Bubur Ubi Kayu...

Farah Waheda Wahid
13

Errr... agak-agak kasihan ataupun simpati tak??? Agagagaga... Inilah kali pertama di dalam seumur hidup, Farah memasukkan suapan, merasa dengan lidah, menggunyah di dalam mulut, menelan serta menghadamkan sejenis makanan yang dinamakan bubur ubi kayu. Sedari kecil sehinggalah hari Sabtu malam Ahad yang lepas, barulah buat pertama kalinya merasa... Sebabkan ia adalah merupakan pengalaman pertama, pengalaman yang baru, "rare", sebab itulah jadinya terjebak untuk mencoretkan secara maya di Bubblynotes.Com... Haippp yang terasa nak gelakkan tu jangan gelak sangatttt lah... He he he... Yang terasa nak pandang sinis tu... Jangan riak sangat ok??? He he he... Gurau-gurau... Jangan marah ok? 

Kuahnya manis... seperti bubur-bubur manisan yang lain dan ubi kayu tu dah tentu-tentulah rasa ubi kayu yer tak??? Huishhh, layan juga ni... Sesuatu yang baru bagi Farah dan juga sesuatu yang sedap. Ini kalau bulan Ramadhan buat menu "dessert" untuk berbuka ni, bagus juga ni. Ooo rupa-rupanya ada orang panggil pengat ubi kayu, ada orang panggil serawa ubi kayu dan ada juga yang panggil sira ubi kayu. Ada yang masak bubur ubi kayu ni menggunakan gula biasa dan juga ada yang menggunakan gula merah. Ada pula tu tambahkan jagung dan ada juga yang tambahkan sagu. Hu hu hu... sungguh tradisional ni... sungguh lah haiii selama kini tak pernah mengetahui... Sebab Nek Ma Ash tak pernah masak, bila tanya katanya... "Rumah ni kan yang pelik-pelik tak nak makan? Malas Mama nak masak atau buat, takut bazir, nanti Mama sorang jer yang makan..." ... ok tak salah Nek Ma Ash... dan punca lagi satu pun, setakat ini kalau pergi ke mana-mana belum pernah lagi terserempak dengan orang yang menjual bubur ubi kayu ni. Sekali pun tak pernah... hu hu hu, kecuali hari Sabtu malam minggu yang lepas... Kui kui kui...

Tiba-tiba disebabkan nak tambah ilmu pengetahuan di dalam bidang masak memasak ni, terajinlah pula Google resipi (zaman sekarang nak masak atau buat sesuatu masakan tu Google ajer... hik hik) ... Dan maka dengan itu, diri ini terajin juga untuk menyalin secara maya atau virtual untuk kegunaan diri sendiri di Bubblynotes.Com dan juga untuk anda yang mana mungkin nak juga resipi ini... Ngeee...

Bahan-Bahan Bubur Ubi Kayu Untuk 3 Orang:

3 ketul Ubi Kayu (dipotong dan rebus)
2 mangkuk Santan
3 sudu Gula Pasir (ikut tahap kemanisan individu yer)
1/4 ketul Gula Kabung
1 helai Daun Pandan
Secubit Garam
1/2 gelas Biji Sagu (direndam seketika)

Cara Penyediaan:

1. Masak Santan bersama Gula Kabung, Gula Pasir, Garam, Daun Pandan dan Biji Sagu sehingga Gula Kabung cair.

2. Kacau kerap supaya Santan tidak pecah minyak.

3. Masukkan Ubi Kayu yang direbus tadi. Biar mendidih dan kuah agak pekat sedikit. Tutup api dan hidangkan.

Kredit: SINI

Ooo agak ringkas dan mudah ni... He he he... Bolehlah diri sendiri mencuba ni menyediakan bubur ubi kayu pula selepas ini... Err tapi tak boleh selalulah... Ubi kayu ni angin kann? Ngeee...

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. lepas bsalin xpernah lg pekena ubi kayu.hiks

    ReplyDelete
  2. wahh... sedapnyer sis... akak suka ubi kayu...

    ReplyDelete
  3. Feveret anis ni kak farah.. Sedapnyee..

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar tapi x pernah cuba.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. lama dah xmkn pengat ubi kayu ngeeee !

    ReplyDelete
  6. ubi kayu sue paling suka digoreng dgn bawang putih & ketumbar...cicah sambal ijau...mmg aummm...lepastu kompem terkentut-kentut! hihihi...singgah blogwalking! salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh....Sedap tu...Cantik sgt buat dessert menu berbuka puase nnt..huhu

    ReplyDelete
  8. tengok bubur ni, rasa nak makan bubur pulut hitam.. alamak ! nak kena masak ni.

    ReplyDelete
  9. Lama x msk bubur... ubi kayu mmg x mkn dah... berangin satu bdn nnt...

    ReplyDelete
  10. memang tak pernah dicuba bubur kayu ubi ni hehe ... nanti nak minta mak buatkan la hehehe :D

    ReplyDelete
  11. wow! menarik...
    tq for sharing the resepi ekk.
    bubur ni dessert terbaik bulan ramadhan :)
    pemanis mulut...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !