Kecintaan Dia Kepada Kucing Yang Tidak Berbelah Bagi...Bahagian 2

Farah Waheda Wahid
19
Ini gambar ulang tayang dari Kecintaan Dia Kepada Kucing Yang Tidak Berbelah Bagi Bahagian 1
Iman Ash... kalau dapat kucinggggg... lain macam mengeletis dia ok??? Dia punya gelak sakannn sangattt.... Lupa dia pada barang-barang permainan dia, lupa dia pada televisyen yang menyiarkan kartun kegemaran dia... Hu hu hu, semua benda dia boleh tak ingat dan tinggalkan macam tu saja... Mulut dia... "Mieee, mau mau... Miee, mau mau..."... Sibuk dia nak tunjukkan pada Mommy dia yang di situ ada kucing... Tak tau yang Mommy dia ni sememangnya sangat sangat penakut kucing...Bukan tak suka kucing tapi takuttt.... Sedari kecil sampailah sekarang... Tak suka dengan takut itu adalah 2 perkataan yang berbeza yer... 

Pernah berkongsi tentang Ash yang suka sangat pada kucing di dalam entri sebelum ini iaitu Kecintaan Dia Kepada Kucing Yang Tidak Berbelah Bagi Bahagian 1, dan ini pula adalah Bahagian 2 di mana Farah sempat merakamkan aksi Ash bersama kucing kepunyaan jiran kami pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas... 




Sebenarnya kucing ini adalah kucing jiran Farah yang sememangnya rajin membela kucing...Kucing-kucing mereka pasangan suami isteri ni memang comel-comel dan bersih-bersih...Makan "special" ok, lepas tu siap ada rumah sendiri semua bagaiii...Alaaa...macam anda juga yang jadi pencinta kucing di luar sana. Mereka ni lebih kurang baya-baya Farah juga...Kebetulan sewaktu kucing ni datang bertandang, tuannya keluar. Tapi tak taulah ke manalah kannn??? Pergi makan kot??? Kucing ni datang mengiau di hadapan "sliding door" rumah... Iman Ash dari berbaring hisap air suam dari botol susu boleh duduk tegak dan terus berlari nak mendapatkan kucing tu dari "sliding door"... Ok "sliding door" tutup... Dia datang ke arah Mommy, tarik tangan Mommy sambil meminta-minta Mommy buka "sliding door" itu... Hu hu hu... Memang taklah kannn??? Muahahaha...sebab Mommy takut kucing... Beria Mommy dia kata pada dia... "Alaa... no need lah Ash..."... Bila Mommy beri jawapan macam tu... Dia beralih kepada Nek Ma... Nek Ma biasalah, layankannn... Makanya pintu "sliding door" pun terbuka dan kucing tadi mengiau-giau pandang Ash dan melangkah masuk ke dalam rumah... 

Bila dah melangkah masuk tu... apa lagi, kawan ni pun teruja semacamlah kannn??? Ha ha ha...Itu boleh dilihat dari video yang di atas tu bagaimana dia dan kucing itu sangat-sangat berkawan baik. Dalam hati, tak apalah beri dia peluang bergembira sesekali... Ha ha ha... Kemudiannya bila dah agak lama dia bermain dengan kucing tersebut, Farah suruh Atuk Ash hantar ke rumah tuannya kembali. Takut kalau tuannya mencari. Sebab lama sangat hilangnya... Atuk Ash pun hantarlah ke rumah tuannya. Tapi tuannya masih belum balik lagi. Yang dekat rumah pula, biasalah melalak lalak menangis dan tak puas hati. Dia masih nak bermain dengan kucing tu lagi. Jam dah menunjukkan pukul 11 malam dah, biasanya pukul 9.30 atau selewat-lewatnya 10.30 malam Ash dah tidur dah...Ini kucing punya pasal, betul-betul jadi "extended hours" jadinya... Ok sesekali... Berikan Ash botol susu, minum susu, tepuk-tepuk... Kucing tu datang kembali rupanya... Mengiau-ngiau kembali memanggil Ash... Dari mata yang sudah kuyu dan hampir terlelap boleh duduk tegak dan kembali segar... Tepuk-tepuk Mommy, ... "Mieee...mau mau..."... Bermakna dia kasihan pada kucing tersebut dan duduk di luar rumah dan suruh Farah buka pintu untuk beri kucing itu masuk... Huwaaaaaa.... Selagi tak diikutkan selagi itu dia akan meminta... 

Bangunlah kembali semua isi rumah, bukan sekadar Mommy, Nek Ma dan Atuk pun sama... Ha ha ha... Beri dia masa bermain dengan kucing tu lagi... Selepas itu, minta Atuk Ash hantarkan kembali...Takkan nak tidur dengan kucing pula Ash??? Ha ha ha hadoiiii.... Jangan dibuat...Kalau Ash tidur dengan kucing, nampak gayanya Mommy tidur tempat lain ler... Lepas hantar, lagi sekali kucing tu datang...Kali ni tak dilayan permintaan Ash... Farah kata pada Ash... "Ash, sleep... tomorrow we play with Mau again ok?"... Yang Nek Ma pula pergi bercakap dengan kucing... "Ash nak tidurlah...esok datang lagi yer, main dengan Ash..."... Hu hu hu...Tepuk punya tepuk akhirnya terlena juga Ash... Phewww... 

Memang sungguh-sungguh dia sayang kucing ni... Suka pada kucing dan suka pada haiwan...Habislah habislah...Mommy dahlah penakut yang amat dengan kucing... Nanti esok-esok kalau dah besar, tak silap silap mau dia minta hadiah kucing dari Mommy ni...Memang Farah ada terfikir dan tertinjau-tinjau informasi tentang Anak Kucing Parsi tak lama dulu... Adalah juga terfikir nak hadiahkan Ash... Ha ha ha... Tapi belum cukup bersedia lagi kot nak membela kucing sendiri di rumah...sedangkan diri ini penakut kucing... Cadangan dan bercadang tu memang ada... Jangan esok-esok dah besar dah sekolah balik dari sekolah nampak "stray cats" dia sibuk nak kutip bawa balik ke rumah... Dush dush pengsannnn.... 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalammualaikum... farah,

    kucing tu tak gigit ker farah....

    mselim3

    pls: kucing bintang kesayangan nabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ha tulah farah pun risau kalau-kalau kucing tu dok gigit...

      Delete
  2. Bagus ash, berani anak mummy kan,tak macam mummy tu, penakut, hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii kak gelakkan mommy dia ek??? wakakakaka....

      Delete
  3. comel ash.thaqif jauh2 suka la tgk kucing.kucing dekat dia menjerit-jerit la.takut.sebab kucing penah tergigit dia.

    ReplyDelete
  4. Hamboi.. comelnye kucing.. Saya agak allergic pada kucing.. Saya x boleh kalau mereka menggesel2, geli.. Tapi anak2 saya pun suka kucing.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. Ash sayang kucing ye..alhamdulillah..jiwa ash sangat penuh dengan kasih sayang..betul..takut geli tak sama dengan tak suka langsung..PC faham..hihihi..

    ReplyDelete
  6. PG cat lover! tak tahu kenapa. nampak kucing mana-mana je, rasa macam nak kidnap :D
    dear farah, PG tag segmen ni ya :)

    http://mrsyatie.blogspot.com/2015/06/1st-giveaway-by-murni-alysa.html

    ReplyDelete
  7. arghh stress sy tgk kucen sebab bila tingat kat arfan.dia pon suka kejar kucen...kalo kucen dtg dkt dia, dia takut n lari, tp kalo kucen tu lari, makin dikejarnye.kucen tu masuk celah mn pn dia ikut je, siap jerit2 dpn muka kucen tu kuat2...adeh la..kalo kat kedai mkn, jgn harap dia nk dgr kata..dia kejar ikut suka hati dia je.sb u skrg ni sy n husband dh mls nk mkn kat kedai

    ReplyDelete
  8. Waaaa...sayang betul dia ngn kucing tuhh....heheheeh...nsb baik xtido skali ngn kucing...

    ReplyDelete
  9. mcm mana tu kak farah.. hehe.. anak suka kucing, mommy dia pulak takut. hehe

    ni kalau ash jumpa bulus sy dua ekor tu maunya tak balik rumah dah. hehehe

    ReplyDelete
  10. cn pun tak berapa berani main dengan kucing, takut dia cakar, tp irfan relax jer angkat anak kucing tu buat mainan..alahai anak

    ReplyDelete
  11. Bgus ash...bela lah..lapang rezeki tau syg kucing..

    ReplyDelete
  12. Aida penakut @ geli kucing!
    but anak2 aida dedahkan kpd kucing.
    jgn jd mcm ibu :-) ha ha

    ReplyDelete
  13. haha comellnyaa suka dkat kucingg..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !