk meneran sekuat-kuatnya supaya bayi boleh keluar. Tapi ianya tidak semudah yang disangka ok? Heee... Kedua-duanya kaedah bersalin atau melahirkan ada kesusahan atau kesukarannya yang tersendiri... 

Berbalik kepada kes memegang perut ketika bersin ataupun batuk tu... Farah tak pasti jika hanya Farah seorang yang merasainya ataupun ada di kalangan ibu-ibu lain pun sama. Tapi itulah yang Farah hadapi. Mungkin peringkat permulaan ni jer kot, mana tahu akan datang selepas luka dalaman baik sepenuhnya dah tak rasa lagi??? Ngeh ngeh ngeh... 

*Kalau salah duduk pun kadang-kadang bahagian pembedahan yang di penghujung di mana benang diikat tu boleh rasa macam ngilu juga... hu hu hu... al-maklumlah, kadang-kadang tu teknik duduk tu macam tak sedor diri macam perut tak pernah kena potong...bha ha ha....

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alamak..takde pengalaman nak berikan komen ni.takpe, biar yang berpengalaman berikan komen :)

    ReplyDelete
  2. heee saya tak pegang perut rasa nya haha.. dua dua tangan cuba nak cover bersin..by the way, waaaa dah lama xsinggah sini..dah tukar design..nice and clean.mudah baca :D

    ReplyDelete
  3. ceaser @ normal.. masih terasa nyilunye.. hehe...

    ReplyDelete
  4. czer gak tp x penah pgg perut time bersin/batuk.tp klau time sembelit mmg akan rasa sakit/tegang belah kiri jahitan czer tu...huhuhu...

    ReplyDelete
  5. sy pn terasa mcm tu..mmg normal kot kn?rs mcm ada bnda bergerak lps bersin..huhu

    ReplyDelete
  6. Sy dah 3 thun czer.. Asal bersin kuat mmg sakit tmpt hujung czer.. X le bersin kalo tgh baring.. Lagi kuat tarik otot czer... Batuk x sakit sgt..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !