Kartun LAT... Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas...

Farah Waheda Wahid
3

Mengapa Farah katakan sebegitu di tajuk entri Farah pada kali ini? Kartun LAT... tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas... Tengok jer lah Ash... Lagut tak lagut dia berada di kedudukan "first class"... depan sangattt tuuu... Hanya semata-mata kerana terlalu fokus dengan kartun LAT... Ini bermakna kartun LAT masih diterima sehingga waktu kini, bukan hanya sewaktu zaman-zaman Farah atau anda kecil sahaja tetapi masih relevan sehingga kini... Buktinya Ash lerrr... Sampai begitu sekali rupa gayanya menonton kartun LAT di saluran CERIA... Hu hu hu... Dengan tasbih yang bersangkut di leher yang dah jenuh dikeluarkan tapi masih juga buat perkara yang sama, dengan kaki sebelah ke atas, tanda-tanda bakal melakukan aksi "stunt"... Aduhaiiii Ash...

Menurut Nek Ma Ash, yer lah Nek Ma lah kann??? Tak kan Mommy pula??? Sebab Mommy bekerja cari rezeki... Setiap pagi memang Ash akan menonton kartun Kampung Boy oleh LAT ini yang ke udara di saluran CERIA. Huh??? Minat rupanya dia??? Jangankan kata Ash, sebenarnya Mommy dia pun peminat kartun LAT... Dan satu-satunya buku komik LAT yang Farah ada di dalam simpanan sehingga kini adalah MAT SOM!!!

Sumber dari Google
Buku komik MAT SOM ni, Atuk Ash yang belikan untuk Farah sewaktu Farah sekolah rendah dahulu sewaktu kami sekeluarga jalan-jalan di Central Market. Owhhh, kenangannn... Satu jer buku komik LAT yang Farah ada. Selebihnya, pinjam kawan-kawan dan pinjam di perpustakaan. Heee... Walaupun satu kutetap peminat kartun LAT. Sebab tu sewaktu menonton kartun LAT di kaca televisyen hari Sabtu malam Ahad yang lepas, bukan sekadar Ash jer yang fokus. Dengan Mommy Mommy dia ni ha sekali yang turut fokus. Muahahaha... Senyap sekejap rumah dari keriuhan. Kalau tak memang riuh dengan suara Ash, suara Nek Ma, suara Atuk Ash dan suara Farah.

Memang sangat tepat dan bersesuaian Datuk Dr. Mohd Nor Khalid ataupun lebih dikenali sebagai Datuk LAT diangkat sebagai kartunis tersohor dan diberikan anugerah Kartunis Sepanjang Zaman. Untuk artikel selanjutnya boleh rujuk kepada artikel di SINI

Sedikit cerita biografi mengenai LAT...

Sumber dari Google

Menurut sumber di SINI...

Datuk LAT atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Noor Khalid telah dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Baru, Perak. Perjalanan hidup Datuk Lat sebagai seorang Kartunis Melayu Boleh memang amat membanggakan. Masakan tidak??? Kerana hasil karyanya juga telah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini telah membuktikan yang Melayu juga boleh berjaya di dalam bidang seni lukis di persada antarabangsa.

Di samping melukis, Datuk LAT juga telah diberikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai penghargaan kejayaan beliau dalam menghasilkan kartun yang mempunyai nilai komedi intelek.

Untuk cerita mengenai Datuk LAT lagi... boleh juga merujuk kepada sumber di SINI... Memang panjang kisahnya dan memandangkan Farah memang jenis yang suka membaca biografi, apa yang Farah boleh katakan tak bosan membaca sejarah, latar belakang serta perjalanan kartunis tersohor ini. Secara peribadi, apa yang Farah boleh katakan... beliau sememangnya seorang kartunis sepanjang zaman yang mana kartunnya "berisi" dan membawa "scenes of Malaysian's Life" hidup di dalam kartun. Tidak jemu, tidak bosan dan sentiasa segar. Bila baca komik LAT kita akan "tend" jadi melekat, bila menonton kartun LAT, kita akan "tend" untuk melekat juga... Kalau tidak masa-kan Ash boleh minat??? Pasti ada yang mampu menarik perhatian Ash kan??? Walaupun usia Ash baru sahaja 1 tahun 6 bulan, tetapi kartun LAT juga telah berjaya menarik perhatian dan minat Ash, setanding kartun-kartun lain seperti Mickey Mouse Clubhouse, Special Agent OSO, Timmy Time dan lain-lain untuk kanak-kanak seusia Ash.

Sebelum habis membebel untuk entri ini...Agagaga... meh meh meh, Farah belanja satu video pendek dari YouTube iaitu kartun Kampung Boy oleh LAT...


Bila generasi Gen Y dan Gen X menerima dan menunjukkan ianya masih relevan... bagi Farah sememangnya karya Datuk LAT adalah karya sepanjang zaman...

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bkn main lagi kaki ash tgk tv.hehehe

    ReplyDelete
  2. Hamboi.. dekat bebenor tu Asha.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Aida galakkan anak2 tgk kartun budak kg ni. Cute. Natural. Lawak :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !