Bianco Mimosa | Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015

Farah Waheda Wahid
5

Siapa sangka wanita yang bermula dengan bidang kejuruteraan mampu mencipta nama di dalam dunia fesyen? Apatah lagi fesyen masih 'kosong'. Namun YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha berusaha untuk belajar dan menimba pengalaman demi menzahirkan minatnya terhadap dunia fesyen yang tidak bersempadan. Sebagai pencinta fesyen, YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha memperkenalkan jenamanya sendiri iaitu Bianco Mimosa. Ilham dan idea ini tercetus setelah mengenali jurusolek terkenal iaitu Deq Sha. Dan hari ini, Bianco Mimosa telahpun mempunyai tempatnya serta kelasnya yang tersendiri di dunia fesyen. 

Pernah membayangkan baju raya berkonsepkan atau bertemakan safari? Yang lain dari yang lain? Bianco Mimosa kini, telah mengorak selangkah lagi dengan menampilkan rekaan-rekaan segar bersempena dengan Syawal tidak lama lagi. Dan untuk itu, Farah dengan jemputan sebagai media telahpun diberi peluang untuk melihat sendiri rekaan-rekaan seorang wanita yang "fashion passionate" ini di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini. 


Di saat kaki melangkah masuk ke ruang legar persembahan fesyen Bianco Mimosa iaitu Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015, diri ini ibarat sudah terasa yang Farah ni seolah-olah berada di safari. He he he, dengan "props" bertemakan safari, dengan bunyi-bunyian hutan... Tiba-tiba terasa seolah-olah berada di satu alam yang lain pula. Memang membangkitkan "mood" safari betul. Komen Farah? Kagum!!! Kerana Bianco Mimosa telah mampu menukarkan Hotel Royale Chulan kepada safari. Lagilah rasa teruja kannn? Ingin melihat apakah yang istimewanya dengan koleksi terbaru dari Bianco Mimosa ni. 

Acara dimulakan dengan persembahan pembukaan yang berkonsepkan safari... Setelah itu, acara persembahan fesyen dari koleksi Bianco Mimosa Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015 diteruskan...





Berkonsepkan Safari Flora Fauna 2015, Bianco Mimosa tampil dengan gaya eksklusif dan tersendiri melalui pengasas dan perekanya YBhg Dato Ida Suraya Mustapha yang merupakan seorang wanita "fashion passionate" yang menjadikan pentas peragaan seluruh dunia sebagai terapi minda dan membawa elemen-elemen antarabangsa ke dalam busana berciri timur tanpa melanggar "trend" serta gaya semasa terkini. 

Rekaan yang unik ini, sentiasa memastikan keselesaan, aura seksi, berani dan berkarisma kepada sesiapa yang memakai helaian eksklusif dari keluaran Bianco Mimosa. Bianco Mimosa menterjemahkan rekaannya dari tiga sudut yang berlainan serta memperincikan setiap elemen rekaan dengan menambah nilai seperti zip di balik susunan manik, sebelah bawah rekaan kain yang mengembang dan cebisan fabrik kulit di atas belahan jubah. Bianco Mimosa juga amat menitikberatkan tentang kualiti fabrik, seni jahitan dan juga perincian yang teliti serta halus. 

Apa yang boleh Farah katakan sebagai penonton dan juga peminat fesyen semasa. Walaupun tidak merasa dengan jari jemari sendiri, daripada tengok di bawah di hadapan "runway" punnn dah boleh agak yang sememangnya jahitannya halus, teliti serta kualiti fabriknya memang selesa. Koleksi Bianco Mimosa juga tidak terhad kepada golongan wanita tetapi Bianco Mimosa turut menyediakan rekaan-rekaan yang eksklusif buat kaum Adam. 

Tengok memang seronok ok? Dan terdapat banyak juga rekaan yang Farah terberkenan di hati... hu hu hu... Sambil-sambil menyaksikan persembahan fesyen, sambil-sambil berhibur juga dengan selebriti Nurul Wahab. 


Bukan sekadar koleksi untuk menyambut lebaran yang dipersembahkan tetapi bagi memudahkan para pelanggan fesyen melayari serta melakukan tempahan secara atas talian, pada majlis yang sama juga, Bianco Mimosa juga telah melancarkan butik atas talian mereka.


Pelbagai pilihan yang menarik yang mampu milik serta mampu membuatkan anda menjadi rambang mata sekiranya anda adalah merupa orang yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa. Kata pepatah, tepuklah dada, tanyalah selera. Bianco Mimosa juga adalah terkenal di kalangan selebriti tanah air seperti Umie Aida, Nurul Wahab, Erra Fazira, Ashraff Muslim dan juga lain-lain... Kesemua 100 ++ koleksi Bianco Mimosa Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015 yang dipersembahkan pada malam pelancaran tempoh hari, kini "available" di laman web rasmi butik atas talian Bianco Mimosa. Anda boleh melihat secara dekat dan dengan lebih terperinci fesyen-fesyen ataupun koleksi-koleksi yang dihasilkan oleh Bianco Mimosa serta melakukan tempahan secara atas talian. Tidak perlu ke butik Bianco Mimosa dan tidak perlu "go through all the hassle" meredah kesesakan lalu lintas bagi mereka yang lebih selesa membeli-belah secara atas talian. Memang dah sedang-sedang eloklah mereka melakukan pelancaran butik atas talian dan juga koleksi Bianco Mimosa Safari Flora Fauna Mimosa Raya 2015 ini kann??? Kerana Ramadhan tinggal kurang dari seminggu jer lagi dan lebaran pula bakal menyusul setelah itu kan???

Untuk Melihat Koleksi Terkini Bianco Mimosa & Juga Untuk Maklumat Lanjut:




Bianco Mimosa Boutique
48-G, Jalan Nautika B U20/B
Pusat Komersial TSB
40160 Sg.Buloh
Selangor Darul Ehsan

+603 | 6145 0029 / +6012 | 7555407

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. 1st time dengar nama Bianco Mimosa ni. Pasni boleh laa mimi usha-usha. Hehe :D

    ReplyDelete
  2. Boleh cuci mata gak ni.,, nice sharing...

    ReplyDelete
  3. First time dengar Bianca Mimosa ni, tapi agak stylish dan modern konsep dia. Niceeeee :D

    ReplyDelete
  4. aida pun 1st time dgr bianca mimosa.
    mcm jenama jam tgn aje bunyi nyer :)
    boleh tgk tgk kot... nice. cantik!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !