Kecintaan Dia Kepada Kucing Yang Tidak Berbelah Bagi... Bahagian 3

Farah Waheda Wahid
9
Cerita Ash dan kucing lagi!!! Cerita kucing dan Ash lagi!!! Amboiii, dah macam bersiri-siri sangat dah cerita kucing ni di dalam Bubblynotes.Com, walhal puan empunya blog punyalah penakut dengan kucing... Bukan tak suka yer? Tapi takut... Tak suka dengan takut itu adalah dua terma yang berbeza...Muahahahaha... Untuk bahagian pertama dan kedua, bagi sesiapa yang mungkin terlepas dan mungkin berminat untuk membaca siri Ash dan kucing ini, bolehlah merujuk kepada entri yang disenaraikan di bawah ini... Hik hik hik....


Di dalam kedua-dua bahagian cerita yang terawal, Farah ada kongsikan juga video yang sempat Farah rakamkan ke atas aksi Ash bila berhadapan dengan kucing. Bagaimana secara tiba-tiba dia kelihatan sangat gembira, dia menjadi sangat "hyper"... Ibarat segala kegembiraan pada waktu dan ketika itu dia yang punya... Suka pun ada tengok dia gembira sebegitu...Alaaa, biasalah mak-mak kannn??? Mak mana yang tak seronok dan lega melihat kegembiraan anak??? Bila anak menangis, meragam susah hati, bila anak gembira, tentulah hati kita juga turut gembira... 

Di bahagian ke-3 ini, masih kisah kucing tetapi kali ini melibatkan anak kucing yang bernama "Black"... Anak kucing ni pakai stokin...Ha ha ha, tubuh badan bulunya hitam, kaki macam pakai stokin pula, sebab bulunya berwarna putih di bahagian itu. 


Cumanya harap maaf-lah yer, kualiti gambar yang dirakamkan kali ini kurang memuaskan...Hew hew hew... Agak-agak boleh agak tak kenapa??? Iyaaa, jawapan yang satunya dah pasti Mommy dia takut kucing kannn??? Tapi inilah sebab-sebabnya gambar ini di-"publish" di Bubblynotes.Com dengan kualiti goyangan...Ha ha ha... Klasikkk sangatttt...selalunya blogger akan berkongsi gambar-gambar yang kualitinya jelas, tapiii...kali ini, gambar goyang pun jadiiii "I is" guna pakai di dalam entri... Ngeee... Nak berkongsi cerita punya pasal...Jalanlahhh...apa pun bolehhh... He he he...Asal nampak gambaran pun jadilah kannn??? Tak adalah bosan sangat membaca bila sekurang-kurangnya ada sekeping gambar...Kan Farah ni suka sediakan entri panjang-panjang lebar... Baca panjang-panjang sangat tetapi entri tak ada seri pun boleh mengantuk oiiii...Ihiksss... Ini pendapat peribadi Farah lerrr.. Tak cakap siapa-siapa punnn.... 

Owhhh, terpanjang pula membebel dan melalut...hew hew hew...sebab musababnya adalah... 
  • dah tentu-tentu Mommy dia takut kucing, tapiii disebabkan anak kucing tak adalah takut sangatttt...
  • yang kedua, sebab dalam masa yang sama Farah sedang memantau Ash yang mendukung dan bermain dengan si "Black" tu... risau kot-kot dibalingnya anak kucing tu... naya jerrr... Dahlah kucing orang tu oiiii....
  • di kawasan sekeliling tu ada tangga yang tak berpagar ada kawasan-kawasan yang agak berbahaya, jadi perlu mengejar dan memantau dia supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini... 
Sebenarnya, anak kucing ini adalah kepunyaan kawan Farah. Semalam kannn "I is" cutiii... Ada kesempatan, melawatlah kawan yang sudah sekian lama tidak berjumpa... Kebetulan pula ada anak kucing si "Black" ni di ruang tamu rumah dia...Memang sakanlah dia bertawaf dan mendukung anak kucing tu satu rumah kawan Farah ni...Ahakss... Mak yang nak berborak boleh jadi tak berborak dah sudahnya... Phewww.... Yang dengar suara gelak ketawa dia ajer... Hu hu hu... Sebab rumah orang kannn??? Kenalah kawal anak sendiri... Tak naklah orang kata nanti, "I is" tak pandai jaga anak pula... Hu hu hu... Kena pantau dan kawal supaya dia "behave"... bila berada di rumah orang lain dan juga rumah sendiri... 

Naik lunyai anak kucing tu dikerjakannya... Alahaiiii...Nasib dia tak baling anak kucing tu... Nampak kucing macam dapat permainan baru!!! Adoiiiii.... Dia dukung, sambil lari sambil dukung...risauuuu jer rasa dalam hati kalau-kalau anak kucing tu terjatuh... Yang anak kucing tu pula, sama naik pula dengan Ash... Ingatkan kot seriau ke takut ke dengan Ash sebab keganasan Ash itu...Tapi lagi dia menggesel-gesel pada Ash dan datang dekat pada Ash...Sudahnya jadi kawan baik pula dia berdua... Ok, Ash kawan baik dengan mana-mana kucing punnn.... Tak diberi karang, ada aksi dramatik pula...Walhal Abah Ash dah pesan, jangan beri Ash main kucing sangattt.... Huwaaaa, macam mana Mommy nak buat ni??? Dah kucing tu depan mata, dan tak sempat nak elakkan dari Ash nampak... Bha ha ha...Maaf yer Abah untuk kali ini... Psssttt...dengan Mommy sekali sekala memang dapat kelonggaran.... 

Sudahnya bukan jadi sesi berborak dengan kawan Farah tu, jadi sesi perhatikan Ash dan bergelak ketawa sama Ash...Hilang semua borak dah...Semua dok fokus pada dia jer dah... Kawan tu "offer" nak beri anak kucing tu pada Ash memandangkan  mereka dah mesra sangat dan berkawan baik sangattt.... Dan kata kawan tu, kucing tu kalau membuang dia pandai, tak buang rata-rata, buang dalam "toilet" dia dan kucing tu kalau beri nasi tak mahu, nak makan "Whiskas" sahaja...Heee...bukan tak sudi, tapi "thanks"... Nak jaga Ash pun, Mommy dah pengsan-pengsan dengan keaktifan dia sekarang, inikan lagi nak jaga anak kucing tu...Muahahaha...Takut tak terjaga jer...Daripada kucing tu terbiar biarlah kawan tu yang teruskan jaga... 

*Kalau boleh tak nak bagi Ash nampak kucing tau tak? Ha ha ha, sebab bila nak ceraikan mereka bila dah mesra bermain... Memang amat-amat susah... Ash tu boleh menangis tersedu-sedu kalau tiba masa pisahkan dia dengan kucing.... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wow dr kecil dah suka kucing kan

    ReplyDelete
  2. Hihi... Farah macam kakak takut kucing walau anak-anak kakak semua suka kucing tau. Entahlah kakak dah cuba nak dekat tapi meremang aje bulu roma ni terasa. Lainlah macam Ash tu nampak macam dia nak kitai aje anak kucing tu. Nasib baik kucing manja ok lagi kena buat apa pun tak mencekau:) Dia geram tu Farah tengok dari cara Ash pegang pun nampak.

    ReplyDelete
  3. hahaha...suka dia dgn kucing.nampaknya lepas ni mommy kena belajar untuk suka kucing ugak la.

    ReplyDelete
  4. Ash suka kucing ye..takpe, dah besar nanti boleh jaga kan :)

    ReplyDelete
  5. Minatnyaa Ash pada kucing. Heheh :D

    ReplyDelete
  6. budak2 or anak2 kecil mmg sukakan kucing
    semua anak2 el sukakan kucing termasuklah yg kecik tu
    aah mmg betul takut gak si kecik tu bukan dia main2 or tgk2..kdg2 dia tarik tinge kucing..cubit lah hahaha..

    ReplyDelete
  7. very good ash :)
    aida lebih geli anak kucing.
    meremang bulu roma!
    kucing besar ok skit :)

    ReplyDelete
  8. nasib baiklah tak dipicit-picitnya..
    hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !