Kadar Tambang Bas Ekspres Meningkat 10% Musim Perayaan...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Zaman GST ni, apa yang tak naik? Semuanya naik... Ok ok jangan salah faham dengan GST...tetapi dengan kedudukan mata wang Malaysia yang terkini, dengan keadaan ekonomi Malaysia yang terkini... semua barangan naik sebenarnya... Keluarkan dari akaun bank dari mesin ATM RM 100.00 sebenarnya dah macam pegang wang kertas bernilai RM 50.00 jer... Dalam sekelip mata jer dah boleh habis duit tu...Bukannya tidak berbelanja secara berhemah, kadang-kadang tu dah terlebih berhemah yer tak? RM 10.00 dah ibarat RM 1.00, RM 50.00 dah ibarat RM 10.00... Huishhh, takkan sampai macam tu sekali kata sesetengah pihak...Bagi mereka-mereka yang duit berkepuk-kepuk tu mungkin tak terasa lerrr yer tak? Bagi golongan-golongan sederhana seperti "I is"... "of course" terasa "uolss"... Cuma tak adalah mengomel hari-hari dan tak adalah merungut... Berkata-kata sekali sekala dalam hati jer... Tak baik merungut rezeki Allah dan tak baik berkeluh kesah...Bersyukurlah... #syukurselalu... In Shaa Allah, rezeki Allah SWT itu luas dan rezeki itu ada dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara... 

Nih nak cerita ni...Mungkin ada yang sudah menonton berita mengenai perkara ini, mungkin juga ada yang sudah membaca mengenai perkara ini dan mungkin juga ada yang dengar-dengar jer tapi tak tumpukan perhatian sebab tak berkaitan dengan diri sendiri...Dan mungkin ada yang tidak terperasan langsung... Hu hu hu... Nak dijadikan, dikatakan kadar tambang bas ekspres bakal meningkat 10% di musim perayaan tak lama lagi... Menurut sumber di SINI... kadar tambang bas ekspres musim perayaan dijangka akan diketahui seminggu sebelum Aidilfitri. Pengerusi KTB, Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, surjac 10 peratus dijangkan akan dikenakan bagi beberapa laluan. Rakaman video juga boleh ditonton pada pautan yang sama.

Melalui berita 19 jam yang lalu pula di SINI... dikatakan, bagi musim perayaan bas ekspres dibenarkan untuk mengenakan caj tambahan kepada pengguna pada kadar 10 peratus.

Kalaulah Farah ni pengusaha bas ekspres, dari kaca mata seorang pengusaha bas ekspres yang menjalankan perniagaan yang turut juga mengalami kesan kenaikan harga barangan serta servis di sana sini sinun... sudah tentu-tentulah Farah akan mengambil peluang ini untuk menaikkan tambang yer tak??? Sekurang-kurangnya untuk peningkatan keuntungan dan juga untuk menampung kos-kos perniagaan yang tinggi... Hurmmm... Nak salahkan pengusaha bas ekspres pun kadang-kadang macam tak patut pula... Yang patut disalahkan adalah tu tu tu, bila pengusaha bas ekspres mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tinggi melampau...Haaa itu yer.... Walaupun bukan pengusaha mana-mana perniagaan secara serius tetapi Farah faham apa yang dilihat dari kaca mata seorang pengusaha.... Hu hu hu... 

Tapi kalau dari perspektif Farah sebagai penumpang bas ekspres pula...kalau boleh janganlah naik ...ngeh ngeh ngeh...sebab semua benda sekarang ni mahal dah... Tak macam dulu... Oklah oklah, "considerate" akan situasi pengusaha bas ekspres...boleh naik tapi naik sikittttt jer... Ha ha ha...boleh macam tu??? Haihh... tak apalah...adalah rezeki masing-masing kann??? 

Apa-apa pun, kita tunggulah pengumuman seminggu sebelum Aidilfitri yer, berapakah kenaikan dan apakah harga baru? Pada yang bakal pulang beraya ke kampung halaman dengan menggunakan pengangkutan awam yang bernama bas ekspres dah beli tiket ke? 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kesian ank akk tau kalotambang bas naik byk sgt, hu hu..

    ReplyDelete
  2. Aduhai, semakin menyempit poket la gini...

    ReplyDelete
  3. Alahai... Kesiannya kat adikku... Hmm..tu la pnh ajak suami nek bas balik kg.. Sekali kira balik.. Jimat lagi naik kereta wpun penat.

    ReplyDelete
  4. zaman ni semua naik harga.. yg naik kete terkesan dgn minyak naik harga..

    ReplyDelete
  5. aida ada dgr kat radio.
    tak patut...
    kata nyer, nak cover kos.
    pergi penuh, balik kosong.
    so what!? takkan la kita nak tanggung kos hilang dia kan?
    da nama nyer bas.
    kalau tak nak rugi jgn buat bisnes bas la !

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !